[Nota Kedai Kopi Bandara]
BILA scroll TikTok, tak pelik lagi bila kita dengar lagu-lagu lama yang tiba-tiba jadi 'trending'. Dari lagu 80-an barat, sampailah ke lagu nostalgia Melayu, semuanya kembali muncul sebagai soundtrack content kreatif generasi baharu.
Fenomena lagu lama viral ini bukan sekadar kebetulan tetapi berlaku hasil gabungan nostalgia, kreativiti pengguna dan kuasa algoritma TikTok.
TikTok bukan sekadar tempat 'dance challenge'. Algoritmanya beri peluang sama rata pada semua audio, tak kira lagu baharu atau lama. Kalau satu audio digunakan dalam konten yang menarik dan trending, lagu tersebut boleh 'hidup balik' dan viral semula.
Mengikut data global, sekitar 20 daripada 50 lagu trending TikTok datang daripada katalog lebih lima tahun. Antaranya termasuklah klasik seperti Forever Young (Alphaville, 1984) dan Come and Get Your Love (Redbone, 1974). Lagu-lagu ni naik semula sebab digunakan dalam trend POV, video aesthetic retro dan pelbagai konten kreatif.
Fenomena ini turut berlaku di Malaysia dan Asia Tenggara. Beberapa lagu lama kembali popular semula menerusi konten-konten kreatif generasi baharu.
Antara yang paling ketara ialah lagu Isabella nyanyian Search (1989) yang sering digunakan dalam video POV cinta epik dan aesthetic retro dan lagu Untukmu Ibu daripada Exists (1991) pula trending semula dalam content tribute Hari Ibu atau kenangan keluarga.
Sementara itu, Kasih dendangan Amy Mastura (1996) popular dalam video 'nostalgic childhood' dan vibe kampung, manakala Awan Yang Terpilu oleh Ning Baizura (2004) sering muncul sebagai muzik latar untuk konten heartbreak aesthetic atau scene hujan.
Selain lagu-lagu tempatan, lagu nostalgia serantau seperti Ku Tak Akan Bersuara nyanyian Nike Ardilla (1995) dari Indonesia turut kembali mencuri perhatian di TikTok. Lagu slow rock ini kerap muncul dalam video storytelling sedih, vibe kenangan lama atau konten ‘kisah silam’ dan ‘perjuangan hidup’.
Sebenarnya banyak lagi lagu lama dan klasik yang kembali menjadi sebutan dan popular semula menerusi video-video kreatif di TikTok. Trend ini menunjukkan bagaimana lagu-lagu itu boleh ‘hidup semula’ bila dikaitkan dengan konten yang 'relatable' untuk generasi sekarang.
Kembali Popular
Beberapa faktor utama yang menyebabkan lagu-lagu lama senang viral semula di TikTok bukan sekadar kerana lagu itu sudah dikenali ramai, tetapi juga kerana ia mempunyai elemen-elemen yang kekal relevan dan mudah diterima oleh audiens baharu.
• Hook yang catchy: Lagu-lagu lama biasanya ada melodi yang mudah lekat di kepala.
• Emosi nostalgia: Lagu bawa kenangan zaman silam yang ramai orang relate.
• Pengulangan audio: Bila ramai guna audio sama dalam video berbeza, algorithm TikTok naikkan visibility audio tu.
• Challenge dan trend: Lagu lama yang dijadikan background cabaran, POV atau edit aesthetic, automatik tarik 'engagement' baharu.
Fenomena ini membuktikan TikTok bukan sekadar platform hiburan, tapi juga tempat ‘recycle’ muzik lama dengan konteks baharu. Kadang-kadang sesuatu lagu itu jadi lebih popular hari ini berbanding pada era ia diterbitkan.
Industri muzik pun mula manfaatkan trend ini. Banyak label muzik dan artis sendiri 'relaunch' lagu lama sebagai 'TikTok version' atau 'remastered' untuk tarik generasi baharu.
Trend lagu lama viral semula membuktikan muzik itu timeless. Sama ada barat atau Melayu, klasik atau pop, bila kena gaya dan audiens, lagu lama tetap boleh hidup semula.
Hari ini, generasi TikTok kenal lagu-lagu lama bukan daripada CD atau kaset, tapi daripada konten heartbreak aesthetic, POV nostalgia kampung dan video kenangan remaja.
Dan siapa tahu, lagu nostalgia anda seterusnya mungkin tengah tunggu viral semula di TikTok?
~ Nota by Sang Cappucino ~
(**Penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili pendirian 7Klik mahupun mana-mana pihak)
ARTIKEL LAIN:
0 Comments