Hot Posts

6/recent/ticker-posts

The Masked Singer Malaysia: Duo Cili Padi rupa-rupanya Amira-Irfan Haris


DUO Cili Padi terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pentas The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4) apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu kedua yang bersiaran langsung dari  CIDB Convention Centre Kuala Lumpur pada Ahad.

Maskot duo pertama dalam TMSM yang juga merupakan pasangan adik beradik, Amira Othman dan Irfan Haris itu mendapat markah tercorot iaitu  59.44 peratus (%) menerusi persembahan lagu Pening, nyanyian asal Datuk M.Daud Kilau dan Ezlyn.

Bagaimanapun, kesemua barisan juri tidak dapat meneka tepat siapakah sosok di sebalik maskot Cili Padi itu, termasuk Fattah Amin yang hadir sebagai juri jemputan. Sementara itu, maskot Roti John berjaya menggungguli tempat pertama dengan markah keseluruhan 74.71%.



Untuk musim ini, kerusi juri tetap diisi oleh Datuk Aznil Hj Nawawi, Erra Fazira, Elly Mazlein, Rozita Che Wan, Sherry Alhadad, Zizan Razak, Nabila Huda, Angah Raja Lawak dan Michael Ang.

Penjurian peserta berdasarkan undian daripada Juri Tetap sebanyak 80% dan undian daripada penonton sebanyak 20% setiap minggu.

TMSM4 yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal bersiaran secara langsung pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107) dan boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan aplikasi Astro GO.


ARTIKEL LAIN: trivia-bintang-rtm-juara-berkualiti
ARTIKEL LAIN: dalang-bongkar-kebenaran-di-tonton
ARTIKEL LAIN: the-masked-singer-malaysia-kak-cat



MARKAH & KEDUDUKAN PESERTA MINGGU 2

1. Roti John - Feeling Good (74.71%)
2. Bunga Matahari - Trauma (74.57%)
3. Mat helang - Test Drive (74.51%)
4. Musang - Bunga Angkasa (72.09%)
5. Ikan Emas - Malampagi (72.01%)
6. Sang Kancil - Nour El Ein (71.02%)
7. Abang Jagung - Uptown Girl (69.12%)
8. Bawang Putih - Shimmy (68.89%)
9. Teratai - Kisah Hati (67.66%)
10.Biskut Aiskrim - Irama (67.33%)
11.Pom Pom Kin - Joget Sayang Disayang (67.22%)
12. Putera Katak - Di Alam Fana Cinta (61.25%)
13. Cili Padi - Pening (61.25%) - TERSINGKIR: AMIRA OTHMAN & IRFAN HARIS   


[FOTO: Astro]

Post a Comment

0 Comments