31 Mac 2019

,
[KREDIT FOTO: Instagram Bella Dally]

PELAKON cantik, Bella Dally, selamat melangsungkan pernikahannya bersama lelaki pilihan, Arif Izuddin Mohd Radzali di Putrajaya pada awal pagi tadi.

Bella atau nama lengkapnya Nabila Ali Dally menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 bersama tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki dan berbalas sembilan.

Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Bella, namun yang pertama buat Arif yang dikenalinya beberapa bulan lalu. Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 12 Januari lalu di kampung halaman Bella di Kota Kinabalu, Sabah.

Terdahulu Bella, 28,  pernah berkahwin dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016, sebalum bercerai pada 2 Mei tahun lalu.

Tahniah dan selamat pengantin batu Bella dan suami!


,
[KREDIT FOTO: Instagram Ahya Rosli]

PELAKON Normah Damanhuri selamat menerima menantu apabila anak lelakinya, Ahya Rosli, 32, yang juga merupakan seorang model selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Shahirah Sanusi pada Juamat lalu.

Ahya menyerahkan seutas gelang emas  dan sebentuk cincin sebagai mas kahwin, selain wang hantaran berjumlah RM30,000.

Tahniah dari kami di 7Klik buat pasangan pengantin. Semoga kekal berbahagia selamanya.  


,

FILEM One Two Jaga mencipta sejarah tersendiri apabila diumumkan sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30 yang berlangsung malam tadi.

Tidak hanya itu, filem terbitan Pixel Play Entertainment ini juga mendominasi enam kategori daripada 10 pencalonan yang diterima mereka. 

Selain Filem Terbaik, One Two turut mengungguli kategori Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Poster Terbaik.

Selain itu, sebagaimana ramalam ramai, aktress Datin Sri Umie Aida dinobatkan sebagai pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan hebatnya sebagai Diana Dahlan dalam filem Dukun.

Secara keseluruhannya FFM30 pada tahun ini menyaksikan keputusan terbaik dengan senarai pemenang yang benar-benar layak dalam kategori masing-masing dan dipersetujui ramai. Tahniah kepada Finas selaku penganjur dan barisan juri atas kematangan serta ketelitian dalam urusan menilai calon yang terlibat. 

Majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ini diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Adibah Noor.




Berikut adalah keputusan penuh bagi kesemua anugerah yang dipertandingkan:

Filem Terbaik
One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)

Pengarah Terbaik
Namron (One Two Jaga) 

Pelakon Lelaki Terbaik
Rosdeen Suboh (One Two Jaga)

Pelakon Wanita Terbaik
Datin Seri Umie Aida (Dukun)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Hasnul Rahmat (Polis Evo 2) 

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Nabila Huda (Makrifat Cinta)

Pengarah Harapan
Quek Shio Chuan (Guang) 

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Eng Wei Jie (Rise Of The Legend: Lee Chong Wei)

Pelakon Wanita Harapan
Jaya Ganason (The Farm En Veettu Thottathil) 

Pelakon Lelaki Harapan
Kyo Chen (Guang)

Lakon Layar Terbaik
Amri Rohaiyat, Fared Ayam & Namron (One Two Jaga) 

Sinematografi Terbaik
Yeong Tuck Wei (Guang)

Cerita Asal Terbaik
Pitt Haniff, Muhammad Syafiq & Namron (One Two Jaga) 

Kostum & Busana Terbaik
Andy Sulaiman (Dukun) 

Penataan Bunyi Terbaik
Imaginex Studio Sdn Bhd (Pulang)

Penataan Seni Terbaik
Chan Hsien Yu (Guang) 

Kesan Khas Terbaik
Pixelpost (Dukun)

Penyunting Terbaik
Raja Affandi Raja Jamaludin (Dukun)

Skor Muzik Asal Terbaik
Nick Davis (Two Sisters) 

Poster Terbaik
Jazzy Pictures (One Two Jaga)

Lagu Tema Terbaik
Atma Jiwa, Monoloque (Busker)

Anugerah Khas Juri 1
Paskal The Movie (Asia Tropical Films Sdn Bhd) 

Anugerah Khas Juri 2
Vedigundu Pasangge (Veedu Production Sdn Bhd)

Anugerah Khas Juri 3
Busker (Astro Shaw Sdn Bhd) 

Filem Box Office
Munafik 2 (Skop Productions Sdn Bhd) 

Anugerah Penggiat Belakang Tabir
Habsah Hassan

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman
Seniman AR Badul


[KREDIT FOTO: Instagram FFM30]

30 Mac 2019

,

PELAKON Fasha Sandha dan Aidil Aziz selamat diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung Perlis awal pagi tadi.

Fasha, 35, sah bergelar isteri kepada Aidil dengan hanya sekali lafaz disaksikan keluarga dan kenalan terdekat kedua belah keluarga.

Ia merupakan perkahwinan kali kedua Fasha dan pertama buat Aidil, selepas mengikat tali pertunangan pada 18 November tahun lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama ahli perniagaan Rizal Ashram Ramli (2012-2016), Fasha dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemaima, 4.

Tahniah dan selamat pengantin baru buat Fasha dan Aidil. Semoga jodoh berkekalan sehingga ke jannah.. 

29 Mac 2019

,

SEMPENA sambutan ulang tahun ke-3 CJ WOW SHOP, rangkaian beli-belah serba inovatif di rumah ini telah mengumumkan pelancaran kempen ‘3 Tahun Makin WOW’, yang merangkumi satu siri promosi melalui pelbagai saluran CJ WOW SHOP, termasuk platform TV, dalam talian, dan mudah alih. 

Dikenali sebagai karnival beli-belah di rumah yang terbesar di Malaysia, kempen selama 3 minggu ini akan bermula dengan rancangan siaran langsung khas yang berdurasi 23 jam pada 30 dan 31 Mac di ntv7, 8tv dan TV9. Ia akan memaparkan barisan hos kegemaran warga Malaysia termasuk Zaim Helmi, Lily Liyana, Diana Rusdi, Jimmy Shanley, Baki Zainal, Pauline Tan, Gary Yap dan lebih ramai lagi. 

Di samping itu, barisan hos ini juga akan menggemparkan pelanggan dengan satu video muzik khas yang dihasilkan melalui gandingan dengan kumpulan muzik popular tanah air, Back2Basixx.

En. Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif MP CJ ENM Sdn Bhd berkata, 

“Ganjaran yang kami tawarkan sepanjang kempen ini merupakan penghargaan kami kepada pelanggan lama mahupun baru. Merekalah yang menjadi inspirasi kami untuk mencapai potensi maksimum kami serta meningkatkan tumpuan kami supaya mampu berkhidmat bagi lebih ramai rakyat Malaysia.”




Bermula dari Mac 30 hingga 21 April 2019, pelanggan boleh menikmati lebih nilai dan penjimatan melalui promosi eksklusif berikut.*

30 - 31 Mac 2019
BAUCER DISKAUN WOW RM30 untuk pembelian seterusnya yang bernilai RM 199 dan ke atas melalui pusat panggilan dan secara dalam talian (sah sehingga 30 Jun 2019)

BAUCER DISKAUN WOW RM10 untuk semua pembelian produk TV melalui pusat panggilan dan dalam talian

5% MATA GANJARAN WOW bagi pembelian dalam talian 
1 - 21 Apr 2019

BAUCER DISKAUN WOW RM30 untuk pembelian seterusnya yang bernilai RM 199 dan ke atas melalui pusat panggilan dan secara dalam talian (sah sehingga 30 Jun 2019)

BAUCER DISKAUN WOW RM3 untuk pembelian dalam talian

5% MATA GANJARAN WOW bagi pembelian dalam talian 

*Tertakluk kepada Terma & Syarat


Sedia untuk pertumbuhan lebih pesat melalui shoppertainment

Platform ini melancarkan pelbagai format rancangan bagi memberi nafas baharu kepada programnya serta menghiburkan peminatnya, dengan memfokuskan kepada inovasi untuk menyediakan pengalaman beli-belah di rumah yang terbaik. 

Terbaharu, CJ WOW SHOP telah memperkenalkan ‘WOW Cantik’, satu rancangan fesyen & kecantikan yang memaparkan penstriman sosial secara siaran langsung. ‘WOW Cantik’ akan diacarakan oleh Yana Samsudin dan disiarkan di TV9 pada pukul 10 pagi setiap Jumaat. Rancangan ini akan menyaksikan interaksi dengan penonton di rumah mahupun studio dengan masa nyata.

“Kejayaan berterusan kami dalam tiga tahun lalu menunjukkan rakyat Malaysia semakin terbuka terhadap beli-belah di rumah. Pencapaian ini meletakkan CJ WOW SHOP pada kedudukan lebih kukuh dalam melaksanakan komitmen kami dalam menyediakan satu pengalaman ‘shoppertainment’ unik bagi pelanggan - yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga bermaklumat dan boleh dipercayai. 
Kami akan terus mempertingkatkan mutu kehidupan mereka dengan meningkatkan akses mereka kepada produk dan perkhidmatan mengikut kemudahan mereka, di rumah dan mana-mana sahaja tidak kira masa,” tambah Encik Kim.


Sejak dilancarkan pada tahun 2016, CJ WOW SHOP terus mempertingkatkan pengalaman pelanggan serta memperluas asas rakan niaga yang kebanyakannya terdiri daripada usahawan tempatan. Demi membekalkan pembeli-belah dengan lebih pilihan, ia telah memperluas tawarannya daripada 27 produk apabila ia baru dilancarkan, kepada lebih 1,000 produk pada hari ini, termasuklah produk kelengkapan rumah, barangan elektrik, peranti elektronik, kecantikan & fesyen dan banyak lagi.

Pada tahun ketiga operasinya, rangkaian beli-belah di rumah ini baru-baru ini telah memperluas tawaran bagi peminat Cina dengan menyediakan lebih slot Bahasa Mandarin di ntv7, sekaligus meningkatkan lagi akses mereka kepada gaya hidup inovatif serta pelbagai produk gaya hidup. 

Di samping itu, CJ WOW SHOP terus mengukuhkan tawarannya dalam segmen pengguna Melayu melalui pelbagai program di TV9, dan berjaya mengukuhkan kedudukan TV9 serta ntv7 sebagai saluran penting bagi kandungan beli-belah di rumah bahasa Melayu dan Cina yang bermutu tinggi.

Dengan perkembangan ini, CJ WOW SHOP menyasarkan untuk  melangkaui jualan tahunan sebanyak RM300 juta pada tahun 2019. Matlamat ini ditetapkan berdasarkan prestasi hebatnya pada tahun lalu, di mana ia berjaya melangkaui sasaran pendapatan sebanyak RM200 juta pada penghujung tahun 2018.

CJ WOW SHOP merupakan usahasama antara Media Prima Berhad dengan CJ ENM Co Ltd (Bahagian Beli Belah Di Rumah) dari Korea Selatan, iaitu pengendali TV Beli-Belah di Rumah No. 1 di Asia. 

Dilancarkan pada April 2016, kerjasama strategik CJ WOW SHOP dengan pelbagai jenama tempatan seperti Proton dan Simplysiti telah membolehkannya mendapat pengiktirafan serantau di The Spark Awards 2017 : Best Sales and Marketing Intelligence Solution (Emas), Marketing PR Awards 2017 Southeast Asia : Best Direct-to-Consumer PR Campaign (Gangsa), Marketing Excellence Awards 2017 : Excellence in Marketing to a Female Audience (Gangsa) dan Mobile Business Excellence Awards 2018 : Best Mobile Commerce Application. 

Rangkaian beli-belah ini menampilkan demonstrasi melalui siaran pelbagai rangkaian media seperti TV3, nt7, 8TV, TV9 dan tonton. Pelanggan boleh membeli produk-produk yang terpapar di kaca TV dengan membuat panggilan ke talian bebas tol 1-800-18-0808 atau melayari laman sesawang beli-belah dalam talian, http://www.cjwowshop.com.my atau melalui pilihan aplikasi mudah-alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun melalui Android atau iOS.

25 Mac 2019

,

ANTARA aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang minggu ini. Jika berkelapangan dan tidak tahu apa nak buat, jom meriahkan acara-acara ini.

(Kepada anda di luar sana yang mahu menghebahkan acara-acara yang bakal dianjurkan di ruang Chillax ini, bolehlah emelkan poster dan info lengkap berkaitan acara tersebut ke emel:  7klikseven@gmail.com)





[TEATER:  SYYY!]




[EVENT: FIESTA BELON UDARA PANAS ANTARABANGSA PUTRAJAYA]




[TEATER:  RED VELVET]




[TEATER:  THE QUEST FOR A NEW WORLD CONCERT]




[EVENT:  HOTFM BIG JAM]




[EVENT:  BORAK BUKU KHAS MALAM BIMASAKTI MENARI]




[EVENT:  KARNIVAL USAHAWAN DESA]