[Al-Fatihah] Ibnor Riza sudah tiada




KUALA LUMPUR: Penyanyi era 1980-an, Ibnor Riza Ibrahim dilaporkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), sekitar jam 3.30 petang Ahad.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun, setelah dua minggu kritikal dan ditidurkan selepas menjalani pembedahan bagi membuang air pada bahagian kanan kepala susulan penyakit kanser limfoma dihadapinya sudah merebak ke bahagian otak.

Difahamkan penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah itu sudah beberapa menjalani sesi rawatan kemoterapi sejak disahkan menghidap penyakit tersebut pada Mac lalu.

Jenazah Ibnor dijangka dikebumikan di Kampung Tengkek, Batu Kikir, Negeri Sembilan sama ada pada malam Ahad atau pagi Isnin.

Ketika hayatnya, Allahyarham yang menceburi bidang seni pada tahun 1984 cukup dikenali dengan lagu-lagu seperti  Mimpi Tak Sudah, Meneka Dalam Kesamaran, Berdiri Seorang Perindu, Sudah Terluka Merindu Pula dan lain-lain.

Post a Comment

Previous Post Next Post