Kembali Ke Kuala Lumpur, D'masiv bawa bunyi ikonik dan janjikan pengalaman muzik lebih hebat


KUMPULAN rock sensasi dari Indonesia, D'Masiv yang dikenali dengan lagu-lagu hit papan atas dan persembahan yang meruntun jiwa bakal menemui peminat di Malaysia menerusi Konsert D'Masiv Cinta Sampai Di Kuala Lumpur.

Konsert istimewa yang dibawakan khas oleh Ifix Entertainment dengan kerjasama dengan Panggung Asia itu dijadualkan berlangsung pada di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, jam 8.30 malam pada 4 Februari 2024.

Kumpulan yang dianggotai oleh oleh Rian Ekky Pradipta selaku vokalis, Dwiki Aditya Marsall (gitar), Nurul Damar Ramadan (gitar), Rayyi Kurniawan, Iskandar Dinata (bass) dan Wahyu Piadji (dram) itu berjanji untuk menyajikan malam yang penuh dengan muzik elektrik, balada emosional dan pengalaman yang tidak akan terlupakan bagi peminat di Kuala Lumpur.



Konsert ini adalah sebahagian daripada lawatan mereka, dengan matlamat membawa bunyi ikonik dan tenaga mereka kepada peminat muzik di seluruh rantau.

Tiket untuk konsert D'Masiv Cinta Sampai Di Kuala Lumpur itu dijual dengan harga yang bermula RM159 dan pembelian boleh dilakukan menerusi lama web, www.tapauIx.asia .

IFix Entertainment selaku penganjur mengharapkan agar peminat tidak melepaskan peluang untuk menonton aksi mantap kumpulan D'Masiv dalam persembahan tersebut.

“Kami berharap peminat peminat D’Masiv yang berada di Malaysia tidak akan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan persembahan menarik D'Masiv secara langsung di Kuala Lumpur. Sertai kami untuk malam kecemerlangan muzik dan kenangan bersama," katanya. - 7KLIK


Post a Comment

Previous Post Next Post