Dosa, Rahsia & Manipulasi: 'The Flowers of Evil' Sedia Menyapa Penonton di Disney+ 9 April


SATU keputusan yang kelihatan kecil boleh mengubah hidup seorang remaja sepenuhnya. Begitulah situasi yang dilalui Takao Kasuga, seorang pelajar sekolah menengah, dalam The Flowers of Evil.

Adaptasi live-action kisah coming-of-age Jepun yang sarat dengan konflik emosi ini bakal ditayangkan di Disney+ mulai 9 April.

Terperangkap dalam rutinnya di bandar kecil yang hambar, Takao mencari hiburan melalui dunia buku, khususnya karya-karya sastera yang digemarinya. Dipengaruhi oleh puisi-puisi Baudelaire, Takao mendambakan perhatian rakan sekelasnya, Nanako Saeki, yang kelihatan sempurna di matanya.

Namun, apabila dia ditangkap sedang menghidu pakaian gim Nanako selepas sekolah, hidupnya mula dibelenggu rasa bersalah. Kesempatan ini diambil oleh rakan sekelasnya, Sawa Nakamura, yang memeras ugut Takao.

Setiap keputusan buruk yang dibuat Takao diperalatkan oleh Nakamura untuk mendorongnya ke arah pilihan yang lebih gelap dan berisiko. Situasi ini mencapai kemuncaknya semasa festival tempatan, di mana ketegangan antara Takao dan Nakamura tidak lagi dapat dielakkan.


Dalam naskhah ini, Fuku Suzuki memegang watak Takao Kasuga yang bergelut dengan rasa bersalah, manakala Ano membawa watak Sawa Nakamura, rakan sekelas yang licik memeras ugutnya.

The Flowers of Evil diadaptasi daripada manga popular karya Shūzō Oshimi, dengan sentuhan 'live-action' oleh Keita Meguro dan Shuho Takase. Ia diarahkan oleh Young Paul dan Noboru Iguchi, serta diterbitkan oleh TV Tokyo dan C&I Entertainment.

Sebagai salah satu drama Jepun terbaharu yang akan ditayangkan di Disney+, The Flowers of Evil menjanjikan pengalaman menonton yang intens dan penuh emosi. Jangan lepaskan peluang untuk menstrim kisah remaja yang penuh konflik ini bermula 9 April di Disney+. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments