Kasut Dengan GPS Tersembunyi? Inovasi Tempatan Ini Tarik Perhatian Ramai


DALAM kehidupan moden hari ini, menjaga ibu bapa atau insan tersayang bukan lagi sekadar soal menyediakan keperluan asas. Ramai kini berdepan cabaran membahagikan masa antara kerjaya, keluarga dan tanggungjawab penjagaan harian, terutama apabila melibatkan warga emas atau individu berkeperluan khas.

Keadaan itu secara tidak langsung mewujudkan keperluan terhadap solusi yang bukan sahaja praktikal, tetapi benar-benar memahami realiti kehidupan semasa.

Melihat perubahan keperluan masyarakat hari ini, jenama kasut tempatan ABARO tampil memperkenalkan Tropix HideTech Sneakers, koleksi kasut dewasa pertama mereka yang dilengkapi teknologi HideTech.

Sebelum ini, teknologi tersebut pernah diperkenalkan menerusi kasut sekolah dan mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records menerusi ciri inovatif yang ditawarkan.

Menariknya, teknologi sama kini disesuaikan untuk kegunaan dewasa dengan pendekatan yang lebih relevan terhadap keperluan keluarga masa kini.

Rekaan kasut ini hadir dengan poket tersembunyi yang membolehkan alat penjejak GPS disimpan secara selamat bagi membantu ahli keluarga memantau lokasi pemakai apabila diperlukan.

Langkah itu dilihat cukup signifikan ketika Malaysia sedang bergerak ke arah masyarakat menua. Dengan peningkatan jumlah warga emas, ramai anak dewasa kini memikul tanggungjawab menjaga ibu bapa sambil meneruskan rutin kerja harian.

Dalam masa sama, kesedaran terhadap aspek keselamatan individu autisme dan mereka yang memerlukan perhatian khas juga semakin meningkat.

Menurut Ketua Pegawai Operasi ABARO, Kevin Soh, idea memperluaskan teknologi HideTech untuk kegunaan dewasa hadir selepas pihaknya menerima pelbagai maklum balas daripada pengguna kasut sekolah mereka sebelum ini.

Katanya, ramai ibu bapa mula melihat potensi fungsi tersebut untuk membantu memantau ahli keluarga yang semakin berusia, khususnya dalam situasi harian yang memerlukan perhatian tambahan.

Lebih Daripada Sekadar Gaya

Walaupun menampilkan elemen teknologi keselamatan, Tropix HideTech Sneakers tidak mengetepikan aspek keselesaan harian. Rekaan kasut ini dibangunkan untuk kegunaan rutin seharian dengan beberapa ciri yang memberi fokus kepada keselesaan dan kestabilan pergerakan.

Antaranya termasuk tapak dalam Comfort Max Pro dengan sokongan lengkungan kaki adaptif, selain tapak luar GripTech yang membantu memberikan cengkaman lebih stabil ketika berjalan.

Kasut ini turut menggunakan tali elastik bagi memudahkan pemakaian tanpa perlu mengikat tali, selain hadir dengan struktur ringan untuk keselesaan sepanjang hari.

Gabungan fungsi praktikal dan rekaan minimalis menjadikan kasut ini sesuai dipakai untuk pelbagai situasi harian, sama ada ketika keluar bersiar-siar, melakukan urusan harian atau menemani ahli keluarga.


Tropix HideTech Sneakers ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu hitam, kelabu dan biru, sekali gus memberikan pilihan yang lebih versatil untuk gaya harian.

Pelancaran ini bersempena sambutan Hari Ibu Bapa Sedunia turut membawa makna yang lebih mendalam, apabila ia dilihat sebagai simbol keprihatinan terhadap keperluan keluarga moden yang semakin berubah. Dalam dunia yang serba pantas, ketenangan fikiran kini menjadi antara perkara paling bernilai bagi mereka yang menjaga insan tersayang.

Sebagai pelengkap kepada inisiatif ini, ABARO turut memperkenalkan Tropix HideTech Sneakers bersama GP eTag Smart Tracker, yang menggabungkan elemen praktikal, keselesaan dan ketenangan fikiran dalam satu rekaan harian.

Koleksi ini kini boleh didapati menerusi Shopee serta laman web rasmi ABARO untuk mereka yang mencari pilihan kasut harian yang menggabungkan elemen praktikal, keselesaan dan ketenangan fikiran buat keluarga. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments