JIKA media sosial anda dibanjiri gambar laut membiru, pasir di kaki dan matahari terbenam yang memukau, anda tidak keseorangan.
Percutian ke pulau kini kembali mencuri tumpuan. Inilah masa paling sesuai untuk merancang percutian anda sendiri.
Bayangkan air laut yang jernih, langit terbuka, dan sentuhan budaya tempatan yang menghidupkan suasana.
RedBus sediakan pelan lengkap empat hari tiga malam (4H3M) untuk anda bermula daripada kesibukan Kuala Lumpur ke suasana tenang Kuala Terengganu, sebelum menjejakkan kaki ke pantai tumpuan ramai di Instagram, Pulau Redang.
Paling menarik? Dengan redBus, anda tidak perlu pening untuk buat banyak tempahan atau risau tentang jadual feri. Semuanya boleh diurus di satu tempat dengan menempah terus bas ke Kuala Terengganu dan feri ke Redang dengan mudah.
Inilah pelan percutian 4H3M dari tanah besar ke pulau, sesuai untuk cuti hujung minggu panjang atau percutian spontan.
Jangan lupa membawa barang keperluan seperti cermin mata hitam, krim pelindung matahari, topi, pakaian mandi, kasut jalan yang selesa, kamera dan senarai lagu kegemaran.
Hari 1: Road trip ke Pantai Timur
KL → Kuala Terengganu
Mulakan pengembaraan hujung minggu panjang anda dengan sarapan kopitiam klasik berdekatan KL Sentral iaitu telur separuh masak, roti bakar kaya dan secawan kopi kaw sebagai permulaan perjalanan.
Naik bas dua tingkat dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu. Perjalanan sekitar lima hingga enam jam ini boleh dimanfaatkan untuk membaca, dengar podcast atau tidur lena.
Pemandangan sepanjang laluan menyajikan kehijauan, lebuh raya pesisir yang berliku serta pekan kecil yang memancarkan pesona Pantai Timur.
Tiba di Kuala Terengganu sekitar tengah hari, regangkan kaki dan singgah ke Chinatown yang berwarna-warni. Kawasan bersejarah ini menempatkan kuil Ho Ann Kiong (dibina tahun 1800-an), rumah kedai Cina tradisional, mural warna-warni dan lorong kenangan yang menghargai tokoh-tokoh masyarakat Cina Terengganu.
Setiap sudut dipenuhi nilai budaya dan warisan, menjadikannya lokasi 'Instagram-worthy' untuk tangkap gambar.
| KREDIT FOTO: Discovery Terengganu |
Menjelang senja, luangkan masa di Pantai Batu Buruk. Suasana santai, keluarga bermain layang-layang, angin laut menyapa dan semuanya cukup sempurna.
Tamatkan hari dengan makan malam makanan laut di warung tempatan seperti sambal sotong pedas dan ikan celup tepung wajib cuba.
Hari 2 & 3: Suasana pulau dan lautan biru
Kuala Terengganu → Pulau Redang
Bangun awal dan terus ke Jeti Taman Tamadun Islam untuk menaiki feri pertama ke Pulau Redang. Perjalanan mengambil masa sekitar 1.5 jam, duduk selesa, nikmati angin laut dan langit biru. Jika anda mudah mabuk laut, ambil ubat awal dan sapu pelindung matahari sebelum naik feri.
Tempah feri terlebih dahulu melalui redBus (harga sekitar RM55) dan ia siap dengan pembatalan percuma jika rancangan berubah. Gunakan kod RBFERRY untuk diskaun 25% dan 25% pulangan tunai. Lebih jimat, lebih banyak snek pantai.
Sampai sahaja di pulau, daftar masuk ke resort, simpan beg dan terus ke pantai. Nikmati renangan pertama, gambar terapung di laut dan air kelapa muda segar. Semuanya sempat sebelum matahari terbenam.
Malam pula nikmati BBQ tepi pantai, pertunjukan api dan bunyi ombak. Resort-resort di Redang memang pandai hidupkan mood malam pulau.
Esoknya, mula pagi dengan sarapan, kemudian sertai trip snorkeling ke Marine Park & Coral Gardens. Kalau bertuah, boleh nampak penyu berenang. Jangan lupa bawa GoPro atau casing kalis air.
| KREDIT FOTO: Tourism Terengganu Official Government Website |
Petang, ikut rentak sendiri. Sama ada mahu berkayak, bermain bola tampar pantai atau baring bawah pokok kelapa. Tiada jadual ketat, tiada stres. Peraturan utama? Rehat. Ulang. Nikmati.
Malam terakhir di Redang? Luangkan masa di tepi pantai dan biarkan langit malam pulau memukau anda dengan taburan bintang. Satu pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Hari 4: Singgah dan selamat tinggal
Pulau Redang → Kuala Terengganu → Kuala Lumpur
Nikmati pagi terakhir di pulau dengan kopi panas dan jalan santai di pesisir pantai. Boleh juga curi peluang satu lagi sesi berenang sebelum kembali ke dunia sebenar.
Naik feri balik ke Kuala Terengganu. Jika ada masa sebelum naik bas, jangan lupa singgah di Pasar Payang. Pusat jualan beg anyaman, batik dan ole-ole tempatan yang boleh dibawa pulang.
Kemudian, tiba masa untuk pulang. Saat cahaya kota Kuala Lumpur mula menjelma, hati anda mungkin sudah mula merancang pelarian pantai yang seterusnya. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments