Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bukan Sahaja Tidak Sertai Konsert Jelajah Asia, Rami Juga Terkecuali Daripada Comeback BABYMONSTER



Oleh: AILEEN ADAM

MESKIPUN Konsert Jelajah Asia BABYMONSTER berlangsung lancar dan menerima sambutan hangat di setiap lokasi, peminat tetap merasakan kekurangan dengan ketiadaan salah seorang anggota kumpulan itu, Rami.

Sebelum ini, YG Entertainment selaku agensi yang menaungi kumpulan berkenaan mengumumkan bahawa bintang berusia 18 tahun itu direhatkan sementara daripada aktiviti seni kerana sedang menjalani tempoh rehat dan rawatan pemulihan berkaitan masalah kesihatan yang dialaminya.

Susulan itu, Rami tidak dapat menyertai siri konsert jelajah di Asia yang bermula pada Mei lalu, dan hanya akan kembali ke pentas untuk lokasi seterusnya sekiranya tahap kesihatannya kembali stabil.

Terbaru, peminat sekali lagi meluahkan rasa kecewa apabila single terkini BABYMONSTER berjudul Hot Sauce yang bakal dilancarkan pada 1 Julai ini dikatakan tidak melibatkan penyertaan Rami, berdasarkan ketiadaan kelibatnya dalam poster promosi rasmi.

Perkara ini mencetuskan spekulasi bahawa penyanyi bersuara emas itu tidak terlibat dalam rakaman single tersebut, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai status terkini kesihatannya.


Dalam kenyataan rasmi, YG Entertainment menjelaskan bahawa Rami masih memerlukan masa yang mencukupi untuk pulih sepenuhnya.

“Keputusan ini dibuat dengan meletakkan kesihatan artis kami sebagai keutamaan. Justeru, kami memohon pemahaman semua pihak,” ujar wakil agensi tersebut.

Dalam perkembangan lain, BABYMONSTER dijangka tampil dengan single seterusnya pada September ini, diikuti pelancaran album mini pada bulan Oktober.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments