DEMAM bola sepak bukan sekadar fenomena global di Malaysia, ia hadir dengan identiti tersendiri yang sarat warna, emosi dan tradisi.Bukan hanya tentang 90 minit di atas padang, tetapi tentang bagaimana sukan ini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian, daripada perbualan di mamak hingga sesi menonton lewat malam bersama rakan dan keluarga.
Dalam rutin inilah, kopi sering menjadi sebahagian daripada pengalaman menonton. Perlawanan yang berlangsung merentasi zon masa berbeza sama ada lewat malam atau awal pagi menjadikan secawan kopi sebagai teman setia untuk kekal terjaga dan terus mengikuti setiap detik perlawanan.
Lebih daripada sekadar minuman, ia menjadi sebahagian daripada ritual menonton yang mengiringi perbualan hangat tentang keputusan, aksi pemain dan momen yang sukar dilupakan.
Dalam konteks ini, kempen 'Semarakkan Sokongan Bersama WONDA' diperkenalkan sebagai payung yang menghimpunkan pelbagai aktiviti dan kandungan yang meraikan budaya bola sepak yang dekat dengan kehidupan peminat.
Antara inisiatif yang digerakkan di bawah ruang ini termasuk produksi televisyen sinematik hasil kerjasama dengan Astro Shaw yang menampilkan Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid, bersama pelakon Amir Ahnaf yang kembali dengan watak Kahar daripada
Kahar: Kapla High Council.
Selain itu, siri dokumentari lima episod
Kisah Di Sebalik Harimau di Astro Arena memberi tumpuan kepada perjalanan pemain Harimau Malaya seperti Faisal Halim, Fergus Tierney dan Syafiq Ahmad. Ia membawa penonton lebih dekat kepada sisi peribadi pemain, termasuk pengorbanan, cabaran dan disiplin yang membentuk mereka sebagai atlet profesional, sekali gus memberi perspektif lebih luas tentang apa yang diperlukan untuk mewakili negara melangkaui keputusan di atas kertas.
Menurut Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan, bola sepak dilihat lebih daripada sekadar permainan, sebaliknya menjadi ruang yang menyatukan rakyat untuk menikmati, berbincang dan menyokong bersama.
Jelasnya, sebagai pihak yang terlibat dalam ekosistem sokongan bola sepak tempatan, fokus mereka adalah untuk menghargai peminat serta momen yang menjadikan sukan ini bermakna, sama ada ketika berjaga untuk perlawanan lewat malam atau mengikuti semula perlawanan pada keesokan hari.
Pengalaman Bola Sepak Yang BerterusanDi ruang audio pula, segmen ringkas berdurasi 90 saat di FLYFM memperkenalkan sorotan perlawanan malam sebelumnya melalui WONDA Football Line. Format ini membolehkan pendengar mengikuti kembali detik penting seperti jaringan, aksi menarik dan perbincangan sekitar perlawanan dalam bentuk ringkasan harian yang mudah diikuti pada waktu pagi.
Pendengar juga diajak untuk berkongsi reaksi, berbincang tentang keputusan perlawanan, serta menghantar dedikasi lagu kepada pasukan pilihan mereka, menjadikan pengalaman bola sepak tidak terhenti selepas wisel penamat.
Dalam masa sama, pelbagai aktiviti digital, kandungan media sosial, pertandingan mingguan serta kolaborasi bersama myNEWS turut memperluaskan keterlibatan peminat melalui ganjaran seperti jersi Harimau Malaya yang ditandatangani dan barangan edisi khas.
Kempen 'Semarakkan Sokongan Bersama WONDA' menghimpunkan pelbagai inisiatif ini dalam satu gambaran lebih besar tentang bagaimana bola sepak terus menjadi ruang yang menyatukan ramai. Bukan sekadar sebagai sukan, tetapi sebagai budaya yang hidup melalui perbualan, emosi dan pengalaman bersama peminat dari pelbagai latar belakang. belakang.
- 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments