DUA anggota BTS, Jimin dan Jung Kook, kembali bersatu dalam musim terbaharu rancangan realiti perjalanan mereka yang penuh gelak tawa dan momen tulus, Are You Sure?!Musim kedua ini akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ bermula 3 Disember, menjanjikan lebih banyak detik spontan, keakraban, dan sisi peribadi dua sahabat yang dirindui peminat.
Rancangan ini dirakam selepas kedua-duanya menamatkan latihan ketenteraan, menandakan perjalanan baharu dalam hidup mereka yang tampil di depan kamera dengan aura yang lebih matang dan santai.
Dalam
Are You Sure?! Season 2, Jimin dan Jung Kook memulakan satu lagi pengembaraan yang dijamin membuat peminat tersenyum dari awal hingga akhir.
Dari Gunung Switzerland ke Pantai Vietnam
Berbekalkan bajet yang terhad dan buku panduan yang sudah lusuh, dua sahabat ini akan menjelajah dari pergunungan indah Switzerland ke pantai menenangkan Da Nang, Vietnam.
Sepanjang perjalanan, mereka akan berdepan pelbagai cabaran, detik spontan yang mencuit hati, dan pengalaman bermakna yang memperlihatkan sisi mesra mereka di luar pentas.
Musim baharu ini akan menampilkan perjalanan 12 hari Jimin dan Jung Kook dalam lapan episod. Dua episod baharu disiarkan setiap hari Rabu, bermula 3 Disember hingga 24 Disember.
Untuk peminat yang ingin kembali ke kisah asal, semua episod
Are You Sure?! Season 1 kini boleh ditonton di Disney+, memperlihatkan duo ini menikmati masa santai di New York dan Connecticut, Amerika Syarikat, Jeju, Korea Selatan, serta Sapporo, Jepun.
Menariknya, setiap episod bukan sekadar tentang destinasi, tetapi perihal hubungan akrab dan dinamik dua sahabat yang sudah melalui pelbagai fasa bersama sekali gus menjadikan setiap momen terasa jujur dan dekat di hati penonton.
Musim baharu
Are You Sure?! bukan sekadar perjalanan merentas benua, tetapi juga perjalanan peribadi dua insan yang kini kembali menyebarkan kehangatan dan tenaga positif mereka selepas tempoh panjang berkhidmat untuk negara.
Bagi peminat BTS, ini bukan sekadar rancangan realiti tetapi ia adalah peluang untuk melihat semula sinergi dan keakraban dua nama yang sentiasa membawa makna mendalam dalam muzik dan kehidupan mereka.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments