PENYANYI tersohor yang sudah meraih pelbagai anugerah, Dayang Nurfaizah akan melancarkan album studionya yang kesembilan dan dijudulkan sebagai Belagu.
Dipetik dari perkataan dalam dialek Melayu Sarawak, Belagu membawa maksud menyanyi dan album itu dibarisi lagu Melayu klasik malar segar.
Album yang hadir dengan lapan buah lagu ini mengetengahkan intrepretasi segar Dayang Nurfaizah dan disempurnakan dengan susunan dan gubahan muzik oleh penerbit tersohor, Aubrey Suwito.
Lagu Tudung Periuk bakal menjadi trak pertama daripada album itu yang akan dilancarkan kepada umum.
Menurut Dayang, pemilihan Tudung Periuk sebagai lagu pertama adalah kerana kemahsyuran lagu itu di kalangan orang Melayu sejak dahulu lagi.
Akui Dayang, keistimewaan yang mahu diketengahkan oleh Belagu tidak hanya pada susunan muziknya namun juga pada proses rakamannya sendiri.
Proses rakaman yang disempurnakan dalam masa dua hari, diiringi pemuzik-pemuzik hebat di bawah pimpinan Aubrey Suwito. Belagu meletakkan harapan agar lagu-lagu Melayu klasik akan terus segar.
Belagu diterbitkan oleh syarikat milik Dayang Nurfaizah sendiri DN & AD Entertainment dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.
Tudung Periuk boleh didengari sekarang di semua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 15 Januari ini.
Manakala album Belagu edisi digital akan dilancarkan pada 12 Febuari. ‘Pre-order, pre-add, pre-save’ di semua platform digital sekarang!
Belagu disempurnakan dengan lapan trak:
1. Tudung
Periuk
2. Jikalau
Abang Merindu
3. Tak
Seindah Wajah
4. Malam
Ku Bermimpi
5. Gurindam
Jiwa (Duet Bersama Hael Husaini)
6. Tari
Tualang Tiga
7. Di
Kirim Jangan Dipesan Jangan
8. Kenang
Daku Dalam Doa Mu
Untuk maklumat terkini berkaitan Dayang Nurfaizah, sila layari:
https://instagram.com/dayangsayangkamu
https://www.facebook.com/DayangNurfaizah2007/
https://twitter.com/DayangNurfaizah
0 Comments