Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Black, Eddie Umum keluar Wings

Eddie (kiri) dan Black (dua dari kanan) kini bukan lagi anggota kumpulan Wings

DUA anggota kumpulan legenda rock tanah air, Wings, iaitu Black dan Eddie, mengumumkan pengunduran diri mereka daripada kumpulan tersebut berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikongsi kepada media, kedua-dua mereka menjelaskan keputusan itu dibuat secara bersama.

“Kami, Azmi Hashim atau dikenali juga sebagai Black dan Samsaidi Long Idris atau dikenali sebagai Eddie, telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan Wings berkuat kuasa serta-merta iaitu pada hari ini, Rabu, 8 Oktober 2025,” ujar mereka dalam kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama yang diedarkan pada malam Rabu, Black selaku pemain dram dan Eddie (bass) turut memaklumkan bahawa mereka tidak akan terlibat dalam Konsert Wings 40 Tahun Celebration yang dijadualkan berlangsung tidak lama lagi.

“Dengan ini kami juga ingin memaklumkan bahawa kami tidak akan terlibat dalam Konsert Wings 40 Tahun Celebration yang dijadualkan berlangsung pada 28 November 2025 di Kuala Lumpur dan 24 Disember 2025 di Singapura nanti,” jelasnya.

Walaupun tidak menyatakan secara terperinci punca sebenar pengunduran, keputusan dua anggota lama ini pastinya meninggalkan kesan besar dalam perjalanan karier kumpulan yang sudah empat dekad mewarnai industri muzik tempatan itu.

Selepas pengunduran Black, 59, dan Eddie, 57, Wings kini dianggotai oleh Datuk Awie (vokalis utama), Syam (gitar) dan Edrie (gitar), sekali lagi membuka lembaran baharu dalam kisah panjang kumpulan rock ikonik ini. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments