KEMPEN Shopee 5.5 Festival Penghantaran Percuma VIP kembali dengan penawaran yang lebih menyeluruh, memberi tumpuan kepada pengalaman membeli-belah yang bukan sahaja menjimatkan, tetapi juga lebih fleksibel untuk pengguna setia.
Berlangsung dari 26 April hingga 8 Mei, kempen ini membuka akses kepada pelbagai manfaat eksklusif termasuk penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, tawaran diskaun awal serta ganjaran bernilai tinggi.
Melalui inisiatif ini, pelanggan Shopee VIP dapat menikmati penghantaran percuma bagi setiap pesanan tanpa sebarang syarat minimum pembelian.
Pendekatan ini secara tidak langsung memberi ruang kepada pengguna untuk berbelanja dengan lebih bebas, sama ada untuk pembelian kecil mahupun keperluan harian. Tambahan pula, baucar penghantaran tersebut boleh digabungkan bersama baucar platform dan Shopee Coins, sekali gus memaksimumkan nilai penjimatan dalam satu transaksi.
Menurut Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Cheryl Ang, inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh pengalaman pengguna setia platform tersebut.
“Melalui Shopee 5.5 Festival Penghantaran Percuma VIP, kami terus mempertingkatkan pengalaman Shopee VIP untuk pengguna setia kami.
"Manfaat yang ditawarkan dirangka bagi membantu pengguna menjimatkan perbelanjaan harian melalui penghantaran percuma, akses awal ke kempen, serta ganjaran eksklusif bersama rakan jenama terkemuka.
"Secara keseluruhan, manfaat ini membolehkan pengguna berjimat dengan lebih konsisten, sambil menikmati pengalaman tambahan di luar membeli-belah,” ujarnya.
Kempen ini turut memperkenalkan akses awal eksklusif kepada tawaran diskaun sehingga 50 peratus (%), yang dibuka kepada pelanggan VIP bermula 4 Mei 2026, jam 12 tengah malam, lebih awal berbanding pengguna lain yang hanya boleh mengaksesnya pada jam 8 malam hari yang sama.
Antara tarikan utama termasuk Knockout Deals serendah RM5 dan RM55 untuk jenama seperti Samsonite, Dreame, vivo dan Yamaha pada waktu terpilih, selain tawaran Shopee Lagi Murah yang menampilkan diskaun 50% daripada Dyson, New Balance dan Huawei. Tidak ketinggalan, diskaun sehingga 50% turut ditawarkan merentas jenama seperti Sony, DJI, ASICS, Xiaomi dan Bonia.
Ganjaran Lebih Besar
Selain akses awal, pelanggan VIP turut ditawarkan baucar bernilai lebih RM5,500 yang boleh digunakan secara bertindan dengan promosi sedia ada. Sepanjang tempoh kempen, Baucar Harian VIP dengan diskaun 30% ditawarkan empat kali sehari pada jam 12AM, 12PM, 8PM dan 10PM dari 26 April hingga 5 Mei.
Sementara itu, 29 April memperkenalkan tawaran khas VIP Wednesday dengan diskaun sehingga 25%, diikuti baucar diskaun sehingga 20% pada 4 dan 5 Mei pada waktu terpilih.
Dalam masa sama, kempen ini turut membuka peluang kepada pengguna untuk memenangi pengalaman luar biasa apabila Shopee bekerjasama dengan adidas bagi menawarkan perjalanan ditanggung sepenuhnya ke FIFA World Cup 2026 di Amerika Syarikat. Melalui ciri Tap & Win dalam aplikasi, pengguna boleh mengumpul tiket emas untuk meningkatkan peluang memenangi pengalaman eksklusif tersebut.
Shopee 5.5 Festival Penghantaran Percuma VIP bukan sekadar kempen jualan bermusim, tetapi satu pendekatan yang menekankan nilai jangka panjang kepada pengguna.
Daripada penghantaran percuma tanpa syarat hingga kepada akses awal diskaun, baucar bertindan dan ganjaran gaya hidup, inisiatif ini memperlihatkan bagaimana pengalaman membeli-belah digital terus berkembang seiring dengan keperluan pengguna masa kini.
Bagi yang ingin mencuba, Shopee turut menawarkan percubaan percuma Shopee VIP selama satu bulan sebelum meneruskan langganan pada kadar RM4.50 sebulan, satu pelaburan kecil untuk akses kepada pelbagai manfaat eksklusif sepanjang tahun. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments