Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Syarikat Walt Disney Asia Pasifik & Hybe jalin kerjasama kandungan global



SYARIKAT Walt Disney Asia Pasifik dan HYBE mengumumkan jalinan kerjasama kandungan global bagi membawakan karya-karya kreatif terunggul daripada industri muzik dan hiburan Korea Selatan ke persada dunia.

Perjanjian itu merangkumi pengedaran global lima tajuk kandungan utama daripada HYBE, termasuklah dua siri eksklusif yang memaparkan ikon pop abad ke-21, BTS yang bakal disiarkan menerusi perkhidmatan penstriman Disney.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan HYBE bagi mempamerkan kandungan aslinya yang dicipta menerusi IP artis yang kukuh di perkhidmatan penstriman global kami, yang termasuk Disney+ Hotstar,” kata Ketua Kandungan APAC, Syarikat Walt Disney, Jessica Kam-Engle.

“Kerjasama ini menzahirkan aspirasi kreatif kami untuk bekerjasama dengan para pencipta kandungan ikonik serta bintang-bintang terkemuka di Asia Pasifik, supaya bakat mereka dapat dihayati oleh penonton arus perdana dalam pelbagai cara.

"Kami yakin, tajuk-tajuk baharu ini akan memikat hati pengguna di seluruh dunia, dan kami berazam untuk memperkenalkan lebih banyak kandungan muzik dalam perkhidmatan kami.

“Ini menandakan permulaan satu kolaborasi jangka panjang kami bagi menyajikan pelbagai kandungan HYBE kepada peminat di seluruh dunia yang mencintai muzik dan artis kami. 

“Syarikat Walt Disney mempunyai sejarah yang lama dalam membina francais serta mempromosikan artis-artis muzik, dengan adanya pelbagai jenama dan platformnya yang tiada bandingan.” Ketua Pegawai Eksekutif HYBE, kata Park Ji-won.


Tiga projek daripada HYBE yang bakal disiarkan di perkhidmatan penstriman Disney termasuk:

BTS: PERMISSION TO DANCE ON STAGE – LA
Filem konsert 4K sinematik eksklusif ini menampilkan persembahan langsung BTS di Stadium Sofi, Los Angeles pada November 2021. Mempersembahkan lagu-lagu popular Billboard Butter dan Permission to Dance, ia merupakan kali pertama kumpulan itu bertemu dengan peminat secara peribadi sejak dua tahun lalu apabila tercetusnya pandemik.

IN THE SOOP: Friendcation
Rancangan realiti pelancongan asli, yang menampilkan barisan bintang termasuk V daripada BTS, Seo-jun Park dari Itaewon Class, bintang Parasite Woo-shik Choi, Hyung-sik Park dan Peakboy. Program itu mengikuti lima rakan yang menyertai satu perjalanan tidak dirancang, dan menikmati pelbagai aktiviti riadah yang menyeronokkan.  

BTS MONUMENTS: BEYOND THE STAR
Siri dokumentari asli ini mengikuti perjalanan perkembangan ikon pop abad ke-21, BTS yang mengujakan. Dengan akses yang pertama seumpamanya kepada koleksi muzik dan rakaman sepanjang sembilan tahun lalu, siri ini akan memaparkan kehidupan harian, pemikiran dan perancangan ahli-ahli BTS, tatkala mereka bersedia membuka lembaran baharu mereka. Siri dokumentari ini akan tersedia secara eksklusif di perkhidmatan penstriman Disney pada tahun depan.


Kerjasama strategik ini akan membolehkan Disney memperkenalkan satu siri tajuk baharu daripada HYBE dalam beberapa tahun akan datang, seiring dengan usaha platform hiburan itu untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti tinggi yang berdasarkan muzik dan IP artisnya. - 7KLIK


[CREDIT: The walt Disney]

Post a Comment

0 Comments