Horizon Nemolithic: Keindahan Alam Terukir di Pergelangan Tangan


HORIZON Watches kembali mencuri perhatian menerusi pelancaran Horizon Nemolithic, evolusi baharu daripada platform Nemo yang semakin dikenali dalam dunia horologi moden.

Kali ini, rekaan ikonik tersebut diberi nafas baharu menerusi penggunaan material batuan alami yang menjadikan setiap jam tangan tampil dengan identiti tersendiri.

Koleksi Nemolithic membawa konsep yang menggabungkan sejarah geologi dan seni pembuatan jam moden, menjadikan setiap rekaan seolah-olah sebuah artifak yang dibentuk oleh alam semula jadi selama jutaan tahun

Walaupun masih mengekalkan DNA rekaan Nemo yang dikenali dengan bentuk seni bina tegas dan lapisan visual yang mendalam, Nemolithic tampil lebih eksperimental dari sudut material dan estetika.

Apa yang paling mencuri perhatian tentunya terletak pada bahagian dail. Setiap dail dihasilkan daripada batu semula jadi tulen, sekali gus memastikan tiada dua jam yang benar-benar sama.

Koleksi pengenalannya menampilkan lima material berbeza iaitu Tiger’s Eye dengan kilauan keemasan yang berubah mengikut cahaya, Lapis Lazuli berona biru mewah, Malachite dengan corak hijau dramatik, Chrysocolla yang memadukan tona bumi dan turquoise, serta Meteorite yang membawa elemen serpihan kosmos ke pergelangan tangan.

Setiap variasi dihasilkan dalam jumlah yang sangat terhad, sekali gus menjadikan koleksi ini lebih eksklusif dalam dunia jam tangan bebas yang semakin mendapat perhatian peminat koleksi unik.

Sentuhan Alam Dalam Rekaan Moden

Walaupun tampil dengan bahasa rekaan baharu, Horizon Nemolithic masih berpegang pada falsafah asal Nemo yang menitikberatkan keseimbangan antara struktur dan estetika moden.

Rekaan kerangka jam dibina untuk menyerlahkan tekstur semula jadi pada dail tanpa menenggelamkan keindahan material tersebut. Permainan cahaya dan sudut pemakaian pula membuatkan setiap rekaan menampilkan karakter berbeza sepanjang hari.


Nama 'Nemolithic' sendiri diambil daripada gabungan 'Nemo' yang mewakili legasi rekaan Horizon dan 'Lithic' yang merujuk kepada seni pertukangan batu serta ekspresi kreatif terawal manusia.

Gabungan itu melahirkan sebuah jam tangan yang bukan sekadar aksesori, tetapi turut membawa elemen sejarah, seni dan alam dalam satu rekaan kontemporari.

Menurut Horizon Watches, koleksi ini bukan hanya tentang eksperimen material semata-mata, sebaliknya mahu menghasilkan jam tangan yang mempunyai 'jiwa' dan karakter tersendiri kerana setiap satunya berasal daripada sesuatu yang nyata, purba dan tidak boleh diulang semula.

Dari sudut spesifikasi, Horizon Nemolithic hadir dengan saiz kerangka 40mm menggunakan keluli tahan karat 316L bersama kemasan brushed dan polished. Ia turut dilengkapi bezel berputar sehala dengan sisipan sapphire, kristal sapphire anti-pantulan tiga lapis, serta menggunakan pergerakan automatik Miyota 9035 tanpa ghost date. Jam ini juga menawarkan ketahanan air sehingga 200 meter.

Koleksi ini turut dipadankan dengan pilihan rantai keluli tahan karat serta tali kulit premium berinspirasikan vintaj yang menyerlahkan lagi karakter moden klasiknya. Setiap variasi material ini dihasilkan dalam jumlah hanya 23 unit, mencerminkan tahap kerumitan dalam menghasilkan dail ultra nipis yang sesuai untuk pemakaian harian.

Horizon Nemolithic kini boleh didapati menerusi Red Army Watches termasuk di butik mereka di Pavilion Kuala Lumpur dan 1 Utama.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments