Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pengambilan dadah berlebihan, pelawak Dex Carvey meninggal dunia


P
ELAWAK Dex Carvey, dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat pengambilan dadah berlebihan, di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat, pada Rabu lalu. 

Portal hiburan tempatan melaporkan, teman wanita Dex, Kaylee menghubungi pihak polis selepas mendapati bintang yang juga anak sulung kepada pelawak Dana Carvey mengunci diri di dalam bilik air.

Apabila pihak berkuasa tiba di tempat kejadian, Dex, 32, sudah tidak sedarkan diri. Pasukan paramedik cuba sedaya upaya untuk menyelamatkannya, tetapi tidak berhasil.

Dalam pada itu, bapa Dex, Dana Carvey dan keluarga percaya insiden pengambilan dadah secara berlebihan sehingga membawa kepada kematian anaknya itu berlaku secara tidak sengaja.

"Malam tadi kami berdepan tragedi yang dahsyat. Anak lelaki kami Dex meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan secara tidak sengaja," ujarnya yang menyifatkan mendiangs ebagai anak yang baik dan berbakat besar. - 7KLIK


Post a Comment

0 Comments