Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Berhibur sambil kumpul dana bantu rakyat Palestin di konsert Voice Of The Heart

BERSIMPATI dengan nasib yang menimpa rakyat di Palestin yang kini menderita akibat konflik perang yang masih berterusan, CS Excellent tampil menganjurkan persembahan  konsert Voice Of The Heart yang bakal berlangsung pada 7 Mac depan.

Bertempat di  di Zepp Kuala Lumpur persembahan tersebut akan menampilkan barisan penyanyi terkenal tanah air seperti Rahmad Mega, Jay Jay, Nadeera dan Ernie Zakri.

Pengarah Urusan CS Excellent, Marinatasha Mustapar, berkata, tujuan dan matlamat utama konsert Voice Of The Heart diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM) bagi membantu rakyat di Palestin yang amat memerlukan bantuan.

"Dana untuk Palestin ini adalah untuk menyalurkan bantuan seperti makanan, tempat tinggal, perubatan dan infrastruktur.

"Dalam masa sama, kita juga tidak lupa juga kepada Persatuan Artis Veteran Malaysia dan Pertubuhan Limpahan Kasih (Anak-Anak Yatim dan Asnaf) kerana tahu mereka ijuga antara yang turut melalui fasa kesukaran sama.

"Jadi, kita tidak mahu melupakan mereka dan dengan adanya persembahan amal ini sedikit sebanyak dapat membantu dan berkongsi rezeki bersama. Pendek kata, sumbangan yang bakal disalurkan adalah menyeluruh," katanya yang sebelum ini pernah menganjurkan Rhythm Of Legends Live In Concert di Plenary Hall KLCC.

Berkongsi mengenai pemilihan artis, Marinatasha berbesar hati atas sokongan dan kesudian barisan artis terbabit untuk terlibat menjayakan persembahan amal itu.

“Sebelum ini ada ramai artis lain yang kami jemput untuk terbabit sama, tapi hanya yang tersenarai ini saja yang berkelapangan untuk persembahan ini. Mereka juga berminat untuk sama-sama terbabit bagi membantu dan beramal.

“Dari segi persembahan, pihak penganjur telah menetapkan konsep persembahan perjuangan dan kedamaian selaras dengan tujuan persembahan ini. Jadi, selain lagu popular, mereka juga turut menyampaikan beberapa buah lagu ditujukan khas buat Palestin dalam persembahan istimewa nanti,” katanya.


CS Excellent turut mengalu-alukan sumbangan daripada badan korporat dan orang perseorangan yang ingin menyumbang.

Tiket konsert boleh didapati dengan harga RM99, RM199, RM299, RM399, RM5,000. Pembelian boleh dibuat menerusi pautan myticketempire.com - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments