Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jennie mahu tampil dalam filem aksi


Oleh: AILEEN ADAM

SELEPAS
mencuri perhatian ramai dalam lakonan pertamanya menerusi siri HBO, The Idol pada Jun lalu, selebriti yang sedang mendunia, Jennie Blackpink berkongi hasratnya untuk membintangi naskhah aksi pula.

Perkongsian tersebut dilakukan Jennie, 27, dalam satu video temubual bersama  Calvin Klein bersempena pelancaran foto idola tersebut dalam kempen terbaharu jenama antarabangsa itu, Calvin Klein Fall 2023.

Menerusi temubual santai dalam video tersebut, pelantun lagu Solo itu ditanyakan tentang karakter didambakan sekiranya mendapat tawaran berlakon filem.

Akui bintang asal Korea Selatan itu, dia ingin melakukan banyak karakter dan teringin terlibat dalam naskhah aksi yang hebat.

"Saya ingin menjadi banyak perkara dalam filem. Saya sentiasa bermimpi untuk berada dalam filem aksi yang sangat hebat. Jadi mungkin suatu hari nanti," ujarnya sambil tersenyum manis.

Baru-baru ini ada khabar angin mengatakan Jennie yang turut dikenali sebagai Jennie Ruby Jane itu bakal menyertai filem terbitan Marvel Cinematic Universe (MCU), Kingdom War menerusi  watak ahli ejen baharu Atlas iaitu pasukan adiwira Asia pertama dalam MCU.

Bagaimanapun pihak pengurusannya, YG Entertertainment tampil menafikan spekulasi terbabit dan menegaskan pihaknya tiada menerima sebarang tawaran daripada pihak terbabit.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 









Post a Comment

0 Comments