NusaNutra Lancar Dybesol & Phytoglutide, Inovasi Kesihatan Berasaskan Penyelidikan Tempatan

(Dari kiri) Pengarah Eksekutif NusaNutra Nor Ashikin Zakaria, Prof. Ts. Dr. Fadzilah Adibah Abdul Majid dan Pengarah Urusan NusaNutra Ahmad Zahin Ilman Othman 

DARIPADA makmal ke pasaran, itulah misi yang ingin diketengahkan NusaNutra  menerusi pelancaran dua inovasi baharu, Dybesol dan Phytoglutide, sempena Persada Cipta 2026 yang berlangsung di Hotel De Palma Shah Alam pada Jumaat.

Lebih daripada sekadar sebuah majlis pelancaran, Persada Cipta 2026 menjadi platform yang menghimpunkan penyelidik, institusi akademik, pemain industri dan pelabur bagi mempercepatkan usaha membawa hasil penyelidikan tempatan ke peringkat komersial.

Pada masa yang sama, acara ini turut menyaksikan pelancaran rasmi jenama NusaNutra yang memberi tumpuan kepada pembangunan produk kesihatan berasaskan penyelidikan saintifik dan khazanah biodiversiti Nusantara.

Bertemakan 'Memperkasa Warisan, Menerajui Inovasi', platform ini bukan sahaja mengetengahkan inovasi baharu, malah menghubungkan rantaian antara penyelidikan dan industri supaya lebih banyak hasil kajian dapat diterjemahkan kepada produk yang memberi manfaat kepada pengguna.

Majlis itu turut mengetengahkan lima inovasi yang pernah menerima Anugerah Emas International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX) bagi tempoh 2023 hingga 2026 iaitu Terungold, Femiluv, Vegejelly, Dybersol dan Phytoglutide.

Kesemua inovasi ini dibangunkan hasil kerjasama antara NusaNutra dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Inovasi Kesihatan Berasaskan Sains dan Alam Semula Jadi

Antara yang mencuri perhatian ialah pelancaran rasmi Dybesol dan Phytoglutide, dua inovasi terbaharu yang dibangunkan berasaskan penyelidikan saintifik dengan memanfaatkan potensi bahan semula jadi tempatan.

Dybersol merupakan suplemen nutraseutikal berasaskan tumbuhan yang direka untuk menyokong kesihatan metabolik serta perlindungan antioksidan badan. Ia dibangunkan sebagai pelengkap kepada amalan gaya hidup sihat, khususnya bagi individu yang ingin menjaga keseimbangan paras gula dalam darah.

Formulasinya menggabungkan ekstrak bawang pangan, daun salam dan peria katak, iaitu bahan yang sering digunakan dalam amalan tradisional dan kini diperkukuhkan melalui kajian saintifik moden. Pendekatan ini menjadikan Dybersol sebagai inovasi yang menggabungkan ilmu tradisi dan sains dalam satu formulasi yang lebih tersusun.

Sementara itu, Phytoglutide pula menampilkan pendekatan lebih moden berasaskan teknologi dan potensi bahan bioaktif tumbuhan. Ia dirumus untuk menyokong fungsi metabolisme badan, termasuk membantu proses pencernaan gula dan lemak serta mengurangkan tekanan oksidatif.

Sebelum diperkenalkan ke pasaran, Phytoglutide melalui pelbagai peringkat penyelidikan dan penilaian makmal bagi memastikan keberkesanan serta potensinya sebagai inovasi berasaskan sains, termasuk ujian aktiviti antioksidan, anti-radang serta penilaian terhadap beberapa mekanisme metabolik utama.

Presiden Annems Group of Companies, Datuk Dr. Faridah Hanim Haron menandatangani plak simbol perasmian Persada Cipta 2026, sambal diperhatikan Ahmad Zahin



Pengarah Urusan NusaNutra, Ahmad Zahin Ilman Othman berkata, Malaysia mempunyai asas kukuh untuk muncul sebagai peneraju inovasi berasaskan biodiversiti, namun usaha mengkomersialkan hasil penyelidikan perlu terus diperkasakan.

“Malaysia mempunyai ramai penyelidik bertaraf dunia serta kekayaan biodiversiti yang luar biasa. Cabaran utama bukan lagi menghasilkan penyelidikan semata-mata, tetapi memastikan lebih banyak hasil penyelidikan berjaya diterjemahkan kepada produk yang memberi manfaat kepada rakyat, membuka peluang ekonomi baharu dan meningkatkan daya saing negara. Di situlah NusaNutra mahu memainkan peranannya,” ujarnya.

Tambahnya, Persada Cipta diwujudkan sebagai jambatan yang menghubungkan penyelidik, institusi dan industri supaya inovasi tidak berhenti di peringkat kajian, sebaliknya berkembang menjadi produk yang memberi impak kepada masyarakat.

“Warisan memberi inspirasi. Sains memberi keyakinan. Inovasi membawa perubahan. Namun pengkomersialan memastikan manfaat penyelidikan benar-benar sampai kepada masyarakat. Persada Cipta diwujudkan bagi menghubungkan keseluruhan rantaian ini supaya lebih banyak inovasi tempatan berjaya menembusi pasaran,” katanya.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, jenama ini menyasarkan untuk memperluaskan kerjasama bersama lebih banyak universiti dan institusi penyelidikan, memperkenalkan inovasi baharu yang kini sedang berada dalam fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta meneroka peluang ke pasaran serantau dan antarabangsa.

Malah melalui Persada Cipta, NusaNutra berhasrat memperkukuh peranannya sebagai pemudah cara yang menghubungkan penyelidikan, inovasi dan industri agar lebih banyak hasil penyelidikan tempatan dapat diterjemahkan kepada produk bernilai tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat serta memperkukuh daya saing negara berteraskan inovasi. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments