30 Apr 2021

,


KALI terakhir penyanyi terkenal, Stacy muncul dengan lagu bergenre balada ialah pada tahun 2012 iaitu sembilan tahun yang lalu menerusi lagu Pelangi Senja.

Selepas itu, Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam lebih banyak melancarkan lagu bergenre rancak sesuai dengan gelarannya sebagai Ratu Tari Malaysia.

Namun, tahun ini Stacy bakal mengulangi kegemilangan lagu balada Pelangi Senja dan Kisah Dongeng yang dikeluarkan sebelum ini apabila muncul dengan lagu berentak balada terbaru berjudul Peluk.

Lagu ciptaan Bunga Cantik iaitu dirinya sendiri dan lirik oleh Hang Nadim (Akim) dan Bunga Cantik yang diterbitkan oleh Nova Music itu adalah karya yang cukup istimewa di mana dia telah memberikan sepenuh jiwa ke dalam lagu ciptaannya itu.

“Selepas sembilan tahun tak keluar lagu balada, Alhamdulillah tahun ini saya melancarkan single Peluk. Kebetulan awal tahun ini pihak Nova Music menawarkan projek rakaman yang memerlukan lagu bergenre balada.

“Bagi saya, lagu Peluk ini sangat istimewa sebab saya cipta dan nyanyikan sendiri, selain bekerjasama dengan Akim sebagai penulis lirik lagu.

“Sejujurnya, apabila lama tidak menyanyikan lagu bergenre balada, memang gementar dan ia sangat berbeza ketika merakamkan lagu Pelangi Senja yang mana waktu itu saya masih bujang.

"Tapi, untuk lagu ini mudah saja nak dapatkan penghayatan dan feel. Dengar saja melodi, tanpa disedari saya menangis. Feel itu sangat dekat,” katanya.



Menurut Stacy yang juga isteri kepada penyanyi popular, Akim Ahmad, single Peluk adalah buah tangan buat peminat yang sudah lama mahukan dirinya menyanyikan single bergenre balada.

“Sesekali bertukar genre apa salahnya kan. Lagi pula projek ini memang menarik. Jadi kenapa tak untuk saya terima. Dalam masa sama, projek ini juga buka ruang kepada saya. Peminat pun sudah lama tunggu dan rindukan lagu balada daripada saya.

“Selain menganggap lagu Peluk ini sesuatu yang istimewa, lagu ini juga memberikan cabaran tersendiri buat saya.

"Ketika proses rakaman, saya kena faham betul-betul lirik dan melodi. Malah, lirik pun ada pertukaran pada saat akhir. Lagu ini juga antara paling lama dirakam iaitu dalam empat ke lima jam juga. Kebiasaannya dalam dua jam saja,” katanya.



Dalam masa sama, Stacy terharu dan teruja apabila single Peluk itu dilancarkan serentak dengan single Bayang nyanyian suaminya, Akim Ahmad.

Lebih menarik apabila, jumlah tontonan kedua-dua video lirik rasmi lagu Peluk dan Bayang yang dimuat naik di saluran YouTube Nova Music Videos sejak seminggu lalu saling bersaing.

“Ini pertama kali saya dan Akim keluar lagu serentak. Akim pula selepas lima tahun bersama Akim & The Majistret baru muncul dengan single solo, dan saya pula kembali menyanyikan genre balada.

"Apa yang saya boleh cakap pada peminat, beza dan istimewanya lagu ini kepada saya adalah kerana inilah kali pertama saya menyanyikan lagu balada dengan seluruh feel.

“Saya menyanyi dari dalam jiwa. Itu yang membuatkan saya sampai menangis. Tak dinafikan, menyanyikan lagu ciptaan orang lain dengan lagu ciptaan sendiri memberikan feel yang berbeza. Saya juga mendapat banyak tunjuk ajar daripada Akim dalam menyelami bidang penulisan lagu.

“Apabila saya mulakan rakaman dan letakkan feeldalam lagu ini baru dapat rasa. Pendek kata, lagu ini cukup dekat dengan karakter diri sendiri,” akhiri Stacy.


Single terbaru Peluk Stacy terbitan Nova Music dilancarkan pada 13 April 2021 dan boleh distrim di semua pelantar muzik digital mulai tarikh tersebut.

Lirik video rasmi single tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos  https://youtu.be/oagiHXD_2Dk pada hari yang sama.    


[KREDIT: Nova Music]







27 Apr 2021

,



SENTIASA berusaha dalam menyediakan pengisian terbaharu dan menarik, Suria memperkenalkan rangkuman program berbentuk ilmiah, hiburan, drama pendek dan juga peraduan menarik sempena Ramadan Raya ini.

Ia bolehboleh didengarkan di frekuensi Suria FM atau juga boleh disaksikan di platform digital Suria, antaranya laman web suria.my, saluran Youtube SuriaTV  serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook dan Twitter).

Muat turun aplikasi terbaru Suria Malaysia dan ikuti platform media sosial Suria Malaysia untuk mendapatkan info terkini mengenai program menarik dan menghiburkan sepanjang Ramadan dan Raya ini.


Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) Suria mengekalkan tema yang sama seperti kempen Ramadan Raya kami tahun lalu.

“Disebabkan kita masih terkesan dengan Covid-19 tahun ini, Suria mengekalkan tema yang sama seperti kempen Ramadan Raya kami tahun lalu iaitu 'Sebarkan Kebaikan, Kongsi Kegembiraan - Suria Bersama Anda' sebagai tanda keprihatinan kami terhadap pendengar setia Suria selain memberi semangat untuk maju ke hadapan berkongsi nilai positif sesama kita,” katanya.

Tambah DJ Lin lagi, kali ini Suria bukan sahaja menyajikan pengisian yang terbaru dan menarik dan menghiburkan malah turut menganjurkan beberapa peraduan yang membolehkan pendengar Suria memenangi sejumlah wang tunai.


Antara pengisian sempena Ramadan dan Raya di Suria adalah:

Lagu dan Muzik Video Raya ‘Kembali Raya’ 

Selepas lagu raya ‘Segalanya Lebih Bermakna’ Suria kembali tampil dengan lagu dan muzik video lagu raya terbaru berjudul ‘Kembali Raya’ yang berkisarkan tentang kemeriahan hari raya dan nikmat berkongsi kegembiraan.

Dengarkan nyanyian penyampai-penyampai Suria dan saksikan mereka dalam muzik video yang akan ditayangkan di kesemua platform Suria FM. 

Klik di sini untuk menonton https://www.youtube.com/watch?v=QE5S0QOWycc


Drama Pendek Raya Suria - Warung Konah  
Tarikh: 30 April 2021, 9 malam

WARUNG KONAH merupakan iklan pendek terbitan Suria yang menceritakan  tentang  kejadian pelik di sebuah kampung dimana penduduk ‘diganggu’  BIDIN, seorang  lelaki misteri di kampung itu.

Kisah ini bermula apabila  kelibat Bidin dikatakan sering muncul secara tiba-tiba dan menghantui penduduk kampung. Maka bermula lah persidangan di Warung Konah.

Seorang demi seorang menceritakan pengalaman mereka terserempak dengan kelibat yang menyerupai Bidin. Persoalannya, mengapa Bidin menghantui penduduk kampung di penghujung Ramadan? Apakah motif  utamanya?  


Katering Raya Suria

Kongsi memori raya anda bersama ibu tercinta dan menangi pakej katering raya bernilai RM650 dan wang tunai RM500.

Muat naik video memori anda beraya bersama Ibu tercinta ke akaun Instagram atau Facebook sebelum 30 April ini berserta tanda pagar #KateringRayaSuria #SuriaRaikanIbu dan tag @suriamalaysia. Serta pastikan akaun media sosial Instagram atau Facebook anda tidak berada di dalam mod ‘private’.


Sirah Anbiya 

Menyelusuri perjalanan para anbiya serta hayati dan pelajari pengajaran kisah sepanjang zaman 25 para Nabi dan Rasul bersama PU Azman dalam Sirah Anbiya bersama Suria FM & Makmur Gold.

Tonton Sirah Anbiya di sini: https://www.youtube.com/watch?v=whLee1SgYnM&list=PLR5MPQKjSwsMzoUocacdLP04HDO2b7yug


Biskut Suria 

Cipta resepi biskut anda sendiri dan rebut peluang menangi sebahagian daripada wang tunai RM4,500. 
Rakamkan video anda membuat Biskut Suria berdurasi tidak melebihi 3 minit dan muat naik video tersebut di akaun media sosial Instagram atau TikTok anda dengan hashtag #BiskutSuria #SuriaMalaysia #KongsiKegembiraan sebelum 30 April 2021. 

Menerusi video tersbut juga, ceritakan ciri-ciri istimewa Biskut Suria anda dengan gaya yang paling menarik, kreatif dan unik. Antara ciri-ciri penting yang perlu ada pada biskut tersebut adalah ia mesti berwarna Jingga dan berinspirasikan unsur Suria. 

Pastikan akaun media sosial Instagram dan TikTok anda tidak berada di dalam mod ‘private’. 5 video yang menarik dan memenuhi kriteria akan dipilih sebagai pemenang. Pemenang utama akan memenangi wang tunai RM1,000. 


Kaunter YBae Pah bersama Malaysia Relief Agency (MRA) 

Cahaya harapan kepada mereka yang memerlukan. Kaunter YBae Pah adalah satu initiatif tanggungjawab sosial korporat Suria untuk membantu golongan asnaf dan yang memerlukan sempena Ramadan ini. 

YBae Pah akan turun padang membantu mereka yang memerlukan pada 25 April dan 1 Mei ini dan aktiviti tanggungjawab sosial korporat bersama Malaysian Relief Agency ini boleh ditonton menerusi Facebook Suria FM - https://fb.watch/55-zOSAgpL/. Mencari keberkatan dalam kebersamaan, Sebarkan Kebaikan Bersama Malaysian Relief Agency.


Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria www.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.


[KREDIT: Suria FM]

















26 Apr 2021

,


SETELAH dua tahun berturut-turut menghasilkan cover lagu untuk bulan ramadan bersama-sama kumpulan Raihan, Alif Satar dan ahli kumpulan muziknya The Locos mencipta sebuah lagu raya yang berjudul Lagu Raya.

Alif Satar and The Locos bersama-sama Panji Sakti yang sudah sinomin mencipta lagu-lagu Alif sebelum ini seperti Lelaki Seperti Aku dan Jangan Nakal.

Mesej Lagu Raya iaitu Rindu Balik Kampung adalah untuk menghiburkan hati semua warga kota yang tidak dapat pulang ke kampung untuk berhari raya.

Muzik Video Lagu Raya ini di taja sepenuhnya oleh Petron Malaysia. Dihasilkan selama satu hari pengambaran di Stesen Petron Aman Putri Sg Buloh.

Jalan cerita MV ini mengisahkan Alif ingin pulang ke kampung bersama-sama ahli kumpulannya dan singgah di Stesen Minyak Petron untuk mengisi minyak.

Pelbagai keistimewaan disediakan di Stesen Minyak Petron iaitu Petron menawarkan penukaran barang seperti minyak masak dan beras dengan menggunakan mata ganjaran Kad Petron Miles (Program 'Red Hot Special Raya').

Pengguna juga boleh mendermakan mata ganjaran Kad Petron Miles (Program Derma Mata Ganjaran Petron Miles). Disamping itu, terdapat pelekat ikon untuk aplikasi Whatsapp. Dan jangan lupa, di setiap hari Ahad, pekerja stesen akan menolong pengguna untuk mengisi pam angin tayar.

Apa yang menariknyna, stesen Minyak Petron terkenal dengan tandas yang bersih. #JomSinggahPetron!

Buat pertama kalinya juga Petron dan Alif Satar and The Locos bekerjasama dalam kempen sempena Hari Raya. Alif memilih Petron kerana lirik dan lagu bertepatan dengan 'Tagline' Petron 'FuelHappy with Petron'.

25 Apr 2021

,



KETUA Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris menerima Anugerah Asean Inspiring Award Winner 2021 Innovation-Inspire-Creativity anjuran Indonesia Award Magazine atas pembabitan serta kepimpinan beliau dalam dunia penyiaran Islam.

Namanzee menerima Anugerah Asean Inspiring Award Winner 2021 Innovation-Inspire-Creativity secara virtual yang diadakan di Jakarta, Indonesia semalam, Jumaat 23 April 2021.

Pengiktirafan peringkat Asean ini diberikan kepada Namanzee berdasarkan keupayaan serta komitmen berterusan beliau dalam membangunkan TV AlHijrah sebagai stesen penyiaran dakwah yang berinovasi serta kreatif.

Dalam ucapan beliau, Namanzee berkata kemenangan ini membuktikan peranan penyiaran Islam sebagai agen informasi dan wahana paling berkesan untuk membekalkan maklumat tentang Islam serta membekalkan kandungan alternatif secara kompetetif di peringkat antarabangsa.

“Secara realiti, ia bukan sesuatu yang mudah untuk stesen televisyen Islam kekal releven dan bersaing terutamanya di saat dunia berhadapan dengan wabak Covid-19 yang merubah pola kehidupan sosial serta landskap ekonomi masyarakat dunia.

“Saya bertuah kerana dikelilingi warga kerja TV AlHijrah yang senantiasa bekerja keras secara kolektif dalam industri kreatif ini. Anugerah ini pastinya memberikan satu lonjakan semangat kepada kami semua untuk terus bersaing di peringkat antarabangsa sebagai peneraju inovasi dakwah dalam industri kreatif.


Tambah beliau, TV AlHijrah akan terus berusaha untuk menjadi media dakwah yang mengangkat penerapan Islam as a way of life, agama yang rahmah didekati termasuk penonton bukan beragama Islam.

“Suku kedua tahun 2021 bakal menyaksikan lebih banyak program berimpak tinggi yang akan kami terbitkan dan siarkan demi memenuhi aspirasi penyiaran negara dan selera penonton yang dahagakan program ilmiah yang mendidik dan menghiburkan selari dengan ajaran agama, batasan budaya dan norma masyarakat majmuk di Malaysia.

“Terkini, kami akan siarkan program Khatam Al-Quran Perdana secara langsung selama 12 jam pada Ahad, 9 Mei 2021 akan datang. Rancangan ini akan mengajak penonton untuk bertadarus seisi keluarga bersama barisan Qari terkenal negara dalam usaha mengimarahkan malam-malam akhir Ramadan.


Menurut Namanzee, Program Khatam Quran Perdana ini serta semua rancangan menarik lain di stesen TV AlHijrah memposisikan stesen ini sebagai stesen penenang jiwa yang memeluk emosi rakyat Malaysia tatkala negara menghadapi ancaman Covid-19 yang masih membimbangkan.

Untuk rekod, sebelum ini Namanzee juga telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Top Young CEO in Media and Broadcasting Industry di Majlis Anugerah 100 Top young CEO 2020 anjuran Ikon Malaysia.


(KREDIT: TV AlHijrah)

24 Apr 2021

,



DOKUMENTARI Islamik, Jejak Rasul menjadi teman setia rakyat Malaysia setiap kali menjelang bulan Ramadan. Menampilkan Ahmad Fedtri Yahya sebagai perantara, edisi ke 27 ini, Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul membawakan kesinambungan dakwah Islamiah di Tanah Melayu seawal kurun pertama Hijrah. 

Baru saja bersiaran selama dua minggu, krew produksi Jejak Rasul 2021 (JR2021) telah menerima berita baik apabila episod 6 mencapai 2.2 juta penonton semasa bersiaran pada 18 April 2021, jam 6.30 petang hingga 7 malam. (sumber: Nielsen Malaysia)

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, JR2021 mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan sejak minggu pertama bersiaran dengan 1.2 juta penonton (episod 3) dan terkini dengan catatan 2.2 juta penonton di episod 6.

"Walaupun tidak dapat menjalankan penggambaran di Mekah dan Palestin seperti dirancang, saya kagum dengan komitmen dan dedikasi produksi JR2021 yang berusaha dan berkarya dengan kreatif dalam menyempurnakan edisi tahun ini.

"Penonton kami tetap dapat menyaksikan naratif dan videografi yang cantik ketika menjejak peninggalan sejarah Islam di Malaysia,” ujarnya.


Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul yang diterbitkan bersama oleh Muhamad Amin Yusoff dan Ahmad Fedtri Yahya membawakan kesinambungan dakwah Islamiah di Tanah Melayu seawal kurun pertama Hijrah.

Sesi penggambaran yang dilakukan selama 41 hari di tujuh negeri membawa para penonton menjejak peninggalan sejarah di Malaysia.

Lokasi Tanah Melayu yang strategik menjadi laluan utama pedagang sutera menghubungkan dunia Timur dan Barat, dengan pelabuhan-pelabuhan di daerah pesisir Tanah Melayu dipercayai menjadi pintu masuk alim ulama.

Episod 6 yang bersiaran pada 18 April 2021 mencari jawapan benarkah sebuah wilayah Islam telah wujud di Melaka sebelum kehadiran Parameswara. Adakah benar Kesultanan Melaka terbentuk hasil dakwah alim ulama asing?

Episod 7 yang akan bersiaran pada Jumaat, 23 April 2021 meneruskan penggembaraan di Melaka untuk mengenalpasti pusat penyebaran Islam di Melaka pada zaman kegemilangannya. Benarkah Melaka pernah dikunjungi Wali Songo dari Jawa dan berguru dengan alim ulama di Melaka dan apakah buktinya?

Teruskan menonton Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul (15 episod) tajaan Pharmaniaga Baraka dan Jabatan Muzium Malaysia, setiap hari Jumaat hingga Ahad, pukul 6.30 petang di TV3. Anda juga boleh menyaksikan siaran ulangannya di TV9 pada setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 10.30 malam. 

(KREDIT: TV3)

23 Apr 2021

,




FAKULTI Filem Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Perdana Cawangan Selangor dengan kerjasama Yayasan Hasanah dan FINAS mengambil inisiatif menyeru masyarakat untuk sama-sama memahami kehidupan normal baharu melalui pertandingan karya filem pendek dan tarian.


Pertandingan ini telah dilanjutkan penyertaan kepada awam sehingga 15 Jun 2021, di mana sejumlah RM33,000 dipertaruhkan kepada kesemua bakal pemenang pada majlis kemuncak WAVE Awards 2021 yang akan berlangsung secara dalam talian pada 9 Julai depan.

Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Datuk Profesor Ts. Dr. A Razak Mohaideen berpendapat bahawa Pandemik Covid-19 yang telah melanda negara lebih setahun ini tidak menghalang bakat dan kreativiti anak-anak muda.

Malah mereka lebih berpeluang menonjolkan idea dan kreativiti melalui penggunaan teknologi dan kamera dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan.

Tambah beliau, pertandingan ini mampu menjadi kayu ukur yang lebih tinggi sekiranya mereka ingin menceburkan diri di dalam industri yang berkaitan.

FiTA bersama Yayasan Hasanah dan FINAS sangat mengalu-alukan penghantaran karya kreatif kepada WAVE Awards 2021 yang bertemakan Unleashing Creative Wonders.

Pertandingan ini mengetengahkan idea-idea serta kreativiti dalam pembikinan filem dan dalam kalangan penari muda berdasarkan kepada beberapa bidang utama iaitu Pendidikan, Pembangunan Komuniti, Alam Sekitar, Seni dan Ruang Awam, Pengetahuan, dan Norma Baharu.

Tujuan penganjuran pertandingan ini dijalankan adalah untuk mengangkat peranan serta fungsi filem dan tarian dengan lebih luas.


4 Objektif WAVE Awards 2021

1. Untuk mempromosikan bakat muda dengan mengeksperimenkan idea melalui produk mereka.
2. Untuk mendorong bakat muda menanam minat dalam menyampaikan pengetahuan secara kreatif.
3. Untuk mendidik orang ramai melalui produk kreatif yang dipamerkan.
4. Untuk memberi kesedaran dalam menjadikan dunia tempat yang lebih baik untuk kehidupan norma baharu.

Acara ini terbuka kepada semua pelajar sama ada dari Universiti Awam (UA) mahupun Universiti Swasta, dan semua lapisan masyarakat. Penyertaan adalah percuma dan boleh dihantarkepada submissions.moewaveawards@gmail.com

FiTA berharapkan dengan perlanjutan tarikh tutup penyertaan itu akan memberikan lebih banyak peluang kepada segenap lapisan masyarakat di Malaysia.

Hasil karya yang berjaya meraih perhatian dan memenangi pertandingan ini dapat dijadikan sebagai mekanisme alternatif dalam mempromosikan kepentingan norma baharu dan memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Maklumat lanjut boleh diperolehi menerusi laman sesawang WAVE Awards 2021 – www.waveawards.my, Instagram rasmi – waveawards_my dan Facebook – WAVE Awards Malaysia.


(KREDIT: Fakulti Filem Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA)




21 Apr 2021

,


LAGU Comel Pipi Merah menjadi sebuah lagu trending pada tahun 2018 selepas penyanyi Datuk Sri Siti Nurhaliza mengabadikan lagu ciptaan beliau untuk anak yang sedang dikandung, Siti Aafiyah.

Umum sudah mengetahui bahawa Siti telah selamat melahirkan anak kedua pada 19 April 2021 dan turut mencipta sebuah lagu berjudul Anakanda yang dituju khas buat puteranya.

Lagu Anakanda dimuatkan di dalam album kanak-kanak klasik, Legasi yang dilancarkan pada 1 April 2021. Lagu ciptaan Siti sendiri dan lirik oleh Rozisangdewi merupakan sebuah lagu yang berunsurkan rentak inang.

Album Legasi diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd dan edaran digital oleh Universal Music Malaysia.

Menurut Siti, beliau mencipta lagu Anakanda ketika sedang mencari ilham sebuah lagu khas untuk anak yang bakal dilahirkan.

Siti memilih rentak inang bagi menyesuaikan dengan konsep keseluruhan album lagu kanak-kanak klasik, Legasi. Lagu ini diterbitkan oleh Pown Hasril.

"Lagu Anakanda ini merupakan lagu paling akhir saya rakamkan untuk album Legasi. Apabila memutuskan untuk memasukkan lagu Comel Pipi Merah ke dalam album Legasi, saya terfikir untuk mencipta sebuah lagu khas dan baharu buat anak yang bakal lahir,'' jelas Siti.



Tambahnya lagi, Anakanda menggambarkan harapan ibu bapa terhadap jati diri anak lelaki serta mahu menerapkan sisi bertanggungjawab terhadap orang sekeliling.

"Melagukan lirik yang positif, bermoral dan menerapkan asas yang baik juga membantu perkembangan minda anak-anak. Anakanda bukan sahaja bentuk harapan yang dilagukan oleh saya tetapi harapan setiap insan yang memiliki cahayamata,'' kata Siti.



Siti juga telah menyiapkan video muzik lagu Anakanda dan bakal disiarkan secara rasmi di saluran youtube Siti Nurhaliza pada hari Isnin, 26 April ini, jam 9 malam. Video muzik ini mendapat tajaan dan kerjasama daripada syarikat Cuckoo.

Saluran youtube Siti Nurhaliza juga turut melancarkan peraduan khas sempena single terbaharu ini dan akan diumumkan pada 26 April.





16 Apr 2021

,




THE World Photography Organisation is delighted to announce the overall winners in the prestigious Sony World Photography Awards 2021.

The Photographer of the Year title and accompanying USD25,000 cash prize and range of Sony digital imaging kit is awarded to the esteemed documentarian Craig Easton (United Kingdom) for his series Bank Top.

Also announced are the ten category winners alongside 2nd and 3rd place of the Professional competition as well as overall winners of the Open, Student and Youth competitions.

Also unveiled today is a virtual exhibition of winning and finalists’ work; A Year in Photos from the Sony World Photography Awards 2021, a specially commissioned documentary feature hosted by art historian Jacky Klein and entertainer Nish Kumar; and a free digital copy of the Sony World Photography 2021 book all available to view and download via worldphoto.org/announcement-2021   

Bank Top, a collaboration with writer and academic Abdul Aziz Hafiz, examines the representation and misrepresentation of communities in northern England, focusing on the tightknit neighbourhood of Bank Top in Blackburn.

The project forms part of Easton’s wider work in the region including Thatcher’s Children (2nd place, Documentary Projects, 2021 Professional competition,), an investigation into the chronic nature of poverty as experienced by three generations of one family; and Sixteen (shortlisted in the Portraiture category of the 2017 Awards), a look into the dreams, aspirations and fears of 16 year-olds from all walks of life.

Bank Top is a result of the Blackburn Museum & Art Gallery initiative Kick Down the Barriers, a project instigated in response to media reports portraying the town as the ‘the most segregated in Britain’.

Seeking to challenge this narrative, the museum invited artists and writers to collaborate with residents of various neighbourhoods and create a robust and authentic representation of their communities.

Over the course of a year Easton and Hafiz worked closely with local inhabitants to explore their stories and experiences through a series of black & white portraits and accompanying texts.

These highlight issues around social deprivation, housing, unemployment, immigration and representation, as well as the impact of past and present foreign policy.

Their work counters simplistic generalisations and aims to provide context as to how these communities came together and a better understanding of how they thrive together now.

Mike Trow, Chair of the 2021 Professional competition says:

“What is so impressive about this project is the intent, dedication and understanding Craig brings to it. He has worked closely with the writer Abdul Aziz Hafiz to create a complete piece, tacitly acknowledging that for a project as sensitive as this words matter.

These are not people who necessarily want to be photographed but Craig gained their trust. They look frankly to camera and we see a mutual understanding between documenter and subject. It is the moral weight behind this work that makes it so important and deserving of this prize.”


Commenting on his win Easton says:

“I am delighted to have this work recognised by the Sony World Photography Awards. I photograph to learn, to try to understand and to document and share stories.

It is a privilege to be able to do so and to challenge perceptions and stereotypes – something that is especially important to me. To have these stories from underrepresented or misrepresented communities in northern England where I live recognised and shared worldwide is wonderful. Thank you.”


PROFESSIONAL CATEGORY WINNERS

Winning photographers in the Professional competition have been selected by a panel of expert judges for submitting an outstanding body of work of five to ten images, ranging from stories of local importance to issues of global significance, quiet moments of resilience to creative brilliance and playfulness. All category winners receive Sony digital imaging kit.


This year’s winners are:

ARCHITECTURE &  DESIGN
WINNER: Tomáš Vocelka (Czech Republic) for his series Eternal Hunting Grounds
Finalists: 2nd place Frank Machalowski (Germany); 3rd place Gu Guanghui (China Mainland)

CREATIVE 
WINNER: Mark Hamilton Gruchy (United Kingdom) for his series The Moon Revisited
Finalists: 2nd place Luigi Bussolati (Italy); 3rd place Sasha Bauer (Russian Federation)

DOCUMENTARY PROJECTS 
WINNER: Vito Fusco (Italy) for his series The Killing Daisy
Finalists: 2nd place Craig Easton (United Kingdom); 3rd place Lorenzo Tugnoli (Italy)

ENVIRONMENT 
WINNER: Simone Tramonte (Italy) for his series Net-zero Transition
Finalists: 2nd place Mohammad Madadi (Islamic Republic of Iran); 3rd place Antonio Pérez (Spain)

LANDSCAPE 
WINNER: Majid Hojjati (Islamic Republic of Iran) for his series Silent Neighborhoods
Finalists: 2nd place Andrea Ferro (Italy); 3rd place Fyodor Savintsev (Russian Federation)

PORTFOLIO
WINNER: Laura Pannack (United Kingdom) for her submission Portfolio Overview
Finalists: 2nd place Brais Lorenzo (Spain); 3rd place Loli Laboureau (Argentina)

PORTRAITURE 
WINNER: Craig Easton (United Kingdom) for his series Bank Top
Finalists: 2nd place Julia Fullerton-Batten (United Kingdom); 3rd place Jane Hilton (United Kingdom)

SPORT
WINNER: Anas Alkharboutli (Syrian Arab Republic) for his series Sport and Fun Instead of War and Fear
Finalists: 2nd place Patrick Meinhardt (Spain); 3rd place Farzam Saleh (Islamic Republic Of Iran)

STILL LIFE
WINNER: Peter Eleveld (Netherlands) for his series Still Life Composition, Shot on Wet Plate
Finalists: 2nd place Alessandro Pollio (Italy); 3rd place Paloma Rincon (Spain)

WILDLIFE & NATURE
WINNER: Luis Tato (Spain) for his series Locust Invasion in East Africa
Finalists: 2nd place Graeme Purdy (United Kingdom); 3rd place Angel Fitor (Spain)


To find out more about this year’s winning and finalist projects please visit our online winners galleries.


OPEN PHOTOGRAPHER OF THE YEAR

The Open competition celebrates the power of single images. Winning photographs are selected for their ability to communicate a remarkable visual narrative combined with technical excellence.

Chosen from ten Open category winners, Tamary Kudita (Zimbabwe) is Open Photographer of the Year 2021 and the recipient of the $5,000 cash prize, Sony digital imaging equipment and global exposure.

Kudita won for her outstanding portrait African Victorian submitted to the Creative category. The photograph depicts a young black woman dressed in a Victorian dress and holding traditional Shona cooking utensils.

The image probes at stereotypical contextualising of the black female body and offers an alternative visual language through which a multifaceted African identity is presented.

Speaking of her win Kudita says:

‘African Victorian pays tribute to the contemporary being who is also rooted in history. I am deeply honoured to have been chosen as the winner of the Open competition. This award is a testament to the role we play as creators in shaping visual culture.

A central notion in my work is the importance of African representation and I am thankful to have received the opportunity to put Zimbabwean art on the map.’


STUDENT PHOTOGRAPHER OF THE YEAR

Coenraad Heinz Torlage (South Africa) of the Stellenbosch Academy of Design and Photography has been awarded Student Photographer of the Year 2021, winning €30,000 worth of Sony photography equipment for his institution.

Torlage was chosen for his series Young Farmers, created in response to the brief Our Time which asked students to depict the way they and their contemporaries see the world and how they plan to change it for the better.

In Young Farmers Torlage, who grew up on a farm himself, set out to photograph the next generation of farmers as they face challenges concerning severe droughts, safety and debates around land ownership alongside their contributions towards a fairer and more equitable future of sustainability and food security.

Commenting on his win Torlage says:

“I have been through an experience that is almost impossible to describe. I often dreamt of winning and prayed that I could share my country and the amazing people in it with the world.

I believe in the young farmers of South Africa which this country needs in terms of food sustainability and ecological awareness.

Winning is a dream made possible by the amazing people that I photographed and everyone who helped and supported me. I believe in hard work, family and most of all the grace of God.

I am truly humbled that my images could even be considered for such a prestigious competition."


YOUTH PHOTOGRAPHER OF THE YEAR

Selected from six category winners, Pubarun Basu (India, 19 years-old) has won Youth Photographer of the Year 2021for his image No Escape from Reality.

In the photograph the shadows of railings projected onto curtains create the illusion of cage bars from behind which a pair of hands is seen as if trying to break through.

The illusion of shadows and hands gesture convey a sense of entrapment shared by so many across the world this past year. For his win Basu receives a Sony digital imaging kit and global exposure.

Commenting on his win Basu says:

“I am incredibly humbled to have been announced as the Youth Photographer of the Year. Participating in this competition has given me a fresh perspective on my art.

I have seen some extraordinary photographs by my fellow youth photographers from around the world, and I take immense pride in the fact that my generation has such brilliant minds.

I aspire to improve myself as an artist and would like to express my gratitude to my friends and family for always encouraging me to go the extra mile.”


OUTSTANDING CONTRIBUTION TO PHOTOGRAPHY

This year’s Outstanding Contribution to Photography has been awarded to the acclaimed Mexican photographic artist Graciela Iturbide. Widely recognised as Latin America’s greatest living photographer, Iturbide’s work offers a photographic account of Mexico since the late 1970s and is celebrated for its defining contribution to the country’s visual identity.

In images of everyday life and its culture alongside those of ritual and religion, Iturbide’s work explores her country’s many complexities and contradictions, questioning its inequalities and highlighting the tensions between the urban and rural, modern and indigenous.

Her photographs go beyond straight documentary narratives and aim to provide a poetic vision of their subjects informed by the photographer’s personal experiences and journey.


[CREDIT: Sony Malaysia]

15 Apr 2021

,


SONY is pleased to introduce the latest addition to its popular Xperia 10 series with the launch of Xperia 10 III. The Xperia 10 III is packed full of entertainment features, offers an extended battery life  and is presented in a stylish, compact, lightweight, and water-resistant body. Xperia 10 III is an exceptional mid-range handset that has been designed with power, speed and portability in mind. 

25% more capacity than Xperia 10 II with a 4500mAh battery - remaining healthy for up to three years of use 

Improved sleek and lightweight design featuring IP65/IP68 water and dust resistance and Corning® Gorilla® Glass 6

Enhanced for low light scene and moving object with the new triple lens camera, plus additional features such as the new animal detection in Auto mode 

21:9 Wide 6” notch-less FHD+ OLED display that includes HDR support for cinematic enjoyment 

DSEE Ultimate for near High-Resolution Audio quality and optimal listening pleasure - whether wired through the 3.5mm jack or wireless 

Available in two stylish colours to suit all tastes

Outstanding Performance

Users can enjoy more of what they want on the go with Xperia 10 III. It features a powerful, long-life battery– whether listening to near High-Resolution audio through headphones, thanks to DSSE Ultimate compatibility, or watching favourite movies on the crystal clear FHD+ OLED display.

The Qualcomm® Snapdragon™ 690 Mobile Platform can easily handle apps, movies, games and more, with high performance and power efficiency for superior connectivity.

Thanks to Smart connectivity, the Xperia 10 III takes Xperia’s deep learning technology that utilises Sony's Neural Network Libraries and analyses Wi-Fi signals to predict near-future connectivity issues.

The Xperia 10 III assesses the quality of available Wi-Fi before connecting so there is no more grabbing Wi-Fi that doesn't work. If it predicts any compromise in Wi-Fi connection quality, it uses mobile data instead.


All-Day Power and Made to Last

With its long-lasting 4500mAh battery, Xperia 10 III has 25% more capacity than its predecessor Xperia 10 II and allows users to enjoy the best of the features the handset has to offer.

Thanks to Xperia Adaptive Charging, users are offered ultimate battery life reliability, even after three years of use. Xperia Adaptive Charging works by monitoring the battery whilst charging to ensure that it isn’t overworked – keeping the battery healthy for longer.


Engineered to be Robust, Designed for Practicality 

Even though Xperia 10 III has a large 6" display, the phone measures only 68mm in width – a perfect fit for the hand. Weighing just 169g, it is lightweight and easy to handle – whether taking a photo or playing a game.

Xperia 10 III is water resistant with an IP65/68 rating and is incredibly durable thanks to its Corning® Gorilla® Glass 6 shell.

It’s robust engineering means that the handset can withstand day-to-day damage. Corning® Gorilla® Glass 6 is also more scratch resistant– making Xperia 10 III a reliable companion for those who have their phone with them at all times.


A Vision to Behold

Drawing on Sony’s world-renowned TV expertise, Xperia 10 III delivers an immersive cinematic experience thanks to its 21:9 Wide 6” notch-less OLED display that includes HDR support.

Featuring TRILUMINOS™ display for mobile technology, found in BRAVIA® TVs, and video image optimisation, the OLED display delivers incredibly rich, natural colours and deeper blacks.

It is also capable of showing HDR content, which has a wider dynamic range of luminance than standard video formats, enhancing both contrast and colour.

Bright parts of the image get brighter and the colour palette expands to show more bright blues, greens, reds, and everything in-between.


Triple Lens Camera Enhanced for Low Light Scene and Moving Object

Featuring ultra-wide, wide, and telephoto options, the triple lens camera lets users capture a huge variety of shots - from expansive landscapes to expressive portraits.

The ultra-wide 16mm lens allows phone shooters to capture expansive imagery, expressing dramatic landscapes and full-scale scenery.

The versatile 27mm lens is a wide lens that is ideal for a variety of shooting situations and low light scenes, whilst the 54mm telephoto lens allows users to get closer to their subjects – making it ideal for portraits.

Auto mode on Xperia 10 III now features animal detection , which can identify whether a subject is a dog or cat. It then adjusts the shutter speed and ISO Sensitivity accordingly to capture photos with less blur.

The improved F1.8 lens and enhanced image processing algorithm allows users to take photos in low light with less noise, both in Night mode and Auto mode.

When shooting in bright sunshine or in backlit conditions, Auto HDR helps prevent blackout in the shaded areas of the shot or whiteout in the bright parts, ensuring faces and expressions are more visible.

When shooting in Burst mode, Xperia 10 III shoots at 10fps, ensuring subjects in motion are never missed and furthermore auto exposure works on every frame.

Finally, Xperia 10 III features 4K video recording, allowing users to shoot video with four times the resolution of full HD and SteadyShot™ and ensures smooth, shake-free videos even when recording on the move.


Exceptional Audio Quality, Wireless or Wired

Xperia 10 III offers exceptional sound, whether enjoying wireless listening with High-Resolution Audio Wireless or using the 3.5mm audio jack to connect to wired headphones.

Along with native High-Resolution Audio playback, Xperia 10 III also features DSEE Ultimate , which uses AI to upscale tracks to near High-Resolution Audio quality by automatically improving audio frequency and bit rate in real-time.


Made for Multi-Tasking

On the Xperia 10 III, Sony’s unique multi-window UI on the 21:9 wide display has been enhanced with a new Pop-up window feature.

Perfect for multi-tasking, it lets users overlay one window with another. So, they can quickly handle a task such as replying to a message, then get right back to the game they are playing or the website they are browsing.


Easy Content Transfer from Your Old Phone

The Xperia Transfer 2 app lets users transfer the content that matters from old Android or iOS smartphones to the new Xperia 10 III.

From photos, videos and music to the contacts, calendar, call history, and messages (SMS/MMS) – they can be transferred quickly, safely and easily.


Accessories 

Xperia 10 III is available with a new and improved antibacterial Style Cover with Stand. Designed with durability in mind, the cover features a built-in stand to support horizontal placement and provide a comfortable viewing experience.

It is coated with anti-bacterial material that has a protection rate of up to 99.9%  - preventing cell growth of specific bacteria to maintain cleanliness.


Pricing and Availability

The Xperia 10 III will be available in Black and Blue and shipping with AndroidTM 11 in Malaysia from August. Price will be announced at a later date.


[CREDIT: SONY MALAYSIA]

11 Apr 2021

,


PROGRAM Roda Panas ialah sebuah program infotainment berbentuk majalah terbitan saluran Naura dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. berkaitan tentang perkembangan trend terkini dunia automotif dan permotoran bersama pemilik kenderaan berkuasa tinggi yang terdiri daripada barisan selebriti popular, personaliti serta usahawan berpengaruh tanah air pada setiap episod. 

Selain itu, program Roda Panas juga padat dengan pengisian interaktif yang merangkumi perkongsian eksklusif tentang koleksi kenderaan peribadi, reviu dalaman dan luaran, sesi pandu uji dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, pelbagai maklumat dan tips berkaitan automotif antaranya seperti topik keselamatan, teknik penjagaan serta kepentingan untuk mengenal pasti kesesuaian dan kemampuan sesebuah kenderaan berdasarkan spesifikasi juga akan turut ditampilkan.

Julung kali diterbitkan, program Roda Panas musim pertama bakal dikemudikan oleh pelakon terkenal yang turut mendapat jolokan Hero Pujaan Malaya, Remy Ishak selaku hos utama sepanjang 10 episod dengan susunan tema berbeza pada setiap minggu.

Antara tema mingguan yang akan diketengahkan termasuklah episod supercar, superbike, off road vehicle, modifikasi kereta dan motosikal serta banyak lagi.

Penerbitan musim pertama juga turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan tetamu jemputan yang terdiri daripada selebriti popular seperti Datuk AC Mizal, Datuk Awie, Datuk Rosyam Nor, Pekin Ibrahim, Black Hanifah, Achey, Beto Kusyairy serta Wak Doyok.

