Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[AlFatihah] Penyanyi nasyid, Suhaimi Saad meninggal dunia



PENYANYI nasyid yang juga bekas anggota kumpulan In-Team, Suhaimi Saad meninggal dunia di Hospitak Sultan Ismail, Johor Bahru, sekitar jam 7.42 malam Rabu.

Allahyarham yang juga merupakan suami kepada Ina Naim itu menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 43 tahun.

Terdahulu bapa kepada empat anak itu dimasukkan ke hospital sama pada 4 November lalu disebabkan masalah jangkitan kuman pada paru-paru dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi setelah kegagalan fungsi organ dalaman.

Difahamkan Allahyarham juga mengalami batuk, muntah dan cirit birit berpanjangan sejak Ogos lalu sehingga menyebabkan berat badannya turun sehingga 20 kilogram.

Allahyarham Suhaimi bersama isteri dan anak-anak.


Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Ina dan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Jenazah akan dikebumikan di kampung isterinya di Kampung Sg Ara, Kota Tinggi, Johor. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments