Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MENANG FILEM TERBAIK FFM29, ADIWIRAKU CETUS INSPIRASI BARU BUAT PENGGIAT SENI



FESTIVAL Filem Malaysia Ke-29 melabuhkan tirainya dengan mengangkat Adiwiraku sebagai Filem Terbaik mengalahkan Redha, Interchange, Hanyut dan Desolasi.

Boleh dikatakan kemenangan filem terbitan Sol Pictures Sdn Bhd ini direstui ramai di mata ratanya-ratanya menganggap ia sebuah filem yang paling jujur dan layak mendapat penganugerahan tertinggi FFM.



Malah menepati ramalan ramai juga, pelakon utamanya, Sangeeta Krishnasamy turut dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik sekaligus mengetepikan calon-calon lain yang mempunyai nama lebih besar dalam industri.

Tidak ketinggalan apabila filem yang menampilkan kisah benar tentang perjuangan seorang guru di SMK Pinang Tunggal ini juga menang bagi kategori Cerita Asal Terbaik menerusi Jason Chong.





Filem Redha turut memberi saingan sengit menerusi empat  kemenangan menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenangi Namron, Pengarah Harapan (Tunku Mona Riza), Pelakon Harapan Wanita (June Lojong) dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Harith Haziq).

Diikuti dengan filem Interchange dan You Mean The World To Me yang masing-masing turut memberi saingan sengit menerusi kemenangan dalam beberapa kategori utama.

Dain Said menerusi Interchange dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik  sekaliguskan menafikan peluang calon lain untuk memenangi kategori tersebut.




FFM29 secara keseluruhannya mempertandingkan  53 filem cereka yang terdiri dari 41 buah filem Melayu, enam filem Mandarin, lima Tamil dan sebuah filem berbahasa Inggeris untuk merebut 24 anugerah.

Majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ini menyaksikan Zizan Razak sebagai pengacara utama di samping Siti Elizad, Thanuja dan Elizabeth Tan.




SENARAI PEMENANG

Filem Box Office
Abang Long Fadil 2: 17.3 juta kutipan (Skop Production , Astro Shaw)


Kostum / Busana Terbaik
Akma Suriati Awang (Hanyut)


Penataan Bunyi Terbaik
Daniel (Hanyut)


Sinematografi Terbaik
Jordan Chiam (Interchange)


Penyunting Terbaik
Nazim Shah (J Revolusi)


Penataan Seni Terbaik
Zahirah Nakibullah (Interchange)


Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Harith Haziq (Redha)


Pelakon Wanita Harapan
June Lojong (Redha)


Pelakon Lelaki Harapan
John Tan (You Mean The World To Me)


Pengarah Harapan
Tunku Mona Riza (Redha)


Skor Muzik Terbaik
David Koon (You Mean The World To Me)


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Diana Danielle (Hanyut)


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Shaheizy Sam (Interchange)


Cerita Asal Terbaik
Jason Chong (Adiwiraku)


Anugerah Khas Juri
Desolasi: Kategori Kesan Khas Visual (Skop Production)
Shuttle Life:  Kesedaran Sosial dan Nilai Kemanusiaan (Mm2 Entertainment & More Entertainment)
Pekak: Isu Sosial Remaja (Primework Studio Sdn Bhd)


Lakon Layar Terbaik
Saw Teong Hin (You Mean The World To Me)


Anugerah Penggiat Belakang Tabir
Johan Arifin Ibrahim

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman
Datuk Yusof Haslam


Pelakon Wanita Terbaik
Sanggeta Krishnasamy - Adiwiraku


Pelakon Lelaki Terbaik
Namron (Redha)


Pengarah Terbaik
Dain Iskandar Said (Interchange)


Filem Terbaik
Adiwiraku (Sol Pictures Sdn Bhd, Iceberg Design Sdn Bhd & Filmmecca Studio Sdn Bhd

Post a Comment

0 Comments