Manakala personaliti dan usahawan berpengaruh yang turut diundang termasuklah Amirul Rejab, Tinie Sulaiman serta Nabil Rahizad.

Program Roda Panas akan berdurasi selama 30 minit dan bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9.30 malam mulai 12 April ini secara eksklusif di saluran Naura (109) serta turut boleh distrim menerusiaplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.


SINOPSIS EPISOD

Episode 1 (12th April 2021)
Guest: Dato AC Mizal
Episod pertama Roda Panas bersama dengan Datuk AC Mizal dan kereta kesayangan beliau, Porche Carrera 996 911 4S. tema Chemoflauge menjadi pilihan Datuk AC untuk kereta beliau dan pernah memandu mencecah 300km/j dengan 320 horsepower.


Episode 2 (19th April 2021)
Guest : Wak Doyok
Modifikasi luaran dan penjagaan dalaman kereta sangat dititikberatkan oleh Wak Doyok. Ford Mustang 5.0L V8 sangat menarik perhatian sesiapa yang memandang, nampak garang dan kemas. Dimodifikasi kepada model GT500 (Shelby) dan juga horse power 745 daripada standard 600hp. Dalaman yang bertemakan hitam dan meraj serta dihiasi dengan carbon fibre.


Episode 3 (26th April 2021)
Guest: Datuk Awie

Synopsis : Harley Davidson Rod Glide CVO menjadi pilihan Datuk Awie dalam Roda Panas. Spesifikasi enjin 1923cc dan mempunyai 2 silinder enjin. Walaupun tidak banyak yang dimodifikasi, akan tetapi Datuk Awie banyak berkongsi tentang tips dan penjagaan untuk model Harley Davidson, sesuai bagi mereka yang ingin bersantai untuk perjalanan jarak jauh.


Episode 4 (3rd May 2021)
Guest: Amirul Rejab
Nissan Skyline GTR R34 merupakan generasi akhir yang membawa nama Skyline dalam keluarga GTR. Amiru Rejab merupakan seorang usahawan kedai cuci kereta melaburkan sehingga hampir RM300,000.00 untuk modifikasi kereta ini. Nampak gah dengan warna biru yang dicampur khas dengan kod warna pilihan menjadikan kereta ini dapat memikat pandangan. Lampu hadapan sahaja sudah mencecah RM15,000.00, bagaimana pula dengan aksesori yang lain?


Episode 5 (10th May 2021)
Guest : Pekin Ibrahim
Volkswagen Golf R32 MK5, adalah kereta yang dimiliki oleh Pekin Ibrahim dan kereta ini juga sangat limited kerana tidak lebih kurang 10 buah sahaja di Malaysia. Deruman enjin sahaja sudah garang, apatah lagi dengan performance kereta ini. Pekin sangat peka dengan modifikasi sistem dan enjin kerana baginya, untuk modified sesebuah kenderaan perlu ada pengetahuan supaya kereta tidak akan diubah melebihi kemampuan.


Episode 6 (17th May 2021)
Guest: Black Hanifah
Bercuti sambil memandu kenderaan? Kereta bergerak atau dikenali sebagai Caravan yang mempunyai katil, tandas, dapur, meja makan, lengkap seperti sebuah rumah. Kapasiti penumpang sekitar 8 orang dan kereta ini juga mempunyai 2 bateri untuk support kereta dan juga sistem yang lain. Memperuntukkan lebih kurang RM25,000.00 untuk modifikasi supaya lebih selesa membawa keluarga bercuti. Jangan terkejut kerana Caravan ini juga mempunyai sebuah generator 240W.


Episode 7 (24th May 2021)
Guest: Tinie Sulaiman
Lamborghini Huracan dan Nissan GTR R35 dimiliki oleh seorang pengasas kosmetik, Tinie Sulaiman. GTR R35 adalah sebuah kereta 4WD On Demand ATESSA-ETS dan horsepower 545. Manakala Lamborghini Huracan yang bernilai RM1.6 juta ini mempunyai enjin 5.2L V10 FSNA dan berkelajuan 610 horsepower. Terdapat 3 mod pemanduan utama iaitu Mod Road/Street, Mod Sport dan Mod Corsa. Spoiler yang menjadi pilihan pemilik untuk modifikasi ialah spoiler carbon yang bernilai RM20,000.00.


Episode 8 (31st May 2021)
Guest : Achey & Beto Kusyairy
Walaupun keluaran Yama RXZ sudah berakhir tetapi permintaan pada motor ini tetap tinggi malah harganya juga mencecah lebih kurang harga sebuah superbike. Achey dan Beto Kusyairy bersama host review tentang kedua-dua model ini yang mempunyai keistimewaan dan spesifikasi masing-masing.


Episode 9 (7th June 2021)
Guest: Nabil Rahizad
Family car, Toyota Vellfire Modellista dan performance car, Evo 8 yang menjadi highlight dalam episod ini. Toyota Vellfire yang dimodifikasi daripada model 2016 kepada model 2018 Modellista memperuntukkan belanja puluhan ratus ribu ringgit termasuklah modified magic air suspension membolehkan kereta dikawal turun dan naik suspension menggunakan remote dan rim yang digunakan adalah rim Maverick.


Episode 10 (14th June 2021)
Guest: Datuk Rosyam Nor
Datuk Rosyam Nor, nampak garang tetapi beliau adalah seorang yang sangat menjaga kereta. Sebagai bukti BMW E36 beliau walaupun merupakan model tahun 1995 tetapi masih lagi berkilau dan enjin juga berfungsi dengan baik. Dalam episod ini juga beliau berkongsi keretanya model Satria Neo R3 Lotus yang hanya dikeluarkan 25 unit sahaja dia Malaysia.


[KREDIT: Astro]