Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Doja Cat Kembali Dengan Vie, Album Kelima Paling Ikonik


PEMENANG anugerah GRAMMY dan bintang global penuh sensasi, Doja Cat, kembali dengan album studio kelima berjudul Vie yang kini rasmi dilancarkan di bawah Kemosabe Records/RCA Records.

Sempena pelancaran ini, Doja turut menampilkan muzik video (MV) terbaharu untuk lagu Gorgeous, arahan pengarah tersohor Bardia Zeinali yang menjalani penggambaran di New York City.  MV ini turut menampilkan barisan nama besar dari dunia fesyen dan seni seperti Yseult, Paloma Elsesser, Alex Consani, Irina Shayk, Amelia Gray, Ugbad, Ida Heiner, Mona Tougaard, Alek Wek, Karen Elson, Sora Choi, dan Imaan Hammam.

Bercerita tentang judul albumnya, Doja atau nama sebenarnya Amala Ratna Zandile Dlamini, menjelaskan, Vie merupakan perkataan Perancis yang bermaksud 'life' dalam bahasa Ingegris.

"Saya ada tatu angka Roman V di tulang selangka, dan bagi saya nombor lima dalam numerologi melambangkan rasa ingin tahu, pengembaraan, dan perubahan.

"Saya juga mahu mengaitkan judul ini dengan La Vie en Rose serta tema romantis yang merentasi projek ini.

"Dalam album ini, saya memberi interpretasi tentang cinta, seks, percintaan, kesakitan, dan keajaiban dalam sesebuah hubungan," ujarnya.

Doja, 30, berkata, lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini boleh ditafsirkan sebagai hubungan dengan orang lain atau dengan diri sendiri.

"Bagi saya, tanpa hidup tidak ada cinta, dan tanpa cinta tidak ada pengembaraan. Album ini adalah tentang pengembaraan, dengan penghormatan kepada era 80-an, 70-an, dan 90-an, tapi saya twist ikut gaya moden sendiri,” jelasnya lagi.

Selain pelancaran album, Doja Cat juga tampil dalam program CBS Sunday Morning dan bakal tampil dalam rancangan The Tonight Show Starring Jimmy Fallon pada 1 Oktober.

Tidak hanya itu, bintang asal Los Angeles, California itu juga akan membuat debut muziknya di pentas Saturday Night Live untuk tayangan perdana musim ke-51 pada 4 Oktober.

Doja juga sekali lagi bekerjasama dengan Amazon Music untuk koleksi merchandise eksklusif berinspirasikan album Vie. Koleksi bergaya era 80-an ini menampilkan item standout seperti t-shirt, hoodie, beret signature, cermin kompak berbentuk ros, skarf sutera, dan piring hitam Vie edisi khas dengan seni muka alternatif yang hanya boleh didapati di Amazon.

Terdahulu Doja mencipta momen di MTV Video Music Awards 2025 baru-baru ini dengan persembahan Jealous Type bersama legenda saksofon Kenny G. Lagu tersebut sudah pun diperkenalkan dalam kempen musim panas ’25 bersama Marc Jacobs, sebelum rasmi dilancarkan sebagai single lengkap dengan muzik video pada bulan lalu.


Album Vie menampilkan lagu-lagu seperti Cards, Jealous Type, Aaahh Men!, Couples Therapy, Gorgeous, Stranger, All Mine, Take Me Dancing feat. SZA, Lipstain, Silly! Fun!, Acts Of Service, Make It Up, One More Time, Happy, dan Come Back.

Dengan konsep romantis, aura retro yang penuh seni, dan interpretasi moden daripada Doja Cat sendiri, Vie bukan sekadar album kelima tetapi ia adalah perjalanan muzik yang mencerminkan hidup, cinta, dan pengembaraan dalam setiap bentuknya. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments