SIRI komedi romantik Korea yang pernah menjadi kegemaran ramai, Yumi’s Cells, kembali lagi dengan musim ketiga dan dijadualkan membuat debut penstriman pada 13 April ini di HBO Max.Dikenali sebagai salah satu francais terbesar daripada TVING, siri ini mendapat tempat di hati penonton kerana konsep penceritaan unik yang menggabungkan animasi dan drama aksi langsung.
Gabungan dua dunia ini bukan sahaja menjadikan jalan cerita lebih hidup, malah memberi gambaran visual tentang emosi dan pemikiran watak utama dengan cara yang kreatif dan berbeza daripada drama romantik biasa.
Musim ketiga yang terdiri daripada lapan episod ini akan memfokuskan kepada fasa baharu dalam kehidupan Yu-mi, yang dilakonkan oleh Kim Go-eun.
Dalam musim terbaharu ini, Yu-mi digambarkan telah mencapai impiannya sebagai seorang penulis yang berjaya, namun kehidupannya mula berubah apabila bertemu dengan seorang penerbit yang bercita-cita tinggi, Soon-rok, lakonan Kim Jae-won.
Pertemuan tersebut membuka lembaran baharu dalam hidup Yu-mi, apabila dia sekali lagi berdepan dengan pelbagai emosi, cabaran dan kisah cinta yang tidak dijangka.
Seiring dengan perkembangan kehidupan dan perasaannya, ‘Cell Village’ dalam dirinya kembali aktif, memaparkan pelbagai reaksi emosi yang lebih kuat dan dramatik berbanding sebelum ini. elemen yang menjadi identiti utama siri ini sejak musim pertama.
Musim ketiga ini diarahkan oleh Lee Sang-yeob, manakala Han So-jin dan Yu Seul-ki masing-masing bertindak sebagai penerbit eksekutif dan penerbit.
Siri ini diterbitkan oleh beberapa studio terkenal iaitu Studio Dragon, Merrycow dan Studio N, yang sebelum ini turut terlibat dalam penerbitan pelbagai drama Korea popular.
Bagi peminat setia siri ini, musim ketiga menjanjikan perkembangan karakter lebih matang, perjalanan emosi lebih mendalam, serta kisah percintaan yang dijangka sekali lagi membuat penonton ketawa dan tersentuh dalam masa sama.
Yumi’s Cells musim ketiga boleh mula ditonton di HBO Max bermula 13 April ini. Pada masa yang sama, penonton juga boleh mengimbas kembali perjalanan Yu-mi dari awal dengan menonton semula
Yumi’s Cells musim pertama yang kini sudah tersedia untuk distrim di platform yang sama.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments