Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[Al-Fatihah] Blogger Shea Rasol meninggal dunia


BLOGGER dan pengacara, Syahirah Rasol atau lebih dikenali sebagai Shea Rasol, telah meninggal dunia akibat kanser Urachal pada Jumaat.

Shea sebelum ini pernah berkongsi tentang penyakit tersebut yang baru diketahuinya sekitar Februari lalu menerusi laman instragramnya sebelum ini.

Tweet terakhirnya pada 15 Mei lalu jelas menyatakan tentang perasaan dan situasi yang sedang dilaluinya ketika itu dan menyentuh hati ramai para pengikut di laman sosialnya itu.






Jenazah Shea telah sembahyangkan di Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor dan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan.

Apa yang lebih menyentuh hati, masjid tersebut turut dikunjungi ribuan kenalan dan rakan-rakan yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat Shea selain ahli keluarga terdekat untuk sama-sama mengiringi jenazah ke perjalanan terakhir.

Antara rakan artis dan selebriti yang turut kelihatan ialah Ruzana Ibrahim, Heliza Helmi, Raja Nadia Sabria Eenaz Mokhtar, Ustaz Don dan ramai lagi. 

Malah selain rakan baiknya, Heliza Helmi yang banyak berkongsi tentang pemergiaan Shea di laman instagramnya, berita ini turut dikongsikan oleh ramai rakan-rakan artis seperti Yuna, Farah Lee dan lain-lain yang turut terkesan dengan pemergian Shea yang cukup dikenali sebagai seorang yang memiliki personaliti yang cukup menyenangkan ini sehingga tular di laman sosial.

Alfatihah untuk arwah dan salam takziah untuk seisi keluarga. Semoga dipermudahkan perjalanannya ke Sana dan ditempatkan di kalangan para solehah. Amin.

Post a Comment

0 Comments