 |
| Wakil Blackmores Malaysia dan Big Caring Group bersama jurulatih kecerdasan selebriti dan pempengaruh Jordan Yeoh (paling kiri) serta pelakon Meerqeen (paling Kanan) pada acara Jom!Fit Carnival di One Utama |
DALAM kehidupan moden yang semakin kurang bergerak, rutin harian banyak dihabiskan dalam keadaan duduk dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Keadaan ini boleh menjadi cabaran kesihatan kerana memberi kesan kepada tubuh dalam jangka panjang.Kesihatan tulang dan sendi, misalnya, sering dianggap sebagai sesuatu yang hanya perlu diberi perhatian apabila usia meningkat.
Namun, perubahan gaya hidup masa kini menunjukkan penjagaan mobiliti perlu bermula lebih awal, termasuk menerusi aktiviti fizikal dan tabiat harian yang lebih sihat.
Bagi mengetengahkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pencegahan, Blackmores Malaysia menganjurkan Jom!Fit Carnival buat pertama kali di One Utama dari 22 hingga 26 Julai 2026 dengan kerjasama Caring Pharmacy, jenama farmasi runcit di bawah Big Caring Group.
Acara tersebut memberi fokus kepada kesihatan tulang dan sendi, terutama dalam kalangan golongan dewasa muda yang semakin berdepan cabaran berkaitan gaya hidup kurang aktif.
Berdasarkan National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023, seorang daripada dua rakyat Malaysia menjalani gaya hidup sedentari, manakala seorang daripada tiga individu pula tidak aktif secara fizikal.
Statistik tersebut mencerminkan keperluan untuk menggalakkan masyarakat mengambil langkah lebih awal dalam menjaga kesihatan dan pergerakan harian.
Antara tarikan utama sepanjang Jom!Fit Carnival ialah 500 Wellness Laps Challenge, sebuah aktiviti yang menggalakkan peserta melakukan perubahan kecil menerusi pergerakan fizikal secara konsisten.
Peserta yang berjaya melengkapkan cabaran tersebut menerima ganjaran eksklusif sebagai penghargaan terhadap usaha mereka mengamalkan rutin lebih sihat.
Selain itu, Blackmores turut menyumbangkan 200 produk kesihatan kepada kelab-kelab larian yang mengambil bahagian sebagai tanda penghargaan terhadap peranan komuniti tersebut dalam menggalakkan gaya hidup aktif.
Aktiviti Interaktif Galak Gaya Hidup Lebih SihatSepanjang acara berlangsung, pengunjung turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, cabaran fizikal, konsultasi bersama ahli farmasi serta aktiviti mesra keluarga.
Pengalaman tersebut menjadikan topik penjagaan kesihatan pencegahan lebih mudah difahami, selain membuka ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat dan panduan berkaitan kesejahteraan diri.
Menurut Pengarah Urusan Asia di Blackmores Group, Andrew Fuary, penjagaan kesihatan perlu diberi perhatian lebih awal sebelum sebarang kebimbangan kesihatan muncul.
Katanya, usaha meningkatkan kesedaran serta menggalakkan tabiat lebih sihat merupakan sebahagian daripada pendekatan Blackmores dalam membantu masyarakat mengambil langkah proaktif terhadap kesihatan jangka panjang.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Big Caring Group, Lim Sin Yin, berkata, farmasi komuniti memainkan peranan penting sebagai tempat rujukan masyarakat untuk mendapatkan nasihat kesihatan harian serta membantu mereka membuat keputusan lebih baik berkaitan kesejahteraan diri.
Menerusi penganjuran Jom!Fit Carnival, kesedaran mengenai kepentingan menjaga tulang, sendi dan mobiliti sejak awal terus diketengahkan agar lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati kehidupan yang aktif dan sihat untuk jangka panjang.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments