Hot Posts

6/recent/ticker-posts

FIFTY FIFTY Kembali Dengan Aura Berani Menerusi Album Terbaru ‘Too Much Part 1’

 

Fifty Fifty | KREDIT FOTO: Attrakt Entertainment

Oleh: AILEEN ADAM

KUMPULAN sensasi K-pop, Fifty Fifty, kembali mencuri perhatian dengan projek terbaharu mereka, album Too Much Part 1, yang kini boleh distrim di semua platform digital.


Projek ini menandakan permulaan fasa baharu dalam perjalanan muzik mereka, sebuah era yang meraikan detik permulaan cinta dengan keberanian, kejujuran dan sisi nakal yang penuh rasa ingin tahu. Ia turut menggambarkan debaran dan emosi yang tercetus apabila cinta mula berbunga dan ia diinspirasikan daripada idea cinta yang disampaikan dengan cara playful.

Gabungan emosi jujur dan aura ceria ini menghasilkan karakter muzik berani namun ringan, yang kekal menjadi identiti Fifty Fifty sejak awal kemunculan mereka.

Dalam masa sama, Too Much Part 1 mengukuhkan lagi identiti ‘Fifty Pop’, genre ciptaan mereka yang menekankan ekspresi jujur, tenaga kreatif dan kisah emosi penuh nuansa.

Karya ini juga mengajak pendengar menyelami bab pertama cinta, mengubah kerentanan menjadi perjalanan muzik yang penuh warna dan emosi.

Trek utama Eeny Meeny Miny Moe menangkap keterujaan cinta pertama dalam sentuhan pop yang memikat. Bahagian korusnya mudah diikut, disokong rentak Ba ba ba Badam yang ringan serta melodi segar. Lagu ini menjadikan rasa gugup dan teruja ketika mula jatuh cinta terasa begitu comel dan pastinya sukar untuk berhenti didengar.

Lagu Skittlez pula membuka letusan emosi berwarna-warni, seindah warna gula-gula. Dengan alunan hip-hop minimalis dan vokal yang lembut, setiap baris lirik kedengaran segar, manja dan penuh pesona  skali gus menjadikan setiap detik berasa hidup dan bermakna.

Turut disertakan Eeny Meeny Miny Moe (bahasa Inggeris) sebagai versi global yang mengekalkan pesona manis dan bertenaga, selain membawa sentuhan pop universal yang penuh keyakinan.

Daya Tarik Tersendiri

Dengan rilisan ini, Fifty Fifty sekali lagi membuktikan kemampuan mereka mengubah cinta, keseronokan dan perasaan remaja menjadi muzik yang penuh daya tarik.


Nama Fifty Fifty sudah pun terpahat di pentas global. Melalui fenomena Cupid, mereka mencatat sejarah sebagai lagu K-pop yang paling lama bertahan di Billboard Hot 100 dengan 25 minggu berturut-turut, sekali gus menjadi kumpulan wanita K-pop pertama menembusi Top 10 UK Singles Chart, memuncak di tangga kelapan.

Tidak berhenti di situ, kemenangan K-Pop Song of the Year untuk Cupid (Twin Version) di iHeartRadio Music Awards 2024 turut mengukuhkan kedudukan mereka dalam arus global.

Tahun lalu, Fifty Fifty turut memukau peminat menerusi siri persembahan jelajah di Amerika Syarikat serta pelancaran album sebelumnya.

Kini bergerak dengan formasi lima ahli iaitu Keena, Chanelle Moon, Yewon, Hana dan Athena, kumpulan ini kekal komited meneroka horizon kreatif lebih luas tanpa mengabaikan pengisahan emosi yang menjadi teras muzik mereka.

Dengan rangkaian projek muzik baharu dalam beberapa bulan akan datang, Fifty Fifty berazam untuk terus mempamerkan versatiliti dan membina momentum kejayaan mereka. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments