Hot Posts

6/recent/ticker-posts

HAIDA TERSINGKIR DI KONSERT GV MINGGU KEEMPAT


PENYANYI Haida menjadi peserta ketiga yang tersingkir dari pentas Gegar Vaganza musim keempat (GV4) apabila memperoleh markah terendah pada konsert minggu keempat yang berlangsung sebentar tadi.

Pada minggu ini, para peserta diuji menerusi tema Berdua Lebih Baik di mena masing-masing diberi tugasan untuk menyanyikan lagu secara duet dengan penyanyi yang telah ditetapkan apda minggu lalu.

Haida yang tampil menyanyikan lagu dangdut, Memori Daun Pisang bersama penyanyi jemputan, Ezad Lazim, tidak mendapat komen yang begitu memberangsangkan dari juri.




Nama Haida yang tersenarai bersama Aqasha sebagai dua peserta mendapat markah paling rendah terpaksa akur dengan keputusan juri yang menghentukan gegarannya di pentas GV4 pada minggu ini.

Kesemua peserta yang bertanding dinilai oleh barisan juri yang tediri daripada Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang selaku juri tetap dan Pak Ngah sebagai juri jemputan.

Sementara itu, Hazami dan Liza Hanim masih lagi mengekalkan momentum persembahan mereka setiap minggu apabila masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua.

Apapun, GV4 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse tetap menjadi program yang dinantikan saban minggu.

Post a Comment

0 Comments