Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SANDRA DIANNE MENINGGAL DUNIA SETELAH ENAM HARI TIDAK SEDARKAN DIRI


SELEPAS enam hari tidak sedarkan diri, penyanyi Sandra Dianne disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya sekitar jam 1 pagi Jumaat.


Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26,  bertarung nyawa selepas terbabit dengan kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu dan dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital tersebut.


Ketika kemalangan berlaku di Lebuhraya Damansara Puchong itu, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Hey Kau dan merupakan peserta Big Stage 2020 itu dalam perjalanan ke 
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk raptai penuh konsert Big Stage minggu keempat.


Sandra menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Nur Syakinah Abdullah, 46, yang setia menemaninya semenjak hari pertama menerima rawatan.


Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kampung halamannya iaitu di Tanah Perkuburan Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah.


Sama-sama kita hadiahkan alfatihah dan mendoakan agar roh Sandra dicucuri rahmat dan dipermudahkan perjalanannya ke dunia abadi.


Semoga ibu bapa dan keluarga terdekat Sandra kuat dan tabah menerima kehilangan yang sangat mengejutkan ini.

Post a Comment

0 Comments