Oleh: SORAYA AFNAN
BAGI pencinta makanan Jepun, dorayaki mungkin antara snek yang cukup mudah dikenali. Dua keping pankek lembut yang digabungkan bersama inti manis di tengah menjadikan hidangan ini bukan sahaja popular di negara asalnya, malah turut mendapat tempat dalam kalangan penggemar makanan di seluruh dunia.Walaupun secara tradisinya sering dikaitkan dengan inti kacang merah, perkembangan cita rasa moden menjadikan dorayaki kini hadir dalam pelbagai variasi. Daripada perisa klasik Jepun hinggalah gabungan rasa yang lebih dekat dengan selera tempatan, pencuci mulut ini terus berevolusi mengikut pilihan pengguna.
Di Malaysia, elemen tempatan sering menjadi inspirasi dalam menghasilkan variasi baharu makanan luar negara. Salah satu contohnya ialah penggunaan rasa durian Musang King yang cukup sinonim dengan citarasa rakyat Malaysia dalam pelbagai jenis pencuci mulut.
Mengikuti trend tersebut, Sunshine Bakeries memperkenalkan siri Dorayaki terbaharu pada 1 Julai 2026 dengan mengetengahkan lima pilihan rasa iaitu Durian Musang King, Azuki Red Bean, Matcha, Cheese dan Taro.
Selain pilihan rasa yang berbeza, antara ciri utama dorayaki ini ialah penggunaan susu Hokkaido dalam penyediaannya, yang menghasilkan tekstur pankek lebih lembut dan gebu bersama inti berkrim di bahagian tengah.
Meneroka Lima Pilihan Rasa Berbeza
Antara variasi yang menarik perhatian ialah Durian Musang King, yang menggabungkan rasa buah tempatan tersebut dengan tekstur dorayaki yang ringan. Sebelum ini, rasa berkenaan pernah diketengahkan menerusi Roti Berkrim Durian Musang King pada 2025.
Bagi mereka yang lebih menggemari rasa tradisional Jepun, Azuki Red Bean mengekalkan karakter klasik dorayaki menerusi inti kacang merah. Matcha pula menawarkan rasa teh hijau Jepun dengan keseimbangan rasa manis dan sedikit pahit yang menjadi kegemaran ramai pencinta pencuci mulut berasaskan teh hijau.
Sementara itu, Cheese memberikan pilihan berbeza dengan rasa berkrim dan sedikit masin, manakala Taro membawa rasa lembut yang sering dikaitkan dengan pencuci mulut moden ala kafe.
Kepelbagaian pilihan ini menunjukkan bagaimana makanan tradisional boleh terus berkembang apabila digabungkan dengan cita rasa masyarakat setempat. Daripada hidangan yang biasanya dikaitkan dengan budaya Jepun, dorayaki kini hadir dalam versi yang lebih pelbagai dan mudah diterima oleh peminat makanan di Malaysia.
Lebih sesuai dinikmati secara santai berbanding hanya pada acara tertentu, dorayaki boleh menjadi pilihan ketika waktu rehat, menemani minuman panas atau sekadar sebagai kudapan ringan selepas seharian menjalani rutin.
Sunshine Dorayaki kini boleh didapati di peruncit utama dan kedai serbaneka terpilih di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Ipoh, Kuantan, Alor Setar, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.
Disahkan halal, produk ini membawa gabungan inspirasi dorayaki Jepun dengan beberapa pilihan rasa yang lebih dekat dengan selera pengguna Malaysia.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments