13 Ogo 2017

,

Annabelle: Creation
Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Seram
Klasifikasi: P13
Pengarah: David F. Sandberg
Pelakon: Stephanie Sigman, Talitha Bateman, Lulu Wilson, Philippa Coulthard, Grace Fulton 
Edaran: Warner Bros.



Mengisahkan
 tentang kehidupan sepasang suami isteri, Sam Mullin (Anthony LaPaglia) dan Esther Mullins (Miranda Otto) yang berdepan kematian tragis anak perempuan mereka, Bee dalam satu kemalangan.

Kehidupan mereka mula berubah apatah lagi kedua-duanya tidak dapat menerima kenyataan itu dan mula memintan bantuan daripada kuasa halus untuk untuk memanggil semula roh anak mereka agar kembali ke rumah.

Selepas 12 tahun berlalu, pasangan ini menawarkan rumah mereka untuk didiami sekumpulan anak yatim dan seorang rahib yang memerlukan tempat tinggal dan di sinilah dan bermulalah pelbagai kejadian seram yang kembali berlaku di rumah tersebut.

12 Ogo 2017

,

ANTARA aktiviti seni yang bakal berlangsung sepanjang minggu ini. Jika berkelapangan dan tidak tahu apa nak buat, jom meriahkan acara-acara ini.

Beethoven's Mighty 9th Concert, Konsert Suria FM, Bengkel Lukisan Bersama Abdullah Hamdan, Bengkel Penulisan Anekdt 2017, Bengkel Tulis Kreatif Fynn Jamal, Doa Untuk Malaysia 2017, Malam Wayang.

(Kepada anda di luar sana yang mahu turut menghebahkan acara-acara seni yang bakal dianjurkan di ruang Chillax ini, bolehlah emelkan poster dan info lengkap berkaitan acara tersebut ke emel: read8dotcom@gmail.com) 


11 Ogo 2017

7 Ogo 2017

,

NOTA jujur tulisan Yuna yang ditujukan buat tunangnya, Adam Sinclair mula diperkatakan selepas ia dikongsi dan telah menarik perhatian ramai kerana isi tulisannya yang sangat indah dan luhur tentang lelaki yang telah mencuri hatinya itu.

Tulisan ini Yuna kini tular dan turut dipinjam ramai wanita di luar sana apabila tertarik dan tersenyuh dengan maksud di sebalik tulisan ini.

“I fell in love with my best friend. But he didn’t chase me. He had his doubts about me. Means he is careful about who he lets into his life.  
“He didn’t whisper sweet nothings to my ears. But he will always answer my phone calls. 
“He doesn’t parade our relationship on social media. I am not his shiny new toy. I am his hidden gem. 
“He doesn’t put me first. He has his parents, his beautiful nieces and nephew, his siblings, his health, his life. 
“He wasn’t jealous if I talk to my peers or work with other guys, he lets me grow. He didn’t care that I had 2 million followers. He knows all the 10 real friends I have and their names.  
“He can’t remember the title of my songs, but he remembers his niece’s birthday. 
 “He didn’t forgo his friends for me. His friends were there for him when he needed them before I came into his life. 
“He would never immediately agree to my thoughts. He tells me if I’m wrong. And when I’m right, he acknowledges it.
“All this time I thought love was all about how a man should profess his love, flowers at my door, letters saying he’s in love, enslaving his entire being to me, but here is this person, who just wants to be sure he is the best man that he can be for himself, his family, and the world. And at the end of the day, he tells me all about it. All these things that he does or does not do, for some reason, he wants to share all of them with me.  
“And at the end of our every conversation, he lets me know that he loves me too. 
“I am his best friend. And for that, I am the luckiest girl in the world.”



Semoga pasangan ini dipanjangkan jodoh dan dipermudahkan urusan untuk melangkah ke ikatan perkahwinan. 

6 Ogo 2017

,

PENYANYI yang kini sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yunalis Dato' Mat Zara'ai atau lebih dikenali sebagai Yuna, 30,  selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya, Adam Yousof Mohamed Sinclair, 32.

Majlis yang berlangsung di kediaman ibu bapa Yuna di Shah Alam pada petang 5 Ogos (semalam) dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat keluarga belah pihak.





Yuna mula mengenali Adam sekitar tahun 2013 selepas terlibat dalam satu projek iklan TV di mana Adam turut terlibat sebagai pengarah di set rakaman ikaln tersebut. Mereka mula menjalinkan hubunagn serius pada tahun 2015 dan akhirnya mengambil keputusan untuk bertunang pada semalam.

Di majlis tersebut Adam menyerahkan lima dulang hantaran dan berbalas tujuh dari pihak perempuan.



"Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihasiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib. Kami sekeluarga sangat gembira dapat berjumpa dan bermesra dengan seluruh keluarga Adam.  
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya. Berkat doa mereka, hari saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair," kata Yuna menerusi siaran akhbar yang diedarkan oleh pengurusannya.



Dalam pada itu, Yuna turut berkongsi pandangannya terhadap Adam, lelaki yang berjaya mencuri hari perempuannya.

"Ini merupakan momen yang sangat manis bagi saya kerana ini langkah pertami kami untuk hidup bersama dan saya sangat bersyukur berjumpa dengan seorang yang sangat penyayang dan baik hati seperti Adam. 
"Percaturan Allah itu sungguh indah, Adam merupakan rakan karib saya, dan sepanjang perkenalan kami dia mewarnai hidup saya dan buat saya senyum  dan ketawa. Saya gembira akan bergelar isteri kepada kepadanya satu hari nanti, Insya-ALLAH," luah Yuna.



Lebih meriah, Ashraf Sinclair yang juga abang kepada Adam turut hadir bersama isterinya, Bunga Citra Lestari dan anak mereka Noah Sinclair untuk menjadi saksi kepada ikatan cinta yang dimeterai dengan tali pertunangan ini.




Persalinan Yuna  dan Adam pada majlis pertunangan mereka ini merupakan sentuhan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat, manakala rekaan Dais Majlis Pertunangan pula oleh Rekateemor. Sementara barang-barang hantaran (sebelah Yuna) pula dari The Calla.

[KREDIT FOTO: IG Yuna, IG Bunga Citra Lestari, & Aimanness Harun]  
,


Surat Kecil Dari Tuhan
Tarikh Tayangan: 3 Ogos 2017
Bahasa: Indonesia
Genre: Drama
Klasifikasi: P13
Pengarah: Fajar Bustomi
Pelakon: Bunga Citra Lestari, Joe Taslim
Edaran: GSC Movies




Mengisahkan.. 
tentang dua beradik yatim piatu bernama Anton dan Angel. Mereka telah diperangkap oleh sindiket yang memaksa mereka untuk mengemis di jalanan. Satu hari Angel telah mengalami kemalangan, ini merupakan titik perpisahannya dengan Anton kerana Angel kemudian diambil sebagai anak angkat. Selepas 15 tahun berada di Sydney, Australia, Angel telah berjaya menjadi seorang peguam. Dia kemudian bertemu dengan seorang lelaki bernama Martin dan bakal berkahwin. Namun fikirannya mula teringat kepada Anton dan dia mengambil keputusan untuk pulang ke Jakarta untuk mencari abangnya.

5 Ogo 2017

,


ANTARA aktiviti seni yang bakal berlangsung sepanjang minggu ini. Jika berkelapangan dan tidak tahu apa nak buat, jom meriahkan acara-acara ini.

Konsert Sheila Majid, Konsert Nova, Bengkel Asas Penulisan Kreatif, Dialog Budaya, Street Jam Dataran Merdeka, PUMA Night Run 2017, Sukma Cinta, Bengkel Lanjutan Bersama Fauziah Nawi, Chamber Concert.

Teater Monodrama Jalil Black, Teater Terbalik, Teater Kandang.


(Kepada anda di luar sana yang mahu turut menghebahkan acara-acara seni yang bakal dianjurkan di ruang Chillax ini, bolehlah emelkan poster dan info lengkap berkaitan acara tersebut ke emel: read8dotcom@gmail.com)