SEPANJANG Ramadan ini, slot Panggung RTM membawa penonton menyelami pelbagai rasa dan emosi melalui plot telefilem yang sarat dengan nilai pengajaran, taubat, kesetiaan, dan kehangatan kekeluargaan.
Setiap minggu penonton disajikan pengalaman berbeza, daripada kisah menyentuh hati hingga cabaran yang menguji kesabaran dan cinta.
Menariknya, pengisian Panggung RTM ini bukan sahaja boleh dinikmati menerusi kaca TV, tetapi juga boleh disaksikan di mana-mana sahaja melalui platform RTMKlik, tanpa sebarang bayaran langganan. Ini menjadikannya alternatif hiburan percuma yang mudah diakses sepanjang Ramadan.
Tiga telefilem tersedia menjadi pilihan setiap Sabtu, jam 9 malam di TV1 khas Ramadan ini dengan sajian cerita yang membawa warna emosi tersendiri. Antaranya termasuk kisah menyentuh hati, mengajar erti taubat, atau selingan rasa cinta dan komedi pada waktu sama.
Sesumpah Neraka
28 Februari | 9 Malam | TV1
Pelakon: Hafreez Adam, Nurkhiriah, Ogy Ahmad Daud, Zulkifli Ismail, Rashdan Baba
Telefilem ini mengisahkan Norizam, seorang penyelia syarikat besar yang sanggup mengkhianati amanah demi kemewahan. Namun, hidupnya mula musnah apabila keluarga berpaling daripadanya dan dia akhirnya hilang kewarasan.
Mihrab Doa
7 Mac | 9 Malam | TV1
Pelakon: Nadiya Nissa, Fezrul Khan, Taufiq Hanafi
Kisah Natasya yang menghidap kanser payudara tahap tiga dan merahsiakan penyakitnya daripada suaminya. Ujian cinta, cemburu bekas kekasih, dan sokongan keluarga akhirnya membawa kepada kebenaran yang mengubah segalanya.
Anak Pak Ustaz
14 Mac | 9 Malam | TV1
Pelakon: Ayda Jebat, Amir Nafis, Roy Azman, Didie Alias, Usop Wilcha, Shaffiq Erwin
Shahril jatuh cinta dengan Alisya, anak ketua geng Mahmud. Demi membuktikan kesungguhan, dia menyertai kumpulan kutip hutang secara berhemah. Kejujuran dan keikhlasan akhirnya mengubah hati Mahmud dan membuka jalan perkahwinan.
Dengan pelbagai kisah yang sarat emosi dan pengajaran, Panggung RTM Ramadan ini bukan sekadar hiburan, tetapi satu pengalaman yang menyentuh hati dan minda. Dari tragedi, cinta, hingga ke jenaka yang hangat, setiap telefilem membawa penonton melalui perjalanan rasa yang unik setiap minggu. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments