Hot Posts

6/recent/ticker-posts

STAGE 104, KONGSIKAN PERJALANAN SENI ARTIS BAHARU, LAMA




PENYANYI tersohor dan bintang BBNU popular tanah air bakal hibur malam hujung minggu dalam program terbaharu terbitan Astro Ria mulai Jun ini.

Program Stage 104 ialah sebuah program hiburan berkonsepkan konsert eksklusif hujung minggu bersama barisan artis jemputan solo dan berkumpulan yang terdiri daripada penyanyi otai tersohor dan bintang BBNU popular tanah air iaitu Datuk Awie, Spider, Ruffedge, Aisyah, Ramlah Ram, May, Lah Ahmad, Liza Hanim, Floor 88, De Fam, Naim Daniel, Aina Abdul dan Ismail Izzani.

Sepanjang lapan minggu, konsert mingguan Stage 104 bakal dikendalikan sepenuhnya oleh Zizan Razak selaku hos program yang akan mencungkil rahsia peribadi atau cerita-cerita ‘panas’ dan sensasi barisan artis jemputan yang mungkin tidak pernah dikongsikan sebelum ini serta mengimbau semula perjalanan pahit manis mereka sepanjang bergelar anak seni.

Uniknya lagi tentang program ini, para penonton juga boleh mendapatkan paparan lirik lagu di skrin televisyen sewaktu artis jemputan sedang membuat persembahan dengan hanya menekan butang kemudahan sarikata di dekoder Astro.

Jangan ketinggalan menonton Stage 104, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD.


[KREDIT: ASTRO]

Post a Comment

0 Comments