Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dalang, bongkar kebenaran di plarform tonton

EKSKLUSIF di Tonton dengan kerjasama Finas, nantikan filem terbaharu berjudul Dalang, hasil terbitan Lumatic Films dan diarahkan oleh Nik Amir Mustapha bermula 20 Disember 2023.

Filem bergenre jenayah dan misteri ini membariskan pelakon seperti Luqman Hafidz, Liyana Jasmay, Wan Raja, Nesa Idrus, Arash Mohamad, Aziz M. Osman, Imuda, Idan Aedan, Megat Adli, Abi Madyan, Yuyun Hikmah, dan Fadhli Masoot. 

Naskhah tersebut mengisahkan tentang Zain lakonan Luqman Hafidz yang sering berhadapan dengan pelbagai rintangan baik dalam tugasnya sebagai seorang wartawan jenayah bebas mahupun kehidupan peribadinya.

Zain mempunyai caranya yang tersendiri membuatkan dirinya sering mendapat informasi dalam menjejak berita mengenai aktiviti jenayah kolar putih. Kepakaran Zain dalam membongkar rahsia jenayah kolar putih itu membuatnya didekati oleh sebuah kumpulan bebas yang nekad untuk membantu mangsa-mangsa tertindas dek penyalahgunaan kuasa.


Ikhlas (Aziz M. Osman) adalah seorang ahli perniagaan dan pendakwah terkenal dalam kalangan penduduk setempat. Dia juga menjalankan operasi rahsia tersebut bersama Ayu (Liyana Jasmay). Pertemuan Zain, Ayu dan Ikhlas itu sekaligus membuka papan percaturan untuk menangkap seorang dalang dalam sebuah kes kegiatan gelap oleh wakil penduduk tempatan iaitu Datuk Pin (Arash Mohamad).

Saksikan Dalang secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton bermula 20 Disember 2023. - 7KLIK


Post a Comment

0 Comments