XTEP Light Boat Ultra Tiba Lebih Awal di Shopee — Nikmati Diskaun Eksklusif Sehingga 40%


JENAMA sukan global XTEP memperkenalkan kasut larian terbaharu, XTEP Light Boat Ultra, menerusi akses awal eksklusif di Shopee Mall bermula 9 Mei 2026.

Pelancaran ini membuka peluang kepada komuniti larian di Malaysia untuk menjadi antara yang terawal merasai sendiri teknologi dan inovasi terkini yang dibawakan menerusi model tersebut.

Hadir dalam pilihan warna moden seperti Black Pearl, Maiden Voyage Day dan Azure Sea, kasut ini direka untuk memberikan pengalaman larian yang lebih ringan, stabil dan responsif.

Setiap pembelian turut disertakan hadiah edisi terhad, selain peluang memenangi beberapa model kasut larian popular daripada XTEP.

Dari segi prestasi, XTEP Light Boat Ultra dilengkapi Sistem Pengudaraan Sail 360° bersama kusyen midsole ACE yang dipertingkatkan bagi membantu pengudaraan lebih baik ketika berlari. Gabungan teknologi tersebut bukan sahaja memberi sokongan lebih selesa pada kaki, malah membantu menghasilkan lantunan yang lebih responsif untuk kegunaan harian mahupun latihan intensif.

Pengalaman Larian dan Ganjaran Eksklusif Buat Pengguna Shopee

Sempena pelancarannya, pengguna Shopee Malaysia boleh menikmati diskaun sehingga 40 peratus (%) sepanjang tempoh promosi berlangsung dari 9 hingga 12 Mei. Pembeli yang mengikuti sesi Shopee Live pada 9 Mei pula berpeluang menebus baucar tambahan RM20, selain menerima hadiah eksklusif untuk setiap pembelian terpilih.

Pelanggan Shopee VIP turut menikmati tambahan diskaun 15% dengan perbelanjaan minimum RM202, menjadikan pelancaran ini antara tawaran paling menarik buat penggemar kasut larian dan gaya hidup aktif.

Dalam masa sama, lima pembeli dengan perbelanjaan tertinggi di XTEP Official Shop di Shopee pada hari pelancaran turut berpeluang membawa pulang model kasut larian popular daripada siri YuYi FW, Feather Foam dan SP300.

Bagi mereka yang ingin mencuba sendiri kasut ini sebelum membuat pembelian, acara pelancaran eksklusif XTEP Light Boat Ultra akan berlangsung di kedai utama XTEP di Mid Valley Megamall pada 9 Mei, dari jam 9.30 pagi hingga 11 pagi. Acara tersebut turut menampilkan beberapa personaliti kecergasan tempatan termasuk Al Rumie, Regine Au dan Enda Tan.

Pelancaran ini sekali gus memperlihatkan komitmen XTEP dalam menawarkan kasut larian yang bukan sahaja menitikberatkan prestasi, tetapi juga keselesaan dan gaya hidup aktif pengguna masa kini.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments