Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Fattah Amin, Amira Othman Nikah Ahad Ini


SETELAH lama membuat ramai tertanya-tanya, akhirnya teka-teki tentang hubungan Fattah Amin dan Amira Othman terjawab.

Pasangan selebriti ini mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan pada 14 September ini yang juga merupakan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35.

Pengumuman istimewa itu dibuat ketika sidang media single duet terbaharu Amira bersama adiknya, Irfan Haris, berjudul Rasa & Takdir di Hotel Imperial Lexis pada Isnin. 

“Seperti semua orang tahu, kami bermula sebagai rakan sekerja. Selepas beberapa lama berkenalan, insya-ALLAH kami ingin menukar status daripada rakan sekerja kepada rakan serumah,” ujarnya tenang.

Majlis itu menjadi lebih bermakna apabila ia turut disaksikan ibu bapa Amiraiaitu Othman Abdul Kadir, 62, dan Nora Haji Arshad, 58, yang hadir memberikan restu.


Dalam satu momen penuh simbolik, Irfan menyerahkan ‘kunci’ kepada Fattah sebagai tanda tanggungjawab menjaga kakaknya. Fattah kemudiannya menyerahkan semula simbolik kunci itu kepada Amira, seakan melengkapkan perjalanan kisah cinta mereka.

Fattah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Fazura pada 27 November 2017 dan disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 5 tahun. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments