24 Jun 2017

,

ANTARA aktiviti seni yang bakal berlangsung sepanjang minggu ini. Jika berkelapangan dan tidak tahu apa nak buat, jom meriahkan acara-acara ini.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Zeel production dan Artis-ArtisPerlis.

(Kepada anda di luar sana yang mahu turut menghebahkan acara-acara seni yang bakal dianjurkan di ruang Chillax ini, bolehlah emelkan poster dan info lengkap berkaitan acara tersebut ke emel: read8dotcom@gmail.com)

17 Jun 2017

,

ANTARA aktiviti seni yang bakal berlangsung sepanjang minggu ini. Jika berkelapangan dan tidak tahu apa nak buat, jom meriahkan acara-acara ini.

Iftar Terus Mencintai Siti Nordiana, Meet & Greet Session With Sherry AlHadad,  Love & Death At The Opera, Iftar Bersama Radin Era - Amira Othman - Indah Ruhailah - Nabila Razali.

(Kepada anda di luar sana yang mahu turut menghebahkan acara-acara seni yang bakal dianjurkan di ruang Chillax ini, bolehlah emelkan poster dan info lengkap berkaitan acara tersebut ke emel: read8dotcom@gmail.com)

11 Jun 2017

,

The Mummy
Tarikh Tayangan: 8 June 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Aksi/pengembaraan
Klasifikasi: P13
Pengarah: Alex Kurtzman
Pelakon: Tom Cruise, Sofia Boutella, Annabelle Wallis, Jake Johnson, Courtney B. Vance, Russell Crowe

MENGISAHKAN...
2,000 tahun lalu di Mesir, Puteri Ahmanet telah ditanam hidup-hidup di makam di bawah padang pasir sebagai hukuman kerana membunuh bapanya. Puteri purba itu kemudian telah bangkit pada era moden apabila makamnya ditemui. Dia yang menyimpan dendam sejak beribu tahun mula membawa kemusnahan dan malapetaka kepada manusia.

,

SETELAH lebih tiga tahun menderita sakit kanser serviks, penyanyi dan juga pelakon terkenal Indonesia, Julia Perez atau turut dikenali sebagai Jupe meninggal dunia tengahari semalam, 10 Jun 2017 di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta.

Berita sedih itu telah disampaikan sendiri oleh adik perempuannya, AnggitThePerez menerusi akaun instagram miliknya sebaik sahaja artis terkenal itu menghembuskan nafas terakhir.

"Innalillahiwainnaialaihirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez. Minta doanya ya semua, terima kasih semua atas supportnya selama ini. I LOVE YOU.."

Sama-samalah kita hadiahkan Al-Fatihah buat Julia atau nama sebenarnya, Yuli Rachmawati. Semoga segala dosanya di dunia diampunkan, dan dipermudahkan perjalanannya ke Sana. Amin.

10 Jun 2017

,

ANTARA aktiviti seni yang bakal berlangsung sepanjang minggu ini. Jika berkelapangan dan tidak tahu apa nak buat, jom meriahkan acara-acara ini.

Bazaar Terima Kasih, Iftar Ramadan Tautan Kasih, Meet & Greet HBO @Mydin Hypermarket Seremban 2, Festival Ramadan Mara, Raya Kasih & Cinta Buka Puasa With Fattah Amin & Fazura, Sibelius Second Concert.

Meet & Greet Aisy Asyraf  X Sterk Production, Youth Program Sharing, Session With Celebrities, Chamber Concert, Iftar Tradisional Bersama Diana Danielle.

(Kepada anda di luar sana yang mahu turut menghebahkan acara-acara seni yang bakal dianjurkan di ruang Chillax ini, bolehlah emelkan poster dan info lengkap berkaitan acara tersebut ke emel: read8dotcom@gmail.com)

,

SALAM takziah buat keluarga Farah Syahirah Rasol atau lebih dikenali sebagai Shea Rasol, seorang blogger dan pengacara yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir petang semalam, 9 Jun 2017, akibat kanser Urachal.

Shea sebelum ini pernah berkongsi tentang penyakit tersebut yang baru diketahuinya sekitar Februari lalu menerusi laman instragramnya sebelum ini.

Tweet terakhirnya pada 15 Mei lalu jelas menyatakan tentang perasaan dan situasi yang sedang dilaluinya ketika itu dan menyentuh hati ramai para pengikut di laman sosialnya itu.

Jenazah Shea telah sembahyangkan di Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor dan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan.

Apa yang lebih menyentuh hati, masjid tersebut turut dikunjungi ribuan kenalan dan rakan-rakan yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat Shea selain ahli keluarga terdekat untuk sama-sama mengiringi jenazah ke perjalanan terakhir.

Antara rakan artis dan selebriti yang turut kelihatan ialah Ruzana Ibrahim, Heliza Helmi, Raja Nadia Sabria Eenaz Mokhtar, Ustaz Don dan ramai lagi. 

Malah selain rakan baiknya, Heliza Helmi yang banyak berkongsi tentang pemergiaan Shea di laman instagramnya, berita ini turut dikongsikan oleh ramai rakan-rakan artis seperti Yuna, Farah Lee dan lain-lain yang turut terkesan dengan pemergian Shea yang cukup dikenali sebagai seorang yang memiliki personaliti yang cukup menyenangkan ini sehingga tular di laman sosial.

Alfatihah untuk arwah dan salam takziah untuk seisi keluarga. Semoga dipermudahkan perjalanannya ke Sana dan ditempatkan di kalangan para solehah. Amin.

4 Jun 2017

,

Wonder Woman
Tarikh Tayangan: 1 June 2017
Bahasa: Inggeris
Genre: Aksi/fantasi
Klasifikasi: P13
Pengarah: Patty Jenkins
Pelakon: Gal Gadot, Chris Pine, Robin Wright, Danny Huston, David Thewlis, Ewen Bremner

MENGISAHKAN...
pengenalan asal usul Wonder Woman atau Diana Prince, seorang puteri Amazon yang dibesarkan di sebuah kepulauan terpencil dan dilatih untuk menjadi pahlawan terulung oleh ibu saudaranya. 

Selepas seorang juruterbang Amerika, Steve Trevor, terhempas di pulau tersebut, dia telah memberitahu Diana mengenai perang dunia yang sedang berlaku akibatan kerakusan manusia merebut kuasa. 

Diana yang merasakan peperangan itu ada kaitan dengan seteru kaumnya sendiri, nekad meninggalkan kampung halaman untuk cuba menghentikan peperangan tersebut bersama Trevor.

3 Jun 2017

,

ANTARA aktiviti seni yang bakal berlangsung sepanjang minggu ini. Jika berkelapangan dan tidak tahu apa nak buat, jom meriahkan acara-acara ini.

Forum Menegakkan Aqidah Yang Sahih, Iftar KL, The Best Of Rodgers & Hammerstein, Iftar Bersama Neelofa, Timor Fest Edisi Raya @Kuala Terengganu, A Walk In The Park With Shanel, Petrushka! Concert.