6 Ogo 2017

YUNA KINI TUNANGAN ADAM SINCLAIR


PENYANYI yang kini sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yunalis Dato' Mat Zara'ai atau lebih dikenali sebagai Yuna, 30,  selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya, Adam Yousof Mohamed Sinclair, 32.

Majlis yang berlangsung di kediaman ibu bapa Yuna di Shah Alam pada petang 5 Ogos (semalam) dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat keluarga belah pihak.





Yuna mula mengenali Adam sekitar tahun 2013 selepas terlibat dalam satu projek iklan TV di mana Adam turut terlibat sebagai pengarah di set rakaman ikaln tersebut. Mereka mula menjalinkan hubunagn serius pada tahun 2015 dan akhirnya mengambil keputusan untuk bertunang pada semalam.

Di majlis tersebut Adam menyerahkan lima dulang hantaran dan berbalas tujuh dari pihak perempuan.



"Alhamdulillah, majlis pertunangan kami berjalan dengan lancar. Majlis kami dihasiri oleh keluarga terdekat dan rakan-rakan karib. Kami sekeluarga sangat gembira dapat berjumpa dan bermesra dengan seluruh keluarga Adam.  
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan saya. Berkat doa mereka, hari saya selamat bertunang dengan Adam Sinclair," kata Yuna menerusi siaran akhbar yang diedarkan oleh pengurusannya.



Dalam pada itu, Yuna turut berkongsi pandangannya terhadap Adam, lelaki yang berjaya mencuri hari perempuannya.

"Ini merupakan momen yang sangat manis bagi saya kerana ini langkah pertami kami untuk hidup bersama dan saya sangat bersyukur berjumpa dengan seorang yang sangat penyayang dan baik hati seperti Adam. 
"Percaturan Allah itu sungguh indah, Adam merupakan rakan karib saya, dan sepanjang perkenalan kami dia mewarnai hidup saya dan buat saya senyum  dan ketawa. Saya gembira akan bergelar isteri kepada kepadanya satu hari nanti, Insya-ALLAH," luah Yuna.



Lebih meriah, Ashraf Sinclair yang juga abang kepada Adam turut hadir bersama isterinya, Bunga Citra Lestari dan anak mereka Noah Sinclair untuk menjadi saksi kepada ikatan cinta yang dimeterai dengan tali pertunangan ini.




Persalinan Yuna  dan Adam pada majlis pertunangan mereka ini merupakan sentuhan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat, manakala rekaan Dais Majlis Pertunangan pula oleh Rekateemor. Sementara barang-barang hantaran (sebelah Yuna) pula dari The Calla.

[KREDIT FOTO: IG Yuna, IG Bunga Citra Lestari, & Aimanness Harun]  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan