[Al-Fatihah] Bintang legenda, M. Daud Kilau meninggal dunia



BINTANG legenda Datuk M. Daud Kilau meninggal dunia di Hospital Teluk Intan, Perak, sekitar jam 4.46 petang pada Isnin. Allahyarham yang cukup sinonim dengan gelaran 'Raja Gelek'itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun.

Difahamkan keadaan kesihatan Allahyarham mula merosot sejak beberapa tahun lalu dan menghidap pelbagai jenis penyakit termasuk jantung, paru-paru berair dan kencing manis.

Menurut laporan media, anak Allahyarham berkata, arwah bapanya itu sepatutnya menjalani pembedahan hari ini tetapi terpaksa ditangguhkan kerana keadaan kesihatan yang kurang stabil. 

Jenazah dijangka akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Baroh Bagan Datuk selepas solat Zohor esok.

Ketika hayatnya, pemilik nama sebenar Muhammad Daud Kilau itu cukup dikenali dengan imej uniknya dan tampil dengan lagu-lagu popular seperti Cek Mek Molek, Gila Judi, Sirih Pinang dan banyak lagi, selain pernah berduet dengan penyanyi Ezlyn menerusi lagu Pening pada tahun 2003. 

Bintang asal Bagan Datoh, Perak itu aktif dalam bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968, diikuti pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori nyanyian asli pada tahun 1985.


ARTIKEL LAIN: al-fatihah-ibnor-riza-sudah-tiada
ARTIKEL LAIN: pengambilan-dadah-berlebihan-pelawak
ARTIKEL LAIN: penyanyi-nasyid-suhaimi-saad-meninggal

Post a Comment

Previous Post Next Post