Amir Ahnaf | FOTO: Netflix |
SQUID GAME sinonim dengan permainan maut dan deretan watak yang mencerminkan sisi terbaik, terburuk dan paling pelik dalam masyarakat.
Salah satu watak yang berjaya mencuri perhatian penonton siri ini tidak lain tidak bukan ialah Choi Su-bong, atau lebih dikenali sebagai Thanos.
Namun bagaimana jika watak Thanos itu versi Malaysia? Siapakah siapa paling layak untuk membawakan karakter ini?
Netflix Malaysia tampil dengan idea segar menerusi sebuah video promosi khas menampilkan pelakon ‘bad boy’ tempatan dan bintang breakout paling hangat ketika ini, Amir Ahnaf.
Dengan personaliti bersahaja dan aura memikat, Amir Ahnaf berjaya memberikan sentuhan lokal yang segar kepada watak kegemaran peminat itu dengan nama 'Panos'. Dalam siri asal, watak Thanos yag mencuri tumpuan ramai itu dilakonkan oleh T.O.P, bekas ahli BIGBANG.
Menerusi video parodi ini, Amir membawa penonton mengimbas semula momen-momen ikonik Thanos dalam Squid Game. Daripada permainan Red Light Green Light, Round and Round, hinggalah ke detik paling memilukan yang melibatkan ‘garpu’ (Iykyk).
Turut muncul dalam video ini ialah Melissa Tan, Shaqur, Aravinn Vharmaan, Aush dan Allen, yang membawakan versi tempatan watak-watak pemain dan Pink Guard versi Malaysia. Semuanya demi membangkitkan keterujaan menjelang tayangan Squid Game Musim 3.
Bagi peminat yang mahu lebih, Netflix Malaysia turut menjemput anda menyertai pengalaman imersif dunia sinematik Squid Game dari 27 hingga 29 Jun 2025 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di LaLaport Bukit Bintang City Centre. Info lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.
Squid Game Musim 3 boleh distrim secara eksklusif di Netflix bermula 27 Jun ini. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments