| Para pemenang Shopee Superstar Awards bergambar bersama duta Shopee 11.11 Big Sale, Datuk Sri Aliff Syukri, dan Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Tan Ming Kit |
SHOPEE Malaysia membuka tirai kempen 11.11 Jualan Hebat tahun ini dengan dua acara utama yang menggabungkan dunia kreatif, komuniti digital dan rakan jenama dalam satu acara penuh inspirasi.
Pada 1 dan 2 November 2025, lebih 85 jenama dan 600 pencipta serta affiliate berkumpul di Shopee House dan Shopee Superstar Awards 2025, dua platform yang meraikan kreativiti, kolaborasi dan impak pengaruh digital tempatan.
Tahun ini, acara tersebut turut disokong oleh Proton Malaysia dan La Roche-Posay sebagai rakan penaja utama. Shopee House menjadi pentas rangkaian utama yang mempertemukan jenama dengan para affiliate bagi meneroka idea baharu, strategi kreatif dan pelancaran produk eksklusif.
Sepanjang dua hari, ribuan interaksi terjalin dengan lebih 1,300 kolaborasi baharu tercipta memperlihatkan bagaimana pencipta Malaysia semakin menjadi nadi penting dalam ekosistem digital Shopee menjelang kempen 11.11 yang dinanti.
Momentum itu diteruskan ke pentas Shopee Superstar Awards 2025, malam penghargaan yang meraikan pencipta kandungan dan affiliate terbaik negara.
Menerusi kreativiti, disiplin serta daya usaha yang konsisten, mereka bukan sahaja mengukuhkan kehadiran dalam landskap digital, tetapi juga mengubah pengaruh sosial menjadi peluang keusahawanan sebenar.
Bakat Lokal, Inspirasi Global
Turut memeriahkan acara eksklusif itu ialah Datuk Sri Aliff Syukri, duta Shopee 11.11 Jualan Hebat, yang berkongsi perjalanan keusahawanan dan inspirasi di sebalik kejayaannya sebagai personaliti digital berpengaruh.
“Shopee telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja, dengan kerja keras, kreativiti dan dedikasi, boleh menjayakan sesuatu yang nampak mustahil,” katanya, menggalakkan pencipta untuk terus melangkah lebih jauh.
Sebanyak 136 anugerah diberikan merentasi 31 kategori, termasuk 10 kategori pilihan ramai. Dua kategori paling berprestij iaitu Kelab 5 Juta Ringgit Shopee dan Kelab 3 Juta Ringgit Shopee mengiktiraf affiliate yang merekodkan prestasi luar biasa sepanjang tahun.
Antara penerima Kelab 5 Juta ialah Pipou96, Princezleste, Ismehadirah, Boolove_Official, Sabrinabeautyhub, Faisaldotmy dan Pakhonest, sekali gus mengangkat nama pencipta Malaysia di persada digital yang kian berkembang pesat.
Nama-nama popular seperti Arieff Yong, Asyraf Rozami, Mak Kiah Ferry, Ryan Howlett, Shak Shazwan dan Sharifah Rose turut menerima pengiktirafan atas pengaruh mereka yang membantu jutaan rakyat Malaysia menemukan gaya fesyen, trend kecantikan dan tawaran menarik di Shopee.
Media utama tempatan termasuk The Star, Sinar Harian, China Press, Sin Chew Daily dan New Straits Times turut menerima penghargaan menerusi Anugerah Rakan Media Terbaik.
Menambah keterujaan malam itu, Proton Malaysia melakukan pendedahan sulung All-New Saga di hadapan hadirin, memanaskan lagi kempen membeli-belah terbesar hujung tahun ini.
Menurut Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Tan Ming Kit, acara ini melambangkan evolusi besar ekosistem pencipta negara.
"Shopee House dan Shopee Superstar Awards lebih daripada sekadar perayaan, ia adalah satu pernyataan sejauh mana ekosistem kami telah berkembang serta janji untuk terus memperkasakan setiap affiliate, jenama dan pencipta untuk berjaya bersama melalui inovasi, kerjasama dan kreativiti,” katanya.
Tawaran Menarik
Sama ada anda pembeli setia, peminat siaran langsung atau pencipta yang sedang membina jenama sendiri, Shopee 11.11 Jualan Hebat menjanjikan pelbagai tawaran menarik termasuk Daily Superstar Livestreams, Shopee Lagi Murah 50% Diskaun Harian, dan baucar Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum.
Jangan lepaskan peluang memenangi All-New Saga menerusi Shopee X Proton Giveaway, ICON HUNT dan Misi Shopee SPayLater.
Sebagai platform yang sentiasa bereksperimen dengan trend dan kuasa komuniti digital, Shopee sekali lagi membuktikan bahawa kejayaan dalam dunia e-commerce hari ini bukan hanya bergantung kepada teknologi atau harga, tetapi hubungan manusia di mana kreativiti, sokongan dan inspirasi bersama.
Dengan 11.11 kini bermula secara rasmi, pentas sudah terbuka untuk lebih ramai pencipta, usahawan dan pengguna merasai pengalaman membeli-belah serta kolaborasi yang lebih bermakna. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- Taylor’s University Lantik Ikon Seni Sebagai Profesor Adjung
- ‘Best of Asia’ Raikan Keindahan Destinasi Terbaik Asia di RTM
- Yayasan MR D.I.Y. Salur Dana SARA kepada Golongan Memerlukan
0 Comments