Mega Gegar 20 Juta: CelcomDigi Raikan Pelanggan Dengan Pelbagai Ganjaran Istimewa

(Dari kiri) Chan May Ling, Ketua Jenama dan Perkhidmatan Pemasaran CelcomDigi; Fara Aida Dahlan, Ketua Jenama Korporat & Marcom CelcomDigi (Prepaid & Youth),  bersama CD Champions | FOTO: CelcomDigi

MENGHARGAI pelanggan bukan sekadar melalui kata-kata, tetapi menerusi pengalaman yang memberi nilai sebenar.


Bersempena pencapaian lebih 20 juta pelanggan di seluruh negara, CelcomDigi tampil dengan kempen Mega Gegar 20 Juta yang menawarkan pelbagai ganjaran, tawaran eksklusif dan promosi istimewa bernilai keseluruhan RM20 juta.

Kempen penghargaan terbesar yang pernah dianjurkan syarikat itu bukan sahaja meraikan sokongan jutaan rakyat Malaysia, malah mencerminkan perjalanan jenama CelcomDigi yang terus berkembang dengan memberi tumpuan kepada sambungan rangkaian yang dipercayai, pengalaman digital yang lebih bermakna serta penyelesaian yang memenuhi keperluan pelanggan masa kini.

Berlangsung dari 23 Julai hingga 30 September 2026, Mega Gegar 20 Juta menjadi simbol penghargaan kepada pelanggan yang telah bersama CelcomDigi sepanjang perjalanan jenama itu.

Ketua Jenama dan Perkhidmatan Pemasaran CelcomDigi, Chan May Ling berkata, sejak tiga tahun lalu syarikat memberi tumpuan kepada usaha membina jenama yang bukan sahaja menyediakan teknologi dan sambungan rangkaian yang dipercayai, malah sentiasa relevan dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Menurutnya, pemahaman terhadap keperluan lebih 20 juta pelanggan turut menjadi inspirasi kepada fasa baharu evolusi jenama CelcomDigi yang lebih berpaksikan pengguna.

"Mega Gegar 20 Juta adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada jutaan rakyat Malaysia yang telah memberikan kepercayaan kepada kami selama ini.

"Melalui ganjaran menarik dan tawaran eksklusif, kami meraikan pelanggan yang terus memberi inspirasi kepada kami serta menghidupkan rangkaian kami setiap hari," ujarnya.

Ganjaran Bernilai RM20 Juta Menanti Pelanggan

Sepanjang tempoh kempen, pelanggan berpeluang merebut hadiah dan ganjaran bernilai keseluruhan RM20 juta, termasuk 20 hadiah utama serta lebih 70,000 hadiah bonus.

Dengan sokongan rakan strategik seperti Samsung dan The MakeOver Guys, kempen ini menawarkan lebih banyak peluang kepada pelanggan untuk membawa pulang hadiah menarik.

Melalui transaksi serendah RM20, pelanggan layak membuka Kotak Misteri Digital terbesar di aplikasi CelcomDigi dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah.

Hadiah bonus pula akan diumumkan dalam empat kitaran sepanjang kempen, dan pemenangnya masih berpeluang dipilih sebagai pemenang hadiah utama.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk transformasi rumah pintar berasaskan AI oleh Samsung dan The MakeOver Guys, kenderaan elektrik Proton e.MAS 7, percutian ke destinasi tempatan dan antarabangsa serta akses eksklusif ke konsert-konsert anjuran Live Nation.

Penyertaan kempen juga direka supaya lebih mudah untuk pelanggan baharu mahupun sedia ada. Pelanggan hanya perlu melakukan pembelian atau langganan yang layak seperti menaik taraf pelan mudah alih, melanggan internet rumah, mendapatkan peranti baharu menerusi Easy360 atau Pakej MegaJimat, melanggan Mega Add-Ons, Freedom Add-Ons, perkhidmatan hiburan, keselamatan digital, tambahan internet atau perkhidmatan perayauan bermula serendah RM20.


Selain peluang memenangi hadiah, pelanggan turut menikmati pelbagai tawaran eksklusif sepanjang kempen berlangsung. Antaranya termasuk rebat tambahan RM480 bagi peranti Samsung 5G di bawah Easy360 dan Pakej MegaJimat, termasuk tempahan awal siri telefon lipat Samsung Galaxy terkini serta televisyen Samsung.

Turut ditawarkan ialah rebat tambahan RM240 untuk beberapa peranti terpilih seperti OPPO Reno16 F 5G, Xiaomi 17T 5G, HONOR 600 5G, vivo X300 FE 5G dan PlayStation 5 Disc Console (Slim).

Bagi pelanggan baharu, CelcomDigi turut menawarkan akses bulan pertama secara percuma kepada pakej hiburan Asia yang merangkumi iQIYI, Vision+ dan Viu, selain MobileSHIELD bagi membantu pengguna menikmati pengalaman digital dengan lebih selamat.

Dalam masa sama, pelanggan yang melanggan pelan Home Fibre 300Mbps dan Home WiFi Essential akan menerima rebat tambahan RM60 sepanjang tiga bulan pertama.

Setiap pembelian dan langganan yang layak di bawah tawaran ini juga secara automatik memberikan peluang penyertaan dalam Mega Gegar 20 Juta.

Kempen ini turut diserikan dengan penganjuran Mega Gegar 20 Juta Live, iaitu percubaan mencipta rekod menerusi penstriman langsung promosi selama 42 jam di TikTok.

Bermula pada jam 12 tengah malam, 31 Julai sehingga 6 petang, 1 Ogos 2026, penstriman langsung tersebut akan menampilkan pelbagai promosi masa terhad serta tawaran eksklusif dengan penjimatan istimewa untuk peranti dan aksesori terpilih.

Tawaran berkenaan boleh didapati menerusi laman web CelcomDigi serta kedai-kedai CelcomDigi yang mengambil bahagian di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mega Gegar 20 Juta, orang ramai boleh melayari laman web rasmi CelcomDigi atau mendapatkan informasi menerusi aplikasi CelcomDigi serta kedai CelcomDigi berhampiran. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments