Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KANAK-KANAK PECINTA HAIWAN DALAM RAHSIA SI COMEL



DUNIA kanak-kanak dilihat begitu dekat dengan haiwan peliharaan yang mengajar mereka erti kasih sayang dan rasa tanggungjawab terhadap binatang yang dipelihara. Ada yang memilih memelihara kucing, ikan dan pelbagai lagi spesis haiwan mengikut keselesaan mereka sendiri.


Menerusi program majalah disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Rahsia Si Comel mulai 18 Mac ini, setiap Rabu, pukul 2.30 petang di TV1 membawakan keunikan haiwan peliharaan yang berbeza. Setiap episod memperkenalkan haiwan yang unik dan seorang kanak-kanak yang merupakan pemilik haiwan peliharaan tersebut.

Episod pertama hos rancangan Aepul Bakri memperkenalkan kura-kura, sejenis haiwan vertebrata yang dilindungi oleh cengkerang. Beliau berkongsi informasi dan latar belakang mengenai haiwan peliharaan ini. Turut dikongsikan maklumat, tips dan teknik penjagaan haiwan juga menemubual tetamu yang pakar tentang kura-kura. 




Aepul Bakri kemudiannya berada di Kemensah, Ampang memperkenalkan haiwan eksotik labah-labah dan berkongsi informasi mengenai haiwan ini. Dalam segmen ini bertemu dengan seorang kanak-kanak yang memiliki labah-labah jenis Tarantula sebagai binatang kesayangan. 

Kemudiannya penonton dikongsikan latar belakang dan informasi segalanya tentang penjagaan kuda. Beliau berkongsi pengalaman mengenai jenis yang dimiliki, cara menjaga dan juga tempat perlindungan bagi haiwan peliharaan ini. Mereka juga melakukan aktiviti menunggang kuda di tepi pantai. Sebelum mengakhiri rancangan, hos menjelajah ke Indonesia untuk menunggang kuda padi.

Kunjungan Aepul Bakri di Farm In The City, Seri Kembangan membawa penonton untuk melihat iguana, yang merupakan sejenis haiwan herbivore dan seterusnya menemubual kanak kanak yang memiliki iguana sebagai haiwan peliharaan. 





Beliau berkongsi pengalaman mengenai jenis yang dimiliki, cara menjaga dan juga tempat perlindungan bagi haiwan peliharaan ini. Mereka juga melakukan aktiviti menangkap gambar bersama iguana. Seterusnya, seorang lagi tetamu berkongsi maklumat yang lebih lanjut mengenai iguana. Sebelum mengakhiri rancangan, hos berkongsi beberapa petua mengenai iguana.

Masih di Farm In The City, Seri Kembangan, ikuti cerita tentang ikan laga, sejenis ikan air tawar yang dipelihara di dalam akuarium. Dalam segmen berikut, hos rancangan bertemu dengan seorang kanak kanak yang memelihara ikan laga. 

Beliau berkongsi pengalaman mengenai jenis yang dimiliki, cara menjaga dan persaingan diantara satu ikan laga dengan ikan laga yang lain. Pemilik ikan laga ini juga sempat melukis ikan laga dan meluahkan kreativitinya. Seterusnya, hos meneruskan perjalanan ke Machang, Kelantan untuk menangkap ikan laga bersama beberapa tetamu lain. 

Tahukah anda tentang habitat tentang monyet? Segalanya tentang monyet diceritakan kepada penonton dalam episod ini. Monyet kebanyakan spesiesnya mendiami pokok dan aktif pada waktu siang. 



Dalam segmen berikut, hos rancangan bertemu dengan seorang kanak-kanak yang memelihara monyet sebagai haiwan peliharaannya. Mereka menjalankan aktiviti seperti memberi makan, mandi bersama monyet dan melukis gambar. Seterusnya, hos bertemu dengan seorang lagi pemilik haiwan peliharaan. Beliau berkongsi maklumat mengenai spesies beruk yang mahir dalam memetik buah kelapa. 

Tambahkan juga pengetahuan anda tentang haiwan peliharaan lain seperti arnab, ayam selasih, kucing, hamster, dan musang. Menarik turut dipaparkan tentang haiwan kecil iaitu semut. Semut suka benda benda manis, ada semut yang bersayap dan ada yang tidak bersayap, mempunyai antena yang berfungsi untuk mengesan bau, merasa dan juga berkomunikasi. 

Segmen berikutnya, hos bertemu dengan dua orang kanak- kanak yang merupakan pemilik semut. Mereka berkongsi pengalaman mengenai cara membina tempat tinggal, pemakanan, penjagaan untuk semut dan melukis haiwan kesayangan mereka. Seterusnya bertemu dengan seorang penternak semut, di mana beliau berkongsi informasi mengenai semut sebelum mengakhiri rancangan ini.



RAHSIA SI COMEL

Bahasa: Melayu
Hari: Setiap Rabu 
Masa: 2.30 Petang
Saluran: TV1
Terbitan: RTM      
Pengacara: Aepul Bakri  


[KREDIT: RTM]

Post a Comment

0 Comments