Kembali ke Dunia Hogwarts: HBO Lancar Teaser Harry Potter, Krismas 2026 Penuh Magik


HBO Max baru-baru ini menampilkan teaser rasmi untuk musim pertama siri original Harry Potter, yang terdiri daripada lapan episod dan berjudul Harry Potter and the Philosopher’s Stone, semasa acara pelancaran HBO Max di UK & Ireland.

Tayangan perdana siri ini dijadualkan pada Krismas 2026 di HBO, dan ia akan tersedia secara eksklusif untuk penstriman di HBO Max di negara-negara yang menawarkan perkhidmatan ini, termasuk Asia Pasifik, Jerman, Itali, serta UK & Ireland.

Kisah Harry Potter bermula daripada seorang kanak-kanak biasa, sekurang-kurangnya itulah yang selalu dikatakan oleh ibu saudaranya, Aunt Petunia.

Namun, pada hari lahirnya yang ke-11, surat jemputan ke Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry membuka pintu ke dunia tersembunyi yang penuh dengan keajaiban, persahabatan, dan pengembaraan. Bagaimanapun bersama pengalaman baharu itu, datang juga risiko besar apabila Harry perlu menghadapi musuh berbahaya dari masa lalunya.

Pelakon utama siri ini terdiri daripada Dominic McLaughlin sebagai Harry Potter, Arabella Stanton (Hermione Granger), Alastair Stout (Ron Weasley), John Lithgow (Albus Dumbledore), Janet McTeer (Minerva McGonagall), Paapa Essiedu (Severus Snape) dan Nick Frost (Rubeus Hagrid).

Siri ini diadaptasi daripada buku-buku klasik karya J.K. Rowling, ditulis dan diterbitkan secara eksekutif oleh Francesca Gardiner, manakala Mark Mylod bertindak sebagai pengarah.

Siri ini dihasilkan oleh HBO bersama Brontë Film and TV dan Warner Bros. Television, dengan J.K. Rowling, Neil Blair, dan Ruth Kenley-Letts, serta David Heyman sebagai penerbit eksekutif.

Dengan pelancaran teaser rasmi ini, dunia Harry Potter bakal hidup semula di skrin anda pada Krismas 2026.

Siri original HBO ini menjanjikan pengembaraan lebih mengujakan, penuh keajaiban, dan detik-detik magik yang bakal memikat hati peminat lama dan baharu, sambil memperkenalkan generasi terkini kepada Hogwarts dan segala misteri yang tersembunyi di dalamnya. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments