Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SAMSONS RILIS ALBUM KELIMA BERJUDUL V


SETELAH menunggu beberapa lama, band Samsons akhirnya merilis album terbaru mereka yang diberi judul V

Sesuai dengan judulnya, ini menjadi album kelima mereka selama lebih dari 17 tahun mengharungi industri muzik Indonesia. Album ini kembali dirilis oleh label rekaman Universal Music Indonesia.

Menerusi album V, Samsons melibatkan puluhan pemuzik yang bergabung dalam Budapest Scoring Symphony Orchestra.

Album memberikan sentuhan muzik orkestra di semua material lagu Samsons. Tidak hairanlah apabila nuansa muzik yang disajikan mereka dalam album itu terasa sangat megah dengan isian bunyi daripada Budapest Scoring Symphony Orchestra.

Untuk album V ini, Samsons menggaet 55 orang pemain orkestra terbaik di Budapest yang terdiri daripada 40 strings player, tujuh woodwinds player, tujuh brass player, seorang percussionist yang terbiasa membuat scoring untuk filem-filem Hollywood.

Keterlibatan muzik orkestra sebenarnya bukan sesuatu yang baharu dalam muzik Samsons, kerana pada 2007 menerusi album Penantian Hidup, Samsons pernah bekerja sama dengan Sydney Philharmonic Orchestra.

Ini yang membuat Irfan Aulia tidak mengalami kesulitan yang signifikan untuk berkolaborasi dengan kumpulan orkestra.

Samsons dianggotai oleh Aria Dinata sebagai vokalis, Irfan Aulia Irsal (gitar), Erik Partogi Siagian (gitar) dan Aldri Dataviadi (bass).

Video belakang tabir perjalanan dan proses rakaman dengan Budapest Scoring Symphony Orchestra juga boleh ditonton di saluran YouTube Samsons. 

Kembali dengan album V, terdapat 12 lagu yang disajikan oleh Samsons bagi para penggemarnya. Antaranya ialah Ternyata Cinta, Tuhan Tak Pernah Salah, I Love U, Cinta Mati dan  Jika Nanti sebuah single terbaharu mereka yang dirilis bersamaan dengan album ini.

Secara garis besar, Samsons tetap memberikan warna muzik pop rock ballad untuk album V. Dan, tema cinta tetap menjadi senjata utama untuk diangkat dalam cerita di setiap lirik lagunya.

Lagu bertemakan romansa memang seperti menjadi pakem bagi Samsons, walaupun tema cinta itu boleh diintepretasi atau diterjemahkan ke dalam banyak hal, secara universal.

Sementara dari segi susunan muzik, seperti yang sudah dikatakan sebelumnya, komposisi lagu pop ballad disematkan dengan bunyian ala orkestra menjadi paduan yang sempurna. Nuansanya menjadi megah dengan harmonisasi muzik yang elegan, tapi tidak terkesan berlebihan. Album V kini boleh didapati di semua pelantar muzik digital.



SENARAI LAGU DALAM ALBUM V

1. Lalu
2. Sampai Padamu
3. Ternyata Cinta
4. Tuhan Tak Pernah Salah
5. Andai Aku Tahu
6. Jika Nanti
7. I Love U
8. Denting Asmara
9. Cinta Mati
10. Tak Semestinya
11. Move On
12. Sahabat


[KREDIT: Universal Music]






Post a Comment

0 Comments