AKHIRI tahun ini dengan satu hentakan padu apabila I Am Boxer, siri realiti tinju terbaharu daripada bintang Eternals, Don Lee, dan pasukan kreatif di sebalik Physical: 100, bakal dilancarkan di Disney+ pada 21 November.Menampilkan format pertandingan yang sengit dan mendebarkan,
I Am Boxer mengikuti perjalanan 90 peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan kategori berat badan berentap dalam siri cabaran untuk merebut gelaran ikon tinju seterusnya di Korea.
Siri ini turut dimeriahkan dengan kehadiran ramai selebriti Korea, pelawak dan peserta amatur yang akan menunjukkan semangat juang masing-masing di gelanggang.
Menariknya, penonton juga bakal disajikan dengan kemunculan khas daripada beberapa nama besar dunia sukan tempur yang pasti mencuri perhatian.
Diterbitkan oleh CJ ENM,
I Am Boxer menampilkan Don Lee, Dex dan Kim Jong-kook sebagai hos utama. Siri ini ditulis oleh Kang Suk-kyung, antara tenaga kreatif di sebalik kejayaan
Physical: 100, dan diarahkan oleh Lee Won-woong, pengarah yang dikenali melalui rancangan survival ketenteraan Steel Troops.
Dengan gabungan aksi, drama, dan semangat persaingan yang tinggi,
I Am Boxer menjanjikan pengalaman tontonan yang bukan sekadar tentang siapa paling kuat, tetapi juga tentang ketabahan, keberanian dan jiwa juang sebenar di sebalik setiap tumbukan.
Tonton
I Am Boxer bermula 21 November, hanya di Disney+.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments