DALAM beberapa tahun kebelakangan ini, larian bukan lagi sekadar aktiviti kecergasan yang bersifat rutin. Ia semakin menjadi sebahagian daripada gaya hidup, ruang untuk ramai orang 'reset', mencari ritma diri, dan pada masa sama membina keseimbangan antara fizikal dan mental.
Di tengah-tengah perkembangan ini, pelbagai jenama sukan mula mendekati larian bukan hanya sebagai prestasi, tetapi sebagai pengalaman harian yang lebih dekat dengan kehidupan sebenar.
Pendekatan inilah yang turut menjadi latar kepada pengenalan koleksi terbaharu FILA iaitu FILA Float Collection, yang diperkenalkan bersempena FILA Fun Run pertama di Malaysia pada 25 April lalu.
Acara tersebut menghimpunkan lebih 1,300 peserta dalam suasana santai yang menggabungkan larian, aktiviti komuniti dan gaya hidup sihat dalam satu ruang yang sama.
Kehadiran dua figura muda, Amelia Henderson dan Amir Ahnaf, menambah dimensi menarik kepada acara tersebut. Mereka tidak sekadar hadir sebagai selebriti jemputan, tetapi turut berinteraksi dengan peserta serta berkongsi pandangan tentang bagaimana larian boleh menjadi sebahagian daripada rutin yang lebih konsisten dan realistik untuk kehidupan seharian.
Dalam suasana yang lebih santai itu, Amelia, 31, menekankan bahawa gaya hidup aktif tidak semestinya datang dalam bentuk yang ekstrem, sebaliknya boleh dibina melalui pergerakan kecil yang konsisten.
Bagi bintang filem Blood Brothers: Bara Naga itu, keseimbangan penting untuk mengekalkan kesihatan tanpa memberi tekanan berlebihan kepada diri.
“Gaya hidup aktif sentiasa menjadi sebahagian penting dalam kehidupan saya, sama ada berlari, bersenam atau sekadar memastikan diri sentiasa bergerak sepanjang hari. Ia membantu saya kekal cergas dan mengekalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang.
"FILA Float Max 2.0 yang baharu, dilengkapi teknologi Skyfoam Lite, menawarkan kusyen selembut awan serta keselesaan sepanjang hari yang membolehkan saya kekal bergaya dan selesa setiap hari,” ujarnya.
Sementara itu, Amir Ahnaf pula melihat konsistensi sebagai kunci utama dalam apa jua rutin kecergasan. Baginya, sokongan peralatan yang sesuai membantu memastikan fokus tidak terganggu, terutama apabila melibatkan larian jarak jauh atau latihan yang lebih intensif.
“Konsistensi sangat penting bagi saya. Saya perlukan kasut yang mampu menyokong dari segi keselesaan, kestabilan dan sokongan yang baik.
“FILA Float E7 4.0 memberi sokongan kestabilan dan keselesaan melalui gabungan teknologi seperti TPU Stable Ring, 3D Engineered Mesh dan tapak dalam Ortholite. Ia turut dilengkapi kusyen Skyfoam Lite yang menambah keselesaan ketika larian,” kata pelakon berusia 27 tahun itu.
| Amir dan Amelia menguji kasut FILA Float MAX 2.0 ketika acara FILA Fun Run | FOTO: FILA |
| FILA Float Collection hadir dalam dua pilihan warna baharu iaitu Beige dan Black, yang mengekalkan pendekatan rekaan lebih neutral dan mudah dipadankan dengan gaya harian | FOTO: FILA |
Larian dalam Rutin Harian Moden
FILA Float Collection diperkenalkan dengan pendekatan yang cuba merapatkan jurang antara keselesaan harian dan fungsi dalam larian, menjadikan pergerakan lebih natural dalam rutin seharian.
Dengan penggunaan teknologi seperti Skyfoam Lite dan tapak dalam Ortholite, koleksi ini direka untuk menyokong pelbagai jenis pergerakan, daripada aktiviti ringan sehinggalah latihan yang lebih intensif.
Dalam koleksi ini, model seperti FILA Float Max 2.0 dan FILA Float E7 4.0 masing-masing membawa fungsi yang berbeza mengikut keperluan pengguna, sama ada untuk penggunaan harian yang lebih santai atau larian yang memerlukan sokongan tambahan. Ia turut hadir dalam pilihan warna seperti beige dan hitam yang lebih neutral dan mudah dipadankan dengan gaya harian.
Perkembangan ini secara tidak langsung mencerminkan perubahan cara larian dilihat, yang tidak lagi terhad kepada satu bentuk aktiviti sahaja. Ia kini semakin menjadi sebahagian daripada gaya hidup yang lebih fleksibel, di mana keselesaan, pergerakan dan rutin harian bergerak seiring tanpa perlu terlalu dibatasi oleh satu definisi yang tetap. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments