Hot Posts

6/recent/ticker-posts

‘Yes Baby’ - Madison Beer Rilis Single Paling Hangat Tahun Ini


FENOMENA pop global Madison Beer baru-baru ini menandakan kemunculannya pada tahun 2025 dengan single baharu yang dinanti-nantikan, Yes Baby.

Lagu ini diteruskan daripada kejayaan hit Beer pada 2024, Make You Mine, yang dicalonkan untuk Grammy dan menerima sijil Gold, menjadi sumber inspirasi utama bagi trek terbaharu ini.

Dari detik pertama rentak dimainkan, Yes Baby memikat telinga dengan gaya flirty, penuh keyakinan, dan aura yang sukar diabaikan.

Lagu ini melonjak keluar daripada pembesar suara dengan tenaga yang mendebarkan, menandakan evolusi muzik Beer ke tahap yang lebih thrilling. Para peminat pasti akan mendengar lagu ini berulang kali dalam minggu-minggu akan datang.

Video Muzik & Sentuhan 80-an

Menurut Beer, Yes Baby membawa vibe yang ringan dan menyeronokkan, sambil tetap memancarkan keyakinan dan tenaga yang mahu membuat semua pendengar merasa teruja.

“Yes Baby sebenarnya hanyalah lagu yang menyeronokkan dan menggoda. Selepas saya merakam video muziknya, tenaga lagu ni terasa lebih hebat, dan ia jadi lagu yang memang nak dimainkan kuat bersama kawan-kawan,” katanya.

Menariknya, video muzik bagi Yes Baby juga dilancarkan pada hari yang sama di mana konsepnya  dihasilkan secara bersama oleh Madison Beer dan pengarah Aerin Moreno. Visual ini memberi penghormatan kepada video senaman tahun 80-an dengan cara paling fierce, menambah dimensi visual yang menyeronokkan kepada trek ini.

Selain itu, pelancaran lagu ini berserta pengumuman sijil Platinum dan Gold RIAA bagi empat lagu Madison Beer sebelum ini iaitu Reckless (Platinum), Make You Mine (Gold), Good in Goodbye (Gold), dan Baby (Gold) menandakan tahun 2025 sebagai permulaan yang gemilang untuk bintang pop ini.

Beer juga menegaskan bahawa karya baharu lain bakal tiba lebih cepat daripada yang dijangka. Peminat diminta untuk terus mengikuti perkembangan dan bersedia untuk lebih banyak kejutan muzik daripada artis yang semakin mencipta gelombang global ini. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments