Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tyla Lancar Single ‘Chanel’ Dengan Visual Elegan

KREDIT FOTO: Edwig Henson

TYLA, bintang global bertaraf multi-platinum dan pemenang GRAMMY yang mencipta sejarah di carta Billboard melalui era album debutnya, kembali mencuri perhatian dengan single terbaharu berjudul Chanel.

Lagu yang dinanti-nantikan peminat ini hadir bersama sebuah muzik video (MV) yang kini telah pun dilancarkan, sekali gus menandakan permulaan fasa baharu dalam kerjayanya sebelum memulakan jelajah pentas utama pertamanya di Asia bulan depan.

Diarahkan oleh Aerin Moreno, MV Chanel tampil sebagai sebuah karya visual penuh gaya, elegan dari segi fesyen, permainan mood, dan koreografi.

Pesannya ringkas tetapi memberi kesan, tersampaikan dengan satu baris yang sudah cukup ikonik: 'You say you love me? Put me in Chanel'. Ia satu bentuk sindiran manis, sekali gus penghormatan kepada wanita yang menjadi nadi dunia, dengan Tyla menjadi wajah utama gerakan penuh keyakinan ini.

Akar Amapiano yang menjadi identiti Tyla terus jelas dalam produksi lagu ini. Dengan sentuhan Ian Kirkpatrick dan P2J, iramanya dicipta untuk menggoda pendengar ke lantai tarian, sebuah pengalaman sonik yang mengingatkan mengapa peminat setia terus menyokongnya sejak awal.

Chanel tiba selepas Tyla merilis mixtape pertamanya, WWP, pada Julai lalu. Projek tersebut melahirkan kolaborasi hangat bersama WizKid, Dynamite, yang mencecah lebih 10 juta tontonan di YouTube dan menjadi petanda awal kembalinya Tyla ke studio.

Mixtape sama turut menyaksikan kejayaan single Is It, yang mencipta fenomena tersendiri lengkap dengan video muzik yang kini dengan lebih 20 juta tontonan.

Dalam masa sama, penyanyi berusia 23 tahun ini terus menyerlah sebagai artis pilihan ramai untuk kolaborasi. Dia turut menyumbangkan vokal dalam album comeback Cardi B menerusi lagu Nice Guy, selain bekerjasama dengan penyanyi-penulis lagu Ghana, MOLIY dalam Body Go.

Meneruskan Dominasi Dalam Arus Global

Pada November, Tyla bakal memulakan jelajah Asia pertamanya, bermula di Tokyo pada 11 November sebelum meneruskan persembahan di Bangkok, Hong Kong, Jakarta, Manila dan Singapura sehingga 5 Disember.

Selain itu, bintang kelahiran Johannesburg, Afrika Selatan ini turut dijadualkan membuat persembahan di Global Citizen Festival di New York bersama nama besar seperti The Weeknd dan Shakira.

| KREDIT FOTO: Edwig Henson

Kariernya terus memecut laju apabila Tyla diumumkan sebagai salah seorang penerima anugerah Women Of The Year oleh GLAMOUR Magazine, lengkap dengan penampilan muka depan edisi November merentasi pasaran global seperti Amerika Syarikat, UK, Sepanyol, Jerman dan Mexico/Latin Amerika.

Tyla juga terus mewarnai budaya pop dengan momen ikonik daripada kemunculan memukau di Met Gala hingga kempen viral bersama Coca-Cola. Hubungannya bersama Pandora turut menghasilkan charm edisi terhad 'Tyla Tyger', diinspirasikan simbol harimau yang berkait rapat dengan fandomnya, tersedia eksklusif secara dalam talian di Amerika Utara.

Popularitinya terus diperkuatkan dengan kemenangan di MTV VMAs untuk 'Best Afrobeats' buat tahun kedua berturut-turut melalui single Push 2 Start. Kemenangan itu diraikan dalam gaya Tyla sebenar apabila tampil dalam Chanel vintaj dan bertatahkan rantai Pandora.

Dengan visi seni yang semakin tajam dan momentum karier yang tidak menunjukkan tanda perlahan, kehadiran ‘Chanel’ menjadi bukti bahawa Tyla masih berada di puncak gelombang kreatifnya.

Dengarkan dan tonton single terbaharunya sekarang dan bersiap sedia untuk era Tyla yang seterusnya. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